Oleh Erdie Ab Wahid
TAMBUNAN : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamadkan agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembahagian kerusi tersebut akan diumumkan secara rasmi pada Hari Penamaan Calon, menandakan kesiapsiagaan kedua-dua gabungan utama itu dalam menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.
“Ya, kami sudah tahu (tapi) saya tidak boleh umumkan sekarang. Tunggu sahaja pada Hari Penamaan Calon dan anda akan tahu bilangannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan yang musnah dalam kebakaran baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada GRS dan PH telah mencapai keputusan mengenai pembahagian kerusi bagi PRN ke-17 akan datang.
Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, GRS akan melancarkan manifestonya selepas Hari Penamaan Calon.
“Kami akan menawarkan yang terbaik kepada rakyat Sabah,” katanya.
Beliau turut yakin bahawa mandat rakyat akan dikembalikan kepada GRS-PH berdasarkan rekod cemerlang pentadbiran selama lima tahun.
“Kami telah mencapai banyak kejayaan melalui pelbagai program sosioekonomi untuk rakyat. Kami telah membawa pelaburan berimpak tinggi bagi merancakkan pembangunan ekonomi Sabah.
“Kami telah membelanjakan lebih RM1.3 bilion untuk inisiatif pembangunan modal insan. Kami juga memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada golongan miskin tegar dalam senarai e-Kasih.
“Kami turut mencatat kejayaan dalam industri minyak dan gas. Pembangkang cuba menafikan kejayaan ini, tetapi saya percaya rakyat kini matang dan akan menghargai pencapaian kami,” katanya.
Hajiji turut menyatakan bahawa Pilihan Raya Negeri kali ini akan lebih meriah dengan banyak parti politik telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding.
“Marilah kita meraikan demokrasi,” katanya. – SABAH MEDIA
]]>KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang atlet paralimpik negeri Sabah dalam sukan pingpong, Muhamad Lizan Mat Sittim, di Rumah Yayasan Sabah, di sini pada Isnin.
Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) berharap sumbangan kerusi roda itu akan menyemarakkan lagi semangat Muhamad Lizan untuk terus aktif dalam sukan pingpong sekali gus terus mewakili negeri ini.
“Semoga dengan pemberian kerusi roda ini iaitu jenis Moov 2.0 Lightweight yang sesuai digunakan untuk sukan akan meningkatkan lagi semangat beliau sekali gus mengharumkan nama negeri ini dalam sukan hingga ke peringkat antarabangsa.
“Saya juga berharap semangat yang dimiliki Muhamad Lizan akan menjadi pendorong kepada atlet paralimpik lain di Sabah untuk bersama mengharumkan nama negeri ini,” katanya pada majlis penyerahan kerusi roda itu.
Sementara itu, Muhamad Lizan, 28, yang berasal dari Beaufort dan juga seorang orang kurang upaya (OKU) melahirkan rasa syukur kerana menerima sumbangan kerusi roda yang amat sesuai digunakannya untuk sukan terutama pingpong.
“Alhamdulillah dan saya merakamkan terima kasih kepada isteri ketua menteri atas sumbangan kerusi roda ini. Kerusi roda jenis ini amat sesuai untuk sukan dan tahan lama, mungkin empat hingga lima tahun,” katanya yang juga kakitangan tetap sebagai Pembantu operasi di KLPOKU.
Beliau yang juga anak keenam daripada sembilan beradik, menjadi pelatih dalam bidang
operasi sistem komputer di KLPOKU, di Kimanis Papar pada tahun 2013 selepas terbabit dalam kemalangan pada tahun 2012.
Dia yang aktif dalam sukan pingpong turut mewakili Sabah dalam Paralimpiad Perlis
pada 2014 pingat perak bergu kelas atau kategori 4-5; pingat perak team (berkumpulan) kelas 4-5 dan Paralimpiad Sarawak (2016) yang turut memenangi pingat perak bergu kelas-3 dan team kelas-3 serta gangsa untuk acara perseorangan kelas-3.
Beliau juga pernah mewakili negara dalam sukan pingpong di Sukan Para ASEAN 2017
di Kuala Lumpur acara perseorangan dan bergu kelas-3 suku akhir dan Para Sukma Perak 2018 pingat emas bergu dan team kelas-3 serta pingat perak perseorangan kelas-3 dan kelas 1-5.
Sementara itu, bagi pihak KLPOKU, Dayangku Suhaila turut merakamkan terima kasih kepada isteri ketua menteri atas sumbangan sebuah kerusi roda kepada atlet paralimpik di kompleks itu.
Turut hadir ialah Penguasa Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya (KLPOKU) Kimanis, Papar, Dayangku Suhaila Pg Suhaimi; Pembantu Tadbir KLPOKU Rafidah Dahali dan Jurulatih KLPOKU, Safwanizam Suhaibul.
]]>AGENSI
JAKARTA – Suasana tenang di sebuah pusat vaksinasi di Indonesia bertukar kecoh gara-gara seorang wanita mengamuk dengan melempar kerusi ke arah suaminya kerana didapati curang dengan wanita lain, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi keterangan pada satu video yang tular, wanita tersebut dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin pada hari yang telah ditentukan, namun, suaminya dikatakan tidak dapat menemaninya.
Wanita itu kemudiannya meminta adiknya untuk menemaninya. Sampai sahaja di pusat vaksinasi, wanita itu terkejut melihat suaminya berada di situ sambil memegang tangan wanita lain.
Wanita itu lantas menuju ke arah mereka dan menyerang suami serta teman wanitanya.
Lelaki berkenaan dilihat cuba melindungi teman wanitanya dan cuba menjauhkan wanita itu daripada isterinya.
Pergaduhan menjadi semakin serius apabila kerusi-kerusi yang disediakan di pusat vaksinasi tersebut mula ‘terbang’ sehingga menyebabkan orang ramai termasuk petugas kesihatan tergamam melihat aksi tersebut.
Tiada seorang pun yang tampil untuk meleraikan pergaduhan itu, sebaliknya mereka hanya menyaksikan ‘drama’ tersebut sambil melakukan aktiviti vaksinasi.
“Wah, drama Korea dan Indosiar pun kalah kalau begini,” komen seorang netizen.
“Mantap kerusi terbang,” tulis seorang lagi pengguna.
]]>7 Jun 2021
Normimie Diun
BEAUFORT: Kepayahan insan istimewa, Mohd Helmi Justin, 27, yang menghidap penyakit berkepala besar, atau dikenali sebagai Hydrocephalus iaitu lebihan cecair dalam otak sejurus selepas kelahirannya, mendapat perhatian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan Ruslan Muharam.
Ruslan bersama Pengerusi Persatuan Kasih Masyarakat Sabah, Mohd Shafiq Mohd Bidin tampil memberi sumbangan sebuah kerusi roda semasa menziarahi Helmi di rumahnya di Kg Luagan Sanginan, Daerah Beaufort kira-kira 110km dari Kota Kinabalu.
” Dengan adanya kerusi roda ini, ahli keluarga yang menjaganya dapat mengurus Helmi dengan lebih mudah seperti hendak memandikanya, memberi makan minum dan juga dapat membawanya bersiar-siar di halaman rumah,” kata Ruslan yang turut gembira semasa menyampaikan sumbangan tersebut.
Terserlah kegembiraan Helmi bersama keluarganya semasa beliau diletakkan di atas kerusi roda manakala Ruslan menyorong ke halaman rumahnya.
Ruslan juga berterima kasih kepada Mohd Shafiq kerana memaklumkan mengenai kisah Helmi yang perlu dibantu, iaitu seorang yang kurang upaya sejak 27 tahun hanya terbaring dan tidak dapat berjalan.
]]>