kerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 10 Nov 2025 12:18:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama Sabah – Persekutuan penting untuk dikekalkan – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/11/10/kerjasama-sabah-persekutuan-penting-untuk-dikekalkan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/kerjasama-sabah-persekutuan-penting-untuk-dikekalkan-hajiji/#respond Mon, 10 Nov 2025 12:17:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85456
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Rhea Dharmin

BONGAWAN: Kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan adalah penting untuk terus dikekalkan kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, kerjasama terbabit sejajar dengan peranan Persekutuan dalam pentadbiran negara.

“Kerjasama dengan Kuala Lumpur amat penting kerana dia mentadbir negara, negara ini adalah negara kita.

“Walau apapun kita pertahan hak negeri, kita harus pertahankan juga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Rakyat Bongawan bertempat di Dewan Serbaguna Bongawan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Hajiji mendedahkan sekitar setengah juta anak Sabah dibantu menerusi peruntukan untuk pendidikan berjumlah RM1.3 bilion dalam tempoh empat tahun lalu.

Katanya, jumlah yang menerima manfaat itu adalah yang terbesar berbanding kerajaan sebelum ini berikutan kejayaan pentadbiran dan meningkatkan hasil negeri.

“Dalam bidang pendidikan sebanyak RM1.3 bilion dibelanjakan dalam tempoh empat tahun setengah ini, 500,000 anak Sabah kita bantu dalam tempoh itu.

“Biasiswa dulu hanya RM40 hingga RM50 juta setahun, tapi sekarang kita luluskan RM145 juta.

“Peningkatan ini disebabkan kita berjaya mentadbir negeri dan meningkatkan hasil. Dulu kutipan hasil hanya RM4 hingga RM5 bilion saja setahun, tapi sekarang mencecah RM7.5 bilion. Ini yang kita kembalikan kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu turut membidas tuduhan pembangkang yang mendakwa kerajaan hanya membuat pengumuman, tapi hasilnya tidak dapat dirasai.

“Memanglah mereka tidak rasa kerana manfaat itu hanya dirasai rakyat. Walaupun tidak semua yang dapat dibantu, tapi kita dapat bantu paling ramai.

“Jadi, rugi kita kalau GRS tidak dikasi menang .. kita mesti bersatu untuk menentukan masa depan Sabah, jangan sekali-kali terpedaya dengan retorik pembangkang.

“Mereka (pembangkang) cakap berapi-api macam jual ubat, mundar-mandir, pusing-pusing, tapi ubat itu tidak boleh sembuhkan sakit rakyat yang perlukan pembelaan kerajaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/kerjasama-sabah-persekutuan-penting-untuk-dikekalkan-hajiji/feed/ 0 85456
Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah https://sabahmedia.com/2024/04/23/australia-perkukuh-hubungan-kerjasama-dengan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/04/23/australia-perkukuh-hubungan-kerjasama-dengan-sabah/#respond Tue, 23 Apr 2024 10:07:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53001
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain daripada melihat peluang perdagangan baharu.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Simon Fellows berkata Sabah dan
Australia mempunyai hubungan yang sangat lama dan kukuh.

“Kerajaan Australia lebih menumpukan langkah mengukuhkan perniagaan di Tenggara Asia, Malaysia dan sudah tentu Sabah,” kata Fellows ketika bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di luar persidangan Dewan Undangan Negeri
hari ini.

Menurut Simon, Sabah mempunyai tarikan pelancongan bertaraf dunia.

Simon berada di Sabah untuk menghadiri acara Tahunan Hari Anzac di Sandakan pada hari Khamis.

Sebagai tindak balas, Ketua Menteri berkata Sabah mengamalkan dasar pintu terbuka untuk pelabur
datang ke negeri ini.

“Australia dialu-alukan untuk melihat peluang perniagaan di Sabah yang memfokuskan kawasan pembangunan khususnya untuk meneroka potensi Ekonomi Biru negeri,” katanya.

Pada kunjungan itu, Simon diiringi oleh Penolong Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Michael Edward; Setiausaha Pertama Michelle Hugh dan Konsul Kehormat Australia di Sabah Datuk Andrew Sim.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/23/australia-perkukuh-hubungan-kerjasama-dengan-sabah/feed/ 0 53001
Kerjasama Sabah, China penting – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/01/22/kerjasama-sabah-china-penting-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/01/22/kerjasama-sabah-china-penting-hajiji/#respond Mon, 22 Jan 2024 14:12:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48359
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Sabah amat menghargai kerjasama kukuh yang telah dikongsi dengan China, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan Negeri Sabah amat mementingkan hubungan baik dengan China. Seperti yang ditekankan oleh Konsul Jeneral Tuan Yang Terutama Dr. Huang Shi Fang dalam ucapannya sebentar tadi, usaha kami dalam mengeratkan hubungan kerjasama antara Sabah dan China telah membuahkan hasil yang memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu.

“Sabah telah mengadakan lawatan suai kenal dengan beberapa wilayah dan bandar di China dan inilah hasilnya,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Konsulat China di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji juga yakin dengan hasil positif daripada misi perdagangan ke China di mana beliau berucap pada Majlis Sidang kemuncak Ekonomi dan Teknologi Global China (GCET) di Shenzhen tahun lepas.

“Saya berpeluang bertemu pelabur dan menjemput mereka meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di Sabah. Sejak itu terdapat banyak penglibatan antara negeri dan pelabur China. Saya yakin dengan hasil yang positif ini,” ujarnya.

Menurut Hajiji, momentum dan kerjasama yang kukuh antara Sabah dan China telah wujud dalam banyak bidang kerjasama termasuk pelaburan, perdagangan dan budaya.

“Terdapat banyak yang boleh kita lakukan bersama dengan memainkan peranan aktif untuk mengeratkan lagi hubungan mesra, pertukaran dan kerjasama, terima kasih kepada Konsul Jeneral China kerana aktif mempromosikan friendly exchanges dan kerjasama antara China dan Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/22/kerjasama-sabah-china-penting-hajiji/feed/ 0 48359
Rakyat Sabah diseru beri restu dan sokong jalinan kerjasama PBS, STAR – Jeffrey https://sabahmedia.com/2023/12/25/rakyat-sabah-diseru-beri-restu-dan-sokong-jalinan-kerjasama-pbs-star-jeffrey/ https://sabahmedia.com/2023/12/25/rakyat-sabah-diseru-beri-restu-dan-sokong-jalinan-kerjasama-pbs-star-jeffrey/#respond Mon, 25 Dec 2023 11:18:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47117
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Rakyat Sabah diseru agar merestui dan menyokong kerjasama yang dijalinkan antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Presiden parti STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyatakan perkara itu semasa Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2024 yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, hari ini.

Katanya, majlis ini adalah anjuran bersama PBS dan STAR merupakan program yang julung kali diadakan bersama-sama sebagai langkah pertama kerjasama mereka.

“Majlis ini julung-julung kali dibuat dan kami berterima kasih atas sokongan dokongan semua pihak serta kerjasama yang telah kita tunjukkan, ini juga adalah Hari Krismas yang bertuah bagi PBS dan STAR yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan beberapa menteri kabinet Sabah.

“Ia mempunyai potensi besar kerana kalau kita pilih kerjasama dengan penganjuran ini, sudah tentu banyak lagi kerjasama kita oleh buat di masa akan datang,” kata Jeffrey ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Namun, beliau turut memaklumkan bahawa ada beberapa pemimpin tertinggi PBS tidak dapat hadir ke majlis tersebut disebabkan masalah kesihatan.

“Dr Maximus tidak begitu sihat manakala Dr Joachim after covid dan bukan salah mereka, adalah lebih baik jika mereka ada sini tapi keadaan tidak mengizinkan jadi kita doakan mereka cepat sembuh,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran majlis hari ini, Jeffrey berkata, ia berjaya dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar.

“Penganjuran bersama majlis ini berjaya, memang kita setuju kita belajar dulu berjalan, baru kita belajar yang tinggi sikit… Ini baru langkah pertama dalam menganjurkan majlis, ada banyak lagi program-program yang kita akan adakan nanti.

“Justeru itu, kita mahu supaya rakyat memberi restu dan sokongan atas kerjasama ini supaya kita tidak berjauhan, berlawan-lawan hanya buang masa, buang duit dan tenaga, jadi kalau kita kumpulkan semua tu, ia akan jadi satu kekuatan.

“Malah ia juga memberi keuntungan kepada rakyat dengan kerjasama dua parti ini. Rakyat tidak bingung, rakyat rasa selesa dan bangga ada kerjasama seperti ini, merekapun tidak buang tenaga bertelingkah antara sesama mereka,” katanya.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menegaskan bahawa dengan adanya jalinan kerjasama kedua-dua parti ini akan menguatkan lagi sokongan daripada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/25/rakyat-sabah-diseru-beri-restu-dan-sokong-jalinan-kerjasama-pbs-star-jeffrey/feed/ 0 47117