Kerja-Kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 02 Mar 2022 10:00:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kerja-Kerja – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerja-kerja Penurapan Semula Jalanraya Kota Kinabalu – Sandakan Di Ranau Kini Dalam Perlaksanaan – Bung https://sabahmedia.com/2022/03/02/kerja-kerja-penurapan-semula-jalanraya-kota-kinabalu-sandakan-di-ranau-kini-dalam-perlaksanaan-bung/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/kerja-kerja-penurapan-semula-jalanraya-kota-kinabalu-sandakan-di-ranau-kini-dalam-perlaksanaan-bung/#respond Wed, 02 Mar 2022 10:00:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12662
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kerja-kerja penurapan semula jalan yang melibatkan Kota Kinabalu – Sandakan di daerah Ranau iaitu di CH49:300 dan CH 51: 400 sedang dalam perlaksanaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemajuan perlaksanaan kerja-kerja penurapan tersebut berjalan lancar dan kemajuan terkini perlaksaannya kini dalam lima puluh peratus sudah dilaksanakan.

” Kita menjangkakan ianya akan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Mac ini” katanya dalam hantaran beliau di Halaman Sosial (FB) milik beliau kemarin.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya, kerajaan khususnya kementerian beliau amat cakna dan prihatin dengan rungutan pengguna sebelum ini mengenai kerosakan tersebut.

” Pihak konsesi yang bertanggungjawab terhadap laluan ini telah mengambil tindakan sebagaimana arahan yang kita keluarkan sebelum ini,” tambah Bung.

Dalam perkembangan yang sama Bung juga berkata penurapan jalan di daerah Telupid di CH 142.600 juga akan dilaksanakan dijangka akan dimulakan bermula pertengahan bulan Mac ini.

” Jalan ini juga mendapat rungutan dari para pengguna dan pihak konsesi yang dilantik telah mengambil maklum untuk mengambil tindakan menurapnya semula,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/kerja-kerja-penurapan-semula-jalanraya-kota-kinabalu-sandakan-di-ranau-kini-dalam-perlaksanaan-bung/feed/ 0 12662
DBKK Jalankan Kerja-Kerja Pembersihan Di Taman Awam Teluk Likas https://sabahmedia.com/2021/10/06/dbkk-jalankan-kerja-kerja-pembersihan-di-taman-awam-teluk-likas/ https://sabahmedia.com/2021/10/06/dbkk-jalankan-kerja-kerja-pembersihan-di-taman-awam-teluk-likas/#respond Wed, 06 Oct 2021 09:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7222
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di sepanjang pesisir Pantai Taman Awam Teluk Likas pada 4 Oktober 2021.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pembersihan yang mengambil masa selama sembilan jam yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 4.00 petang dilakukan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Katanya, kerja pembersihan ini menggunakan beberapa jentera termasuk satu buah jentera berat case dan tiga buah lori muatan enam tan dengan enam kali penghantaran ke tapak pelupusan sampah Kayu Madang.

Menurut Noorliza dalam satu kenyataan media hari ini, sejak kebelakangan ini, keadaan pesisir pantai mendapat perhatian awam ekoran timbunan sampah yang begitu ketara sepanjang Pantai Teluk Awam Likas dan dipercayai kesan daripada kejadian kenaikan paras air laut yang berlaku.

“Susulan daripada kenaikan paras air laut ini telah menyebabkan sampah dan sisa-sisa tumbuhan telah hanyut melalui sungai-sungai di kawasan sekitar menyebabkan keadaan di pantai Taman Awam Teluk Likas menjadi kotor.

“Bagaimanapun, pihak DBKK telah mengambil langkah segera dengan membersihkan kawasan pantai tersebut,” katanya.

Noorliza bagi pihak DBKK turut menegaskan dan memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak membuang sampah ke dalam sungai dan laut bagi mengelak sumber alam ini tercemar dan sekaligus memelihara pantai yang ada sentiasa bersih dan selamat digunakan oleh semua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/06/dbkk-jalankan-kerja-kerja-pembersihan-di-taman-awam-teluk-likas/feed/ 0 7222
Kerja-Kerja Baik Pulih, Pembersihan & Pengagihan Bantuan Giat Dijalankan Di kawasan Terlibat Bencana Banjir Di Penampang https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/#respond Sat, 18 Sep 2021 11:50:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6547
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 4,000 bakul makanan sedang diagihkan kepada penduduk-penduduk di Daerah Penampang yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain pengagihan bantuan, kerja-kerja membaik pulih serta pembersihan di kawasan terlibat sedang giat dijalankan.

Katanya, beberapa penduduk yang telah menerima bantuan bakul makanan ini antaranya daripada Kg Suok, Kg Sugud, Kg Inobong, Kg Ramayah, Kg Terawi, Kg Tinduzon, Kg Baru Penampang, Kg Kuai Kandazon, Kg Kivatu dan Kg Penampang Proper. Pihak kerajaan akan terus mengenal pasti mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan bakul makanan ini.

“Selepas kejadian banjir yang melanda beberapa kampung sekitar daerah Penampang, saya telah mengarahkan dengan kadar segera semua agensi untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Pembersihan dan pembaikan kawasan tanah runtuh sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi yang lain. Beberapa jalan raya yang terputus akibat kerosakan juga sedang diselenggara bagi memudahkan laluan keluar masuk di kawasan yang terlibat,” katanya.

Menurut Hajiji, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah diarah melakukan pembaikan dan penyambungan bekalan air paip yang banyak rosak dan terputus akibat bencana ini.

“Alhamdulillah kebanyakan bekalan air sudah dipulihkan dan Jabatan Air Negeri Sabah juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan tekanan air mencukupi.,” Jelasnya.

Berkenaan dengan kerosakan tiang-tiang dan sambungan wayar elektrik, Hajiji telah mengarah pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) untuk membuat kerja-kerja membaik pulih bagi memastikan adanya bekalan elektrik demi menjamin keselamatan penduduk kampung kerana banyak wayar sambungan yang tercabut dan terjatuh akibat bencana ini.

Hajiji juga memaklumkan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan rumah, dewan, sekolah dan lain-lain bangunan akan diteruskan.

“Pasukan-pasukan yang terlibat akan mengadakan pembersihan rumah-rumah yang terlibat esok di Kg Sugud dan akan meneruskan aktiviti pembersihan ini di Sekolah Kebangsaan Sugud pada hari Isnin.

“Saya telah mengarahkan Pejabat Daerah Penampang yang diketuai oleh Pegawai Daerah Penampang Francis Chong dan Senator Datuk John Ambrose untuk menyelaras dan memantau keadaan gerak kerja di kawasan ini sepanjang masa,” katanya.

Hajiji turut berterima kasih kepada semua agensi -agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pimpinan-pimpinan parti politik dan orang awam yang bersama-sama dalam mengurus bencana ini.

“Kita akan memastikan perkara-perkara yang sepatutnya dijalankan dengan kadar segera,’ tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/kerja-kerja-baik-pulih-pembersihan-pengagihan-bantuan-giat-dijalankan-di-kawasan-terlibat-bencana-banjir-di-penampang/feed/ 0 6547