Kes Buli – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Jul 2026 09:45:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kes Buli – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis siasat dakwaan kes buli libatkan dua murid sekolah rendah https://sabahmedia.com/2026/07/08/polis-siasat-dakwaan-kes-buli-libatkan-dua-murid-sekolah-rendah/ https://sabahmedia.com/2026/07/08/polis-siasat-dakwaan-kes-buli-libatkan-dua-murid-sekolah-rendah/#respond Wed, 08 Jul 2026 09:45:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99552
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat dakwaan kejadian buli dan serangan fizikal yang membabitkan dua murid sekolah rendah di daerah ini selepas menerima satu laporan polis pada 7 Julai lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, laporan itu dibuat oleh bapa kepada kedua-dua mangsa yang mendakwa anak-anaknya menjadi mangsa gangguan dan serangan fizikal oleh seorang murid lelaki.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian pertama dipercayai berlaku pada 6 Julai apabila seorang murid perempuan berusia 12 tahun didakwa ditendang pada bahagian belakang kepala oleh rakan sekelasnya.

“Keesokan harinya, adik mangsa yang turut bersekolah di sekolah sama pula didakwa ditendang pada bahagian perut oleh murid lelaki yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa perempuan dilaporkan mengalami sakit kepala, manakala adiknya berada dalam keadaan trauma dan ketakutan susulan kejadian itu.

Katanya, pengadu turut mendakwa suspek sering mengganggu kedua-dua mangsa melalui panggilan berunsur hinaan serta gangguan fizikal di dalam kelas, yang dipercayai berlaku secara berterusan sejak awal sesi persekolahan.

Syed Lot berkata, polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti identiti penuh suspek, merakam percakapan mangsa, saksi, guru serta pihak pentadbiran sekolah.

“Pemeriksaan perubatan terhadap mangsa turut dijalankan bagi menentukan tahap kecederaan yang dialami,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 507(b) Kanun Keseksaan.

Beliau menegaskan polis memandang serius sebarang bentuk buli dan keganasan yang melibatkan kanak-kanak serta akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan siasatan serta mendedahkan identiti kanak-kanak yang terlibat.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Movendran A/L Apoorvasamy di talian 018-5746310 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/08/polis-siasat-dakwaan-kes-buli-libatkan-dua-murid-sekolah-rendah/feed/ 0 99552
MARA Tamatkan Pengajian 10 Pelajar MRSM Yang Terlibat Kes Buli https://sabahmedia.com/2021/12/14/mara-tamatkan-pengajian-10-pelajar-mrsm-yang-terlibat-kes-buli/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/mara-tamatkan-pengajian-10-pelajar-mrsm-yang-terlibat-kes-buli/#respond Tue, 14 Dec 2021 12:22:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9877
Read Time:1 Minute, 14 Second

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara, MRSM yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.

“Pihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu itu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan MARA, IPMA mahupun tajaan MARA.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Menurut Azhar, ibu bapa pelajar terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

“Keputusan ini kita harap ianya bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA.

Kita di MARA tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga mempunyai sahsiah diri dan tingkah laku peribadi yang baik dan diterima oleh masyarakat.”

Pihak MARA tegas Azhar, komited dalam menangani kes-kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard, SOP, melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.

Selain melaksanakan pemantauan secara berterusan segala aktiviti pelajar termasuk proses pembelajaran di dalam kelas bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/mara-tamatkan-pengajian-10-pelajar-mrsm-yang-terlibat-kes-buli/feed/ 0 9877