kerjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 May 2024 09:10:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kerjaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Discover PETRONAS @Schools bawa prospek kerjaya lebih luas kepada pelajar https://sabahmedia.com/2024/05/29/discover-petronas-schools-bawa-prospek-kerjaya-lebih-luas-kepada-pelajar/ https://sabahmedia.com/2024/05/29/discover-petronas-schools-bawa-prospek-kerjaya-lebih-luas-kepada-pelajar/#respond Wed, 29 May 2024 09:10:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55241
Read Time:1 Minute, 58 Second

TONGOD: Pertemuan singkat dengan kakitangan profesional PETRONAS menjadi inspirasi kepada dua pelajar aliran sains di sini untuk menilai semula pelan kerjaya mereka.

Condolisa Bernanda Abius dan Plijion Patrick bercita-cita untuk menjadi guru tetapi pengalaman yang diperolehi semasa menyertai program Discover PETRONAS @Schools di sini baru-baru ini mendedahkan mereka dengan potensi kerjaya yang mereka tidak sedari sebelum ini.

Condolisa

“Sebelum menyertai program ini, saya cuma tahu PETRONAS sebagai sebuah syarikat yang menjual bahan api dan gas memasak. Saya tidak tahu yang syarikat itu juga menawarkan peluang kerjaya terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

“Pengalaman ini telah mengubah perspektif saya. Mulai sekarang, saya akan mencari maklumat tentang Tajaan Pendidikan PETRONAS dengan harapan dapat bekerja dengan syarikat ini suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, bagi Plijion Patrick dari SMK Ulu Sapi berhasrat menjadi seorang guru fizik demi mendalami minatnya dalam subjek itu. Namun Discover PETRONAS @Schools telah memberinya pendedahan terhadap peluang kerjaya di PETRONAS serta tajaan Pendidikan yang ditawarkan syarikat itu.

Plijion

“Sekarang saya tahu bahawa PETRONAS bukan saja terlibat dalam bidang eksplorasi dan pengeluaran minyak tapi juga memiliki universiti sendiri – Universiti Teknologi PETRONAS –yang menawarkan program kejuruteraan, sains dan teknologi,” katanya.

Discover PETRONAS @Schools, yang berlangsung selama sehari, dirangka untuk menggalakkan minat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) di kalangan pelajar sekolah menengah dengan memaparkan laluan kerjaya dalam sektor minyak, gas dan tenaga.

Selain perkongsian mengenai tajaan pendidikan PETRONAS, program itu juga mengetengahkan forum kerjaya, gerai interaktif, serta perkongsian pembelajaran eksperimen, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Petrosains.

Turut diketengahkan ialah perkongsian pengalaman kerjaya oleh seorang Pengurus Kanan di PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Domanic Gunau, yang berasal dari Kampung Bobotong di daerah Tongod.

Perjalanan hidup beliau dari kampung yang terpencil hinggalah sebagai pengurus kanan dalam anak syarikat PETRONAS itu menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar yang menyertai program itu.

“Saya bangga apabila mendapat tahu bahawa ada orang dari kawasan ini yang telah berjaya dalam PETRONAS. Perkongsian beliau memberi inspirasi untuk saya belajar lebih gigih demi mencapai kejayaan,” kata Plijion.

Discover PETRONAS @Schools Tongod berlangsung di Dewan Majlis Daerah Tongod dan disertai seramai 120 pelajar Tingkatan Lima dari lima buah sekolah berdekatan iaitu SMK Tongod, SMK Entilibon, SMK Penangah, SMK Telupid dan SMK Ulu Sapi.

Felix

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Telupid/Tongod, Felix Martine berkata bahawa program itu dapat memupuk minat pelajar ke arah kerjaya berasaskan STEM.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/29/discover-petronas-schools-bawa-prospek-kerjaya-lebih-luas-kepada-pelajar/feed/ 0 55241
Kegiatan Industri E-Sport Mampu Menjadi Kerjaya di Kalangan Belia Sabah – Yakub Khan https://sabahmedia.com/2022/03/26/kegiatan-industri-e-sport-mampu-menjadi-kerjaya-di-kalangan-belia-sabah-yakub-khan/ https://sabahmedia.com/2022/03/26/kegiatan-industri-e-sport-mampu-menjadi-kerjaya-di-kalangan-belia-sabah-yakub-khan/#respond Sat, 26 Mar 2022 07:31:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13514
Read Time:2 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kegiatan permainan sukan elektronik (E-Sport) bukan lagi satu aktiviti yang dianggap sebagai aktiviti yang membuang masa atau sia-sia, malah telah menjadi industri yang mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda masa kini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan berkata program Kejohanan Sepanggar P.U.B.G Mobile Championship 2022, merupakan program inisiatif daripada Kepimpinan UMNO Bahagian Sepanggar untuk menyokong kegiatan industri E-Sport di kalangan belia Sabah dan Sepanggar amnya.

“Ini adalah titik mula dan peluang kepada semua atlet Sukan Elektronik di kalangan belia khususnya di Negeri Sabah, bilamana dapat untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang E-Sport.

“Untuk kejohanan pada kali ini, ianya merupakan kali Pertama dilaksanakan di Bahagian Sepanggar yang bertemakan ‘Enhancing Sepanggar Youth E-sport Community’ sebagai wadah untuk memperkasakan belia dalam sukan elektronik pada masa kini,” katanya semasa merasmikan kejohanan tersebut yang diadakan selama dua hari bermula dari 26 Mac sehingga 27 Mac 2022 bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal.

Menurut Yakub, kejohanan E-Sport seperti ini juga akan mampu mendidik para belia dengan penggunaan teknologi dan juga seterusnya melahirkan belia yang sihat mental, berdaya saing dan penuh berdisiplin.

“Melalui aktiviti seperti ini, semestinya memerlukan semangat kesukanan yang tinggi dan sudah pasti dalam diri individu tersebut perlu mempersiapkan diri dari segi mental, fizikal dan kerja berpasukan juga adalah kunci utama dalam aktiviti sukan seperti ini.

“Sukan E-Sport terbukti menjanjikan pulangan yang lumayan, apabila beberapa kejohanan seperti ini yang dipertandingkan di luar negara, telah menawarkan hadiah yang cukup lumayan, sehingga menawarkan hadiah wang tunai berjuta ringgit kepada pemenang.

“Bukan sekadar itu sahaja, bahkan sebagai pemain dalam sukan E-Sport ini juga dapat memberikan impak kepada personaliti atau kerja-kerja belakang tabir dalam menjayakan sesebuah kejohanan, seperti pengaturcaraan komputer, pereka bentuk grafik, pengulas E-Sport, Pengurusan Sukan Elektronik dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau juga akan memastikan dan mengangkat Kejohanan Sukan E-Sport ini di peringkat yang lebih tinggi lagi hingga ke peringkat antarabangsa.

Selain berterima kasih kepada pihak penganjur, Yakub turut meluahkan penghargaan kepada pihak penaja iaitu Kelab Kebajikan Raisul Sabah dan City University Malaysia yang telah menaja beberapa hadiah dalam kejohanan ini.

Dalam pada itu, kejohanan E-Sport tersebut menyaksikan sebanyak 32 pasukan dengan 170 peserta keseluruhannya yang akan berentap untuk merebut gelaran Juara. Disamping, hadiah wang tunai terkumpul sebanyak lebih RM10,000 akan menjadi tumpuan utama oleh semua pasukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/26/kegiatan-industri-e-sport-mampu-menjadi-kerjaya-di-kalangan-belia-sabah-yakub-khan/feed/ 0 13514
Fahami cabaran kebolehpasaran graduan https://sabahmedia.com/2022/03/25/fahami-cabaran-kebolehpasaran-graduan/ https://sabahmedia.com/2022/03/25/fahami-cabaran-kebolehpasaran-graduan/#respond Fri, 25 Mar 2022 09:14:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13483
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Semua pihak diminta untuk terus memahami cabaran kebolehpasaran graduan dengan mengambil kira kemahiran yang diperlukan majikan dalam pengambilan siswazah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, majikan bukan hanya mencari kemahiran teknikal yang berkaitan malah turut mencari kualiti lain melebihi kelayakan akademik.

Soft skills yang relevan akan menjadikan calon yang kompetitif kepada para majikan yang bermanfaat bagi organisasi masing-masing.

“Selain daripada kemahiran utama yang berkaitan dengan fungsi pekerjaan, graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah penting seperti kemahiran pengurusan masa dan organisasi, kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan serta kerja berpasukan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena UMS Career Power Week 2022 di Auditorium Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Andi berkata, pihaknya gembira dan berbesar hati apabila Yayasan Juwita dan UMS mengambil inisiatif seumpama itu yang dapat membantu pelajar dalam menghadapi cabaran yang akan datang.

Sementara itu, Andi berkata, senario pengajian tinggi global pada masa ini amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda.

Katanya, tempoh krisis dan pemulihan yang berpanjangan memerlukan semua pihak mencari solusi yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan kelestarian institusi pendidikan tinggi terpelihara.

“Adalah suka saya nyatakan bahawa di Kementerian Belia dan Sukan Sabah menyokong hasrat dan fokus strategik ketiga Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di mana kita memfokuskan untuk  “Memperkukuh Kebolehpasaran Graduan”.

“Penurunan kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 1.8 peratus kepada 84.4 peratus pada tahun 2020 berbanding 86.2 peratus pada tahun 2019 menunjukkan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap kebolehpasaran graduan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/25/fahami-cabaran-kebolehpasaran-graduan/feed/ 0 13483