kerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 28 Jun 2025 10:01:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kerjasama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama erat masyarakat akar umbi rancakkan pelan pembangunan kerajaan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerjasama-erat-masyarakat-akar-umbi-rancakkan-pelan-pembangunan-kerajaan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerjasama-erat-masyarakat-akar-umbi-rancakkan-pelan-pembangunan-kerajaan-shahelmey/#respond Sat, 28 Jun 2025 10:00:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76311
Read Time:1 Minute, 20 Second

PUTATAN: Masyarakat setempat disarankan terus menjadi ‘mata dan telinga’ Kerajaan Negeri dalam usaha merealisasikan hala tuju pentadbiran serta keseimbangan sosio, ekonomi di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, adalah penting dalam penekanan kerjasama holistik di antara masyarakat akar umbi dan kerajaan sedia ada terutama menjayakan pelan Sabah Maju Jaya (SMJ) dari semasa ke semasa.

“Apa jua isu yang timbul di kawasan masing-masing, saya pinta masyarakat di peringkat akar umbi teruslah berhubung dengan pihak seperti UPPM, JPKK, JKDM dan berkaitan.

“Ini adalah bagi memastikan supaya setiap permasalahan dapat di bawa untuk penyelesaian dan itu pentingnya hubungan dua hala antara masyarakat dengan pihak yang bertanggungjawab di kawasan, “katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat berkata demikian ketika berucap bersempena perasmian Program Semangat Madani Tanjung Keramat di Dewan Serbaguna Muhibbah, Taman Jumbo, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, program berbentuk komuniti setempat itu menyaksikan lebih 100 penduduk terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Antara acara diadakan adalah program gotong royong membersihkan kawasan perumahan dan pertandingan mewarna di kalangan anak-anak penduduk.

Mengulas mengenai program itu, Shahelmey berkata, penyertaan aktif komuniti di lokaliti terbabit menunjukkan trend positif terhadap kesedaran menjaga kebersihan dan keselamatan bersama.

“Kita menyedari dengan adanya program seumpama ini, para peserta dan hadirin bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah sesama kita, bahkan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara kebersihan, keselamatan dan keharmonian di komuniti di sini.

“Ia amat bertepatan dengan saranan Kerajaan Negeri Sabah yang menginginkan perpaduan di kalangan rakyat di kesemua peringkat demi melestarikan komuniti lebih berdaya saing di masa hadapan, “katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/28/kerjasama-erat-masyarakat-akar-umbi-rancakkan-pelan-pembangunan-kerajaan-shahelmey/feed/ 0 76311
Kerjasama rapat pimpinan negeri, penjawat awam berjaya pulihkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat https://sabahmedia.com/2025/02/20/kerjasama-rapat-pimpinan-negeri-penjawat-awam-berjaya-pulihkan-ekonomi-dan-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/02/20/kerjasama-rapat-pimpinan-negeri-penjawat-awam-berjaya-pulihkan-ekonomi-dan-kesejahteraan-rakyat/#respond Thu, 20 Feb 2025 11:12:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69087
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama rapat antara pimpinan negeri dengan penjawat awam, telah menghasilkan pencapaian dan kejayaan yang baik, khususnya dalam proses pemulihan semula ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selaku tenaga yang menggerakkan jentera kerajaan, penjawat awam adalah nadi utama kerajaan, pelaksana segala dasar dan program pembangunan yang ditetapkan.

Katanya, tanpa penjawat awam dari pelbagai sektor selaku pelaksana dasar dan urus tadbir sistem penyampaian, urusan pentadbiran akan pincang, rakyat dan negeri akan rugi, dan Kerajaan akan menerima padahnya akibat ketidakcekapan atau lemah dalam pentadbiran.

Beliau menekankan betapa pentingnya nilai-nilai integriti dalam diri setiap penjawat awam, kerana nilai murni itu akan menjadi benteng diri daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesusahan, akibat salah laku, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya.

Menurutnya, anggota penjawat awam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar yang wajib dilaksanakan dengan hati yang ikhlas, penuh kejujuran dan keinsafan.

“Justeru, menjadi obligasi kepada kita untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya, tanpa memikirkan kepentingan diri atau mencari keuntungan daripadanya.

“Perlu diingat, anda mempunyai obligasi untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kejujuran, dengan cekap dan berkesan, bukan semata-mata untuk menyara hidup diri dan keluarga, tetapi juga untuk kebaikan dan kecemerlangan organisasi yang diwakili, termasuk obligasi terhadap negeri dan rakyat.

“Ini satu tanggungjawab yang berat, dan hanya dapat digalas dengan sempurna jika kita memiliki nilai-nilai integriti yang tinggi,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 20205 Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Khamis.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/20/kerjasama-rapat-pimpinan-negeri-penjawat-awam-berjaya-pulihkan-ekonomi-dan-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 69087
Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment https://sabahmedia.com/2024/04/24/kerjasama-spsb-dpw-menjadikan-sabah-sebagai-hab-transhipment/ https://sabahmedia.com/2024/04/24/kerjasama-spsb-dpw-menjadikan-sabah-sebagai-hab-transhipment/#respond Wed, 24 Apr 2024 11:05:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53457
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor yakin kerjasama strategik antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan DP World (DPW), pengendali terminal pelabuhan global akan menjadi anugerah kepada aspirasi Sabah untuk mempromosikan Sapangar Bay Container Port (SBCP) sebagai hab transhipment utama di rantau ini.

“Dalam jangka panjang visinya adalah untuk menambah baik ketersambungan darat dan pesisir laut di seluruh negeri dengan itu mengurangkan kos dan masa transit selain menambah baik standard prestasi merentas keseluruhan rantaian bekalan negeri.

“Saya gembira DP World telah memilih Sabah untuk mengembangkan perniagaannya dan saya menjemput DP World untuk melihat kawasan ekonomi berpotensi lain di Sabah,” kata Hajiji semasa pertemuannya dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DPW yang berpangkalan di Dubai, Sultan Ahmed Sulayem di luar persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Sementara itu, Sultan Ahmed berkata DP World telah berunding untuk menjalin kerjasama perniagaan dengan SPSB.

Sultan Ahmed yang berada di kedudukan ke-11 pemimpin perniagaan Arab paling berkuasa pada 2023 memuji Hajiji kerana mengambil projek itu untuk meningkatkan hasil ekonomi Sabah.

“Sabah adalah sebuah negeri yang indah dan terletak secara strategik untuk menjadi hab logistik di rantau ini,” katanya sambil menambah DP World memilih Sabah kerana kestabilannya, yang kondusif untuk pelaburan.

Selain Sultan Ahmed akan melakukan yang terbaik untuk menggunakan sambungan Fortune 500 beliau untuk membawa perniagaan ke Sabah.

SPSB, anak syarikat milik penuh Suria Capital Holdings Berhad yang mana Kerajaan Negeri merupakan pemegang saham majoriti, mengendalikan lapan terminal — SBCP, Terminal Minyak Teluk Sapangar, Pelabuhan Kota Kinabalu, Pelabuhan Kudat, Pelabuhan Sandakan, Pelabuhan Tawau, Pelabuhan Lahad Datu dan Pelabuhan Kunak.

Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kerjasama dengan DPW untuk operasi dan pengurusan SBCP pada 4 Jan 2023.

DP World mempunyai rangkaian lebih daripada 60 pelabuhan dan terminal dengan kapasiti untuk mengendalikan lebih 90 juta Twenty Foot Equivalent Units (TEUs) setahun dan di seluruh dunia.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/24/kerjasama-spsb-dpw-menjadikan-sabah-sebagai-hab-transhipment/feed/ 0 53457
Kerjasama, Komitmen, Semangat sepasukan warga KePKAS penting untuk memastikan Visi & Misi dicapai – Christina https://sabahmedia.com/2023/07/19/kerjasama-komitmen-semangat-sepasukan-warga-kepkas-penting-untuk-memastikan-visi-misi-dicapai-christina/ https://sabahmedia.com/2023/07/19/kerjasama-komitmen-semangat-sepasukan-warga-kepkas-penting-untuk-memastikan-visi-misi-dicapai-christina/#respond Wed, 19 Jul 2023 08:37:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38578
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama, komitmen dan semangat sepasukan warga Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah serta Jabatan dan agensi di bawahnya amatlah penting bagi memastikan Visi dan Misi serta semua program dan inisiatif yang telah dirancang dapat dicapai dengan cemerlang.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, bagi mengukuhkan peranan kementerian ini, komitmen dan kerjasama semua jabatan/agensi di bawahnya amatlah penting.

“Justeru, Saya menyeru kepada
semua agar terus meningkatkan sistem penyampaian jabatan/agensi di bawah seliaan masing-masing dan dalam masa yang sama meneroka inisiatif-inisiatif atau program yang berimpak tinggi kepada negeri ini khususnya dalam sektor pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar,” katanya semasa berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan/agensi KePKAS di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini, hari ini.

Menurut Christina, kejayaan sesuatu kerajaan adalah berpaksikan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Justeru, saya ingin menyeru kepada warga KePKAS supaya memberi perkhidmatan yang mencapai keperluan dan kehendak pemegang taruh dan pelanggan kita,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman mengadakan lawatan ke negara China.

“Baru-baru ini, saya telah mengadakan beberapa lawatan kerja ke negara
China. Lawatan ini adalah susulan bagi menghidupkan semula kerjasama
pelancongan dua hala dan pertukaran budaya di antara bandaraya Xi’an dan
Kota Kinabalu yang tergendala pada tahun 2019 disebabkan pandemik Covid 19.

“Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai telah memaklumkan bahawa jumlah pelancong dari negara China ke Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hampir mencapai dua kali ganda semenjak pembukaan sempadan antarabangsa semasa majlis makan malam yang diadakan di Jing An Shangri-La,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, usaha menarik pelancong asing ke negeri Sabah khususnya dari negara China dipergiatkan lagi dengan cadangan syarikat penerbangan Air Asia untuk menubuhkan pejabat di Beijing, China bagi mempromosikan Sabah secara agresif sebagai destinasi pelancongan pilihan serta menjana publisiti bagi negeri sabah melalui platform media sosial kepada golongan muda seperti Tik Tok dan lain-lain.

“Saya yakin hasil usaha dengan mengadakan kolaborasi seperti ini pasti akan memberikan impak yang signifikan dalam kemasukan pelancongan asing ke negeri ini.

“Saya menyeru kepada semua agar usaha-usaha seperti ini perlu dipergiatkan dan diperkasakan lagi untuk menaikkan nama Sabah di mata dunia,” tegasnya.

Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan watikah pelantikan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bagi agensi-agensi di bawah KePKAS.

Christina berkata, tanggungjawab yang diamanahkan itu hendaklah dijalankan dengan penuh amanah, dedikasi dan komitmen yang jitu bagi memastikan tadbir urus serta melicinkan sistem penyampaian agensi di bawah Kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/19/kerjasama-komitmen-semangat-sepasukan-warga-kepkas-penting-untuk-memastikan-visi-misi-dicapai-christina/feed/ 0 38578
Terus tingkatkan perkongsian, kerjasama untuk manfaat bersama rakyat – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2023/05/18/terus-tingkatkan-perkongsian-kerjasama-untuk-manfaat-bersama-rakyat-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/05/18/terus-tingkatkan-perkongsian-kerjasama-untuk-manfaat-bersama-rakyat-dr-joachim/#respond Thu, 18 May 2023 07:25:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34648
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Warga Kementerian Kerajaan Tempatan and Perumahan (KKTP) serta semua agensi di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharap dapat terus meningkatkan perkongsian dan kerjasama sesama mereka untuk manfaat bersama dan juga rakyat.

Harapan tersebut disuarakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan peringkat Kementerian yang diadakan di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Beliau gembira melihat sambutan kali ini dijayakan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian iaitu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) serta daripada PBT iaitu Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Penampang, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Lahad Datu.

“Adalah menjadi harapan saya, dengan adanya majlis seumpama ini, ianya dapat mewujudkan semangat muhibah dan harmoni di kalangan warga kerja Kementerian dan juga semua agensi di bawah Kementerian termasuk PBT.

“Penganjuran yang berkonsepkan gerai-gerai sebegini dapat merapatkan lagi hubungan sedia ada di antara kita. Dengan adanya gerai-gerai yang boleh dikunjungi yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan menjadikan majlis sambutan dwi perayaan ini bermakna dan meriah. Perkongsian dan kerjasama sebegini adalah sesuatu yang bermanfaat,” ujarnya.

Dr. Joachim berkata, sesuai dengan tema Pesta Kaamatan iaitu “Kaamatan Membudayakan Perpaduan”, sambutan perayaan sebegini adalah sesuatu yang unik dan ia memberi peluang kepada semua dari pelbagai etnik, bangsa dan agama serta pelbagai budaya dapat bersama-sama meraihkan dan berkongsi kemeriahan.

Sambutan dwi perayaan ini membolehkan semua yang hadir berkongsi budaya dari sudut pakaian, makanan, adat resam dan kelainan yang unik, katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan bangunan Wisma Innoprise kerana memberi kebenaran kepada Kementerian untuk mengadakan majlis pada hari ini.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri KKTP I dan II, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mohamad Hamsan Ag. Supain; Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap I, Datuk Dr. Jamili Nais dan Stanley Chong; Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping; semua Pegawai Eksekutif PBT, pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan seluruh warga Kementerian.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/18/terus-tingkatkan-perkongsian-kerjasama-untuk-manfaat-bersama-rakyat-dr-joachim/feed/ 0 34648
Kerajaan Sabah alu-alukan penglibatan, kerjasama syarikat swasta bangunkan sektor pertanian – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/#respond Sat, 11 Feb 2023 12:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29419
Read Time:2 Minute, 45 Second

BEAUFORT: Kerajaan Negeri Sabah amat mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dari syarikat swasta untuk sama-sama membangunkan sektor pertanian khasnya dari segi ladang pengeluaran makanan.

Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pelancaran Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2, anjuran Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. adalah tepat masanya dan selaras dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Sabah Maju Jaya 2021-2025 untuk membantu penglibatan golongan B40 menjadi usahawan yang berjaya dalam sektor pertanian khasnya dalam pengeluaran nanas MD2 yang mempunyai potensi dan nilai pasaran yang menggalakkan.

“Terima kasih Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd atas sokongan dan penglibatan dalam agenda pembangunan kerajaan negeri dari segi komitmen dan pelaburan sektor pertanian.

“Pihak Kerajaan Negeri Sabah amat mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama dari syarikat swasta untuk sama-sama membangunkan sektor pertanian khasnya dari segi ladang pengeluaran makanan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2, anjuran Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. di Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) Korporasi Pembangunan Desa di Lingkungan di sini hari ini. (11 Feb)

Jeffrey berkata, program AGRO Komuniti B40 bertujuan untuk melatih petani kecil menjadi usahawan dengan skala tanaman yang lebih besar & berinovasi serta mempercepatkan pemindahan teknologi & kepakaran bidang pertanian kepada kumpulan sasar yang terlibat.

“Program ini melibatkan kolaborasi pelbagai pihak iaitu Aqina Fruits Sdn Bhd, Aqina Borneo Sdn Bhd, KPD dan AGROBANK. Kolaborasi ini akan mewujudkan satu mekanisme untuk membantu golongan B40 melibatkan diri dalam penanaman dan pemasaran nanas MD2.

“Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. akan membekalkan khidmat nasihat berkenaan pengurusan ladang, kewangan, kaedah, teknik-teknik tanaman nanas MD2 dari peringkat penyediaan tanah hingga tuaian hasil serta pasaran manakala pihak Agorbank akan membantu dari segi pembiayaan kewangan,” katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama, Korporasi Pembangunan Desa (KPD), agensi pelaksana di bawah kementerian saya turut memberi sokongan padu kepada Syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. dari segi membekalkan rangkaian kemudahan pemasaran melalui Pusat Pengumpulan Hasil Tani (APCC) KPD Lingkungan.

Katanya, inisiatif KPD untuk membina Pusat Pengumpulan Hasil Tani sangat relevan dan tepat pada masanya dalam memberi kemudahan pemasaran kepada penduduk dan pengeluar hasil pertanian di sekitar Beaufort dan Sipitang.

“APCC ini dilengkapi dengan fasiliti ruang pengumpulan, penggredan, pembungkusan dan pengangkutan hasil pertanian dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan. Sistem pemasaran secara digital melalui KPD SMART akan membantu kumpulan sasar menembusi segmen pasaran secara online,” jelasnya.

Justeru, tambah beliau, pelaksanaan Program AGRO Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2 akan menjadi program perintis untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah B40 dalam industri pertanian.

“Initipati program ini akan memanfaatkan golongan B40 sehingga mereka berjaya menjadi usahawan peladang kontrak tanaman nanas MD2 dan seterusnya memainkan peranan dalam agenda pembangunan kerajaan iaitu “Food Security”.

“Saya berharap pelaksanaan program AGRO Komuniti ini dapat berkembang ke daerah dan lokasi yang lain agar golongan B40 ini mendapat manfaat dan peluang pekerjaan dan berdikari sebagai usahawan yang berjaya,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Datuk Ruslan Muharam, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Robert Stidi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan Merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa, Jannie Lasimbang, Pengarah Kumpulan Syarikat Aqina Dato Abdul Aziz Bakar, Ketua Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Pengurus Besar Korporasi Pembangunan Desa, Jamilah Lee.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/11/kerajaan-sabah-alu-alukan-penglibatan-kerjasama-syarikat-swasta-bangunkan-sektor-pertanian-jeffrey-kitingan/feed/ 0 29419
Kerjasama KSTI, KSM akan adakan Karnival Kerjaya di Sabah https://sabahmedia.com/2023/02/06/kerjasama-ksti-ksm-akan-adakan-karnival-kerjaya-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/02/06/kerjasama-ksti-ksm-akan-adakan-karnival-kerjaya-di-sabah/#respond Mon, 06 Feb 2023 11:20:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29155
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Karnival Kerjaya di seluruh Negeri Sabah sebagai inisiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Menteri KSTI Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, Karnival Kerjaya ini kita akan diadakan dalam masa terdekat dengan bantuan sungguh erat daripada Kementerian Sumber Manusia.

“Pada tahun ini kita akan buat beberapa program berhubung dengan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud di pejabatnya di Bangunan KSTI, Wisma Bandaraya di sini hari ini.

Katanya, dalam kunjungan itu, mereka juga turut membincangkan beberapa hal berhubung dengan kerjasama kementerian itu dengan kementerian beliau.

“Mudah-mudahan hubungan ini akan dapat memantapkan usaha kita untuk membangunkan masyarakat dan rakyat Sabah khususnya melalui kementerian dan objektif-objektif yang terdapat dalam kementerian,” katanya.

Tambahnya, kerjasama itu juga akan sentiasa ditingkatkan, KSTI dan juga Kementerian Sumber Manusia akan membuat hubungan yang baik serta turut memantapkan hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Zainudin Aman.

Sementara itu, Mustapha berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan KSTI untuk memastikan anak-anak Sabah diberi ruang dan peluang untuk bekerja supaya dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

“Saya menggalakkan semua anak-anak Sabah supaya ambil peluang ini dan kita akan berkerjasama dengan KSTI untuk menjelajah di seluruh daerah dan memastikan anak-anak Sabah kita diberi ruang dan peluang untuk mendapat pekerjaan serta akan memberikan latihan kemahiran kepada mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/06/kerjasama-ksti-ksm-akan-adakan-karnival-kerjaya-di-sabah/feed/ 0 29155
Sabah, Jepun Teruskan Kerjasama https://sabahmedia.com/2022/03/22/sabah-jepun-teruskan-kerjasama/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/sabah-jepun-teruskan-kerjasama/#respond Tue, 22 Mar 2022 09:34:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13343
Read Time:18 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berpeluang membincangkan isu kepentingan bersama dengan Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa.

Antara isu yang dibincangkan iaitu hubungan perdagangan serta kerjasama dua hala antara Sabah dan Jepun yang telah lama terjalin.

Dalam kunjungan itu, Takahashi berharap kerjasama antara Jepun dan Sabah akan diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/sabah-jepun-teruskan-kerjasama/feed/ 0 13343
Kerjasama Dengan KSTI Kembangkan Projek Seni Kreatif Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/15/kerjasama-dengan-ksti-kembangkan-projek-seni-kreatif-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/kerjasama-dengan-ksti-kembangkan-projek-seni-kreatif-di-sabah/#respond Sat, 15 Jan 2022 06:20:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11132
Read Time:3 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pelukis tempatan berharap untuk membawa seni kreatif ke tahap yang lebih tinggi menerusi kerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah (KSTI) dalam melaksanakan projek berasaskan seni kreatif di negeri ini.

Pelukis utama Projek The Ocean, Wonders of Wilderness (WOW 1.0), Japson Wong, berkata seni awam itu adalah antara projek seni komuniti dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) digital terbesar pertama seumpamanya di negara ini yang boleh dikembangkan menerusi kerjasama itu.

Hasil seni 3D hidupan marin bersaiz sebenar dan persekitaran bawah air terletak di tapak runtuhan bangunan lama dalam Bandaraya Kota Kinabalu.
Hasil seni 3D hidupan marin bersaiz sebenar dan persekitaran bawah air terletak di tapak runtuhan bangunan lama dalam Bandaraya Kota Kinabalu.
Hasil seni 3D hidupan marin bersaiz sebenar dan persekitaran bawah air terletak di tapak runtuhan bangunan lama dalam Bandaraya Kota Kinabalu.

Terletak di tapak runtuhan bangunan lama di tengah bandar raya ini, hasil seni itu, katanya bukan hanya memaparkan lukisan tetapi juga mempamerkan hasil seni 3D hidupan marin bersaiz sebenar dan persekitaran bawah air, selain elemen seni digital.

“Pameran ini merangkumi sejarah runtuhan dan hasil seni yang pernah dibuat di sana sebelum ini dan yang terbaharu WOW 1.0.

“WOW bukan saja membabitkan lukisan tetapi juga arca 3D dan seni digital di keseluruhan tapak, yang mana berlainan berbanding (projek) sebelum ini – Pillars of Sabah – yang menumpukan kepada lukisan di tembok dan tiang.

“Kita berharap untuk terus bekerjasama dalam projek WOW yang menggabungkan seni kreatif dan pendidikan sains dengan KSTI dan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC),” katanya.

Beliau menambah, projek itu turut membabitkan seni komuniti dan jangkauan luar pendidikan.

Selain Japson, pelukis utama lain yang turut terbabit dalam mengerjakan projek seni itu sejak April tahun lalu ialah Rosmani Sunarjo, selain disokong rakan pelukis seperti Penny Chong, Azlan Dulikab, Cannie Tan, Lim Sheng Haw, Oliver Kah, dan Yahz.

Pengarah Balai Seni Lukis Sabah, Sara Ahmad berkata, melihat kembali bagaimana Covid-19 telah mencabar kehidupan orang ramai, seni harus bergerak maju sejajar dengan teknologi dan inovasi.

“Balai Seni Lukis Sabah percaya karya seni yang hebat harus memberi manfaat kepada orang ramai. Kami akan terus menyokong bakat tempatan dengan menjemput semua orang untuk melihat dan mengalami seni, kreativiti dan kemanusiaan yang dikongsi melalui Projek WOW.”

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan dijadual akan melancarkan projek bernilai RM95,000 itu esok (16 Januari) dan akan dihadiri oleh Pengurus Besar SCENIC, Viviantie Sarjuni.

Pameran hasil seni projek berkenaan pula berlangsung selama setahun iaitu sehingga 15 Januari tahun depan.

Sementara itu, Viviantie berkata terdapat banyak bangunan terbiar di negeri ini yang boleh ditukar menjadi tempat menarik di mana aktiviti sains dan kesenian boleh dilaksanakan untuk manfaat awam.

“Kita perlu mengukuhkan kerjasama komuniti-swasta-awam untuk melaksanakannya.

“Badan bukan kerajaan (NGO) sememangnya bersedia untuk sama-sama bekerja dengan pihak berkuasa kerana mereka mempunyai kepakaran yang mungkin tidak dimiliki oleh kerajaan atau pihak korporat.

“Kita bawa ‘jiwa’ (pengisian program) ke bangunan-bangunan sebegini bagi membina dan memaksimumkan apa saja sumber yang kita ada,” katanya.

Viviantie berkata, sebagai agensi kerajaan negeri yang memacu teknologi industri, inovasi dan kreativiti, SCENIC juga berharap agar bakat sedia ada dapat terus kekal dalam jangka panjang bagi membantu dan memberi inspirasi kepada yang lain.

Jelasnya, menjadi tanggungjawab SCENIC untuk menyerlahkan lebih banyak bakat akar umbi di Sabah yang boleh dipupuk ke tahap seterusnya dan membantu Sabah dalam memulihkan ekonomi.

Tambahnya, SCENIC sentiasa berhubung dengan pihak berkepentingan atau pemegang taruh dalam ekosistem, khususnya akar umbi bagi memastikan cabaran yang dihadapi dapat diatasi oleh kerajaan dan pihak korporat.

“Seperti dijelaskan dalam Pelan Rangka Strategik kami, selain mengukuh dan meningkatkan kemahiran bakat melalui pelbagai aktiviti pembinaan kapasiti, kita perlu ada halatuju untuk mereka menjana pendapatan.

“SCENIC menyediakan program untuk melatih bakat kita dalam kepintaran perniagaan termasuk mencari dana dan peluang pelaburan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/kerjasama-dengan-ksti-kembangkan-projek-seni-kreatif-di-sabah/feed/ 0 11132
UMS-STB Realisasikan Kerjasama Penyelidikan Pelancongan Di Semporna https://sabahmedia.com/2022/01/14/ums-stb-realisasikan-kerjasama-penyelidikan-pelancongan-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/ums-stb-realisasikan-kerjasama-penyelidikan-pelancongan-di-semporna/#respond Fri, 14 Jan 2022 04:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11077
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan kunjungan ke Semporna baru-baru ini bagi merealisasikan kerjasama penyelidikan.

Pensyarah di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, Rosle Mohidin berkata, penyelidikan merangkumi pengumpulan maklumat profil pelancong dan kajian kemampanan Pulau Mabul sebagai destinasi pilihan pelancong di kawasan Pantai Timur.

“Kajian ini dijalankan melalui geran penyelidikan yang disediakan khas oleh STB kepada UMS.

“Selain berada di Pulau Mabul, kami juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pejabat Daerah Semporna.

“Disini kami telah diberi taklimat tentang peranan Pejabat Daerah Semporna dalam usaha membangunkan Pulau Mabul sebagai destinasi pelancongan oleh Pegawai Pejabat Daerah, Juraimin Jadil,” kata Rosle dalam kenyataannya kelmarin.

Rosle yang juga ketua penyelidik memaklumkan bahawa rombongan UMS dan STB turut melawat satu tarikan pelancongan yang diusahakan dua alumni UMS di Semporna.

“Pusat pelancongan yang dikenali sebagai Twin Hill Park baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2019.

“Di bukit ini, pelancong boleh menikmati pemandangan menarik yang terdiri daripada pulau-pulau di sekitar perairan Semporna,” katanya sambil memaklumkan latar belakang kedua-dua pengusaha yang terdiri daripada bekas graduan Program Pengurusan Pelancongan UMS.

Hadir sama, Pengurus Penyelidik Kanan STB, Fenella Edna.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/ums-stb-realisasikan-kerjasama-penyelidikan-pelancongan-di-semporna/feed/ 0 11077