kes bunuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Jun 2025 01:18:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kes bunuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes bunuh warga asing di Silabukan, dua Individu ditahan https://sabahmedia.com/2025/06/30/kes-bunuh-warga-asing-di-silabukan-dua-individu-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/06/30/kes-bunuh-warga-asing-di-silabukan-dua-individu-ditahan/#respond Mon, 30 Jun 2025 01:18:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76389
Read Time:53 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Polis Lahad Datu sedang menjalankan siasatan berhubung kes bunuh melibatkan lelaki warga asing yang ditemui mati di sebuah rumah dalam kawasan kebun kelapa sawit di Ulu Segangan, Silabukan, di sini kelmarin.

Mangsa, seorang lelaki berumur 23 tahun, ditemukan tidak bernyawa dengan kesan kecederaan di bahagian belakang badan yang dipercayai akibat tikaman senjata tajam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah berjaya menahan dua individu warga asing.

“Dua yang ditahan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 29 tahun pada hari yang sama bagi membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan di Hospital Lahad Datu.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/30/kes-bunuh-warga-asing-di-silabukan-dua-individu-ditahan/feed/ 0 76389
Lima suspek ditahan kes bunuh pekerja ladang di Bongawan https://sabahmedia.com/2025/02/01/lima-suspek-ditahan-kes-bunuh-pekerja-ladang-di-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/lima-suspek-ditahan-kes-bunuh-pekerja-ladang-di-bongawan/#respond Sat, 01 Feb 2025 03:01:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67811
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh J. EVACHELL JOHN

PAPAR: Lima suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pekerja ladang sawit di Kampung Ulu Lumagar, Bongawan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Papar Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata pihaknya menerima aduan daripada pemilik ladang sawit berkenaan mengenai pergaduhan antara beberapa orang pekerja syarikat, dan dipercayai seorang mangsa telah ditikam.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Balai Polis Bongawan berjaya menahan lima suspek, termasuk tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Ulu Lumagar pada 31 Januari sekitar jam 12 tengah hari.

“Polis turut merampas sebilah pisau berhulu kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian. Semua suspek serta barang rampasan dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Khamis (30 Januari) sekitar jam 8 malam apabila mangsa warga Filipina berusia 37 tahun, bertanya mengenai duit RM20 yang diberi isterinya untuk membeli ikan dan roti.

“Pertengkaran berlaku kerana suspek tidak mengaku dan tidak mahu memulangkan wang yang diperolehinya dari isteri mangsa.

“Semasa pentengkaran mulut berlaku, suspek telah bertindak masuk ke dalam rumahnya dan mengambil pisau kecil lalu terus menyerang si mati dengan menikam mangsa berkali-kali di tubuh badan mangsa,” katanya.

Menurut Kamaruddin, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Desmond A/L Tanggapan di talian 019-488 3322,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/lima-suspek-ditahan-kes-bunuh-pekerja-ladang-di-bongawan/feed/ 0 67811
Polis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh https://sabahmedia.com/2024/09/20/polis-keningau-buru-suspek-terlibat-kes-bunuh/ https://sabahmedia.com/2024/09/20/polis-keningau-buru-suspek-terlibat-kes-bunuh/#respond Fri, 20 Sep 2024 13:54:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60954
Read Time:54 Second

KENINGAU: Polis kini sedang giat memburu seorang suspek (gambar) disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang berlaku di Kampung Lingkudau dekat sini pada malam Khamis.

Ini adalah susulan kejadian pada 19 September lalu jam lebih kurang 9.40 malam, Polis Daerah Keningau telah menerima makluman awal mengenai aduan awam bahawa berlaku pergaduhan pertengkaran mulut pasangan suami isteri di Kampung Lingkudau, Keningau.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam Dalaman, isteri dan anak suspek telah melarikan diri ke rumah jiran yang merupakan rumah mangsa (si mati) meminta bantuan untuk dihantar ke balai polis Keningau, akan tetapi suspek berjumpa dengan mangsa (si mati) dan berlaku pergaduhan.

“Suspek terus menetak mangsa (si mati) menggunakan objek tajam dan menyebabkan pendarahan yang teruk.

“Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian ini dan diklafikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai jika mempunyai maklumat berkenaan suspek tersebut boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148 atau tampil ke mana – mana balai berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/20/polis-keningau-buru-suspek-terlibat-kes-bunuh/feed/ 0 60954
Individu lelaki didakwa di mahkamah, kes bunuh anak pemilik restoran terkenal di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/08/12/individu-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/08/12/individu-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/#respond Mon, 12 Aug 2024 07:38:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58899
Read Time:50 Second

SANDAKAN: Seorang individu lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sandakan hari ini atas tuduhan membunuh anak pemilik restoran terkenal di Sandakan Julai lalu.

Tertuduh warga tempatan Mohamad Zulfaizzie Hanafie Mohd Firdaus, 23, mengaku faham di atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Faezah Jafry, namun tiada sebarang pengakuan dari tertuduh direkodkan.

Tertuduh kemudiannya diarahkan ditahan di bawah reman penjara di bawah Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh.

Menurut kertas pertuduhan, Mohamad Zulfaizzie telah dituduh bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun yang sama atas kesalahan membunuh seorang lelaki Mohammed Noufal Abdul Rasheed, 35, warganegara India yang merupakan anak pemilik rangkaian restoran terkenal di Sandakan yang dilaporkan hilang pada 21 Julai 2024. Kesalahan itu dilakukan di kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit Jalan Sungai Memanjang, Sandakan.

Pendakwaan dilakukan Asisten Superintendan Zamri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 September depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/12/individu-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-anak-pemilik-restoran-terkenal-di-sandakan/feed/ 0 58899
13 remaja lelaki didakwa di mahkamah, kes bunuh pelajar asrama kolej https://sabahmedia.com/2024/04/02/13-remaja-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-pelajar-asrama-kolej/ https://sabahmedia.com/2024/04/02/13-remaja-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-pelajar-asrama-kolej/#respond Tue, 02 Apr 2024 05:57:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52040
Read Time:1 Minute, 29 Second

LAHAD DATU: 13 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional Lahad Datu, 22 Mac lalu.

Kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Prosiding secara tertutup itu berlangsung pada jam 9 pagi dan hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara kerana membabitkan kes juvana.

Menurut pertuduhan, kesemua remaja yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac lalu kira-kira 9 malam hingga 7.38 pagi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao sementara dua tertuduh diwakili peguam Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan.

Terdahulu media melaporkan pada 22 Mac lalu seorang pelajar asrama Muhd Nazmie Aizat, 17, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada jam 6.50 pagi.

Mangsa dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar asrama kolej.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.

Katanya, mangsa adalah penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/02/13-remaja-lelaki-didakwa-di-mahkamah-kes-bunuh-pelajar-asrama-kolej/feed/ 0 52040
Suspek kes bunuh kanak-kanak 11 tahun berjaya diberkas https://sabahmedia.com/2023/09/24/suspek-kes-bunuh-kanak-kanak-11-tahun-berjaya-diberkas/ https://sabahmedia.com/2023/09/24/suspek-kes-bunuh-kanak-kanak-11-tahun-berjaya-diberkas/#respond Sun, 24 Sep 2023 13:20:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42464
Read Time:1 Minute, 7 Second

LAHAD DATU: Suspek kes bunuh kanak – kanak 11 tahun di Perumahan Pekerja, Felda Sahabat 30, Lahad Datu berjaya diberkas oleh sepasukan polis bantuan felda pada jam 7.00 pagi tadi (24 Sept).

Suspek lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Paulus Poka Lolo, 33, merupakan suspek utama yang diburu polis bagi kes bunuh kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner (ACP) Dr. Rohan Shah Ahmad mengesahkan penahanan suspek berkenaan.

Katanya, bertindak di atas maklumat itu, pihak polis bantuan felda telah mempertingkatkan rondaan kawasan dan telah berjaya mengesan suspek yang dikehendaki itu dalam keadaan mencurigakan di dalam kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, Lahad Datu.

“Seterusnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah menangkap semula suspek dan menjalankan soal siasat
sehingga suspek mendedahkan lokasi tersimpannya senjata berupa parang yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut dengan bantuan anjing pengesan (Unit K9, IPD Lahad Datu).

“Ekoran pendedahan ini, pihak polis telah menemui dan merampas sebilah parang yang berukuran 23 inci di sebuah kawasan semak tepi
jalan Ladang FGV PM Sahabat 41,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan Shah, suspek akan dibawa ke mahkamah Lahad Datu pada esok (25 Sept) bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan.

“Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek ini dan rampasan terhadap senjata yang digunakan oleh suspek dalam kejadian ini, kes ini dianggap selesai,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/24/suspek-kes-bunuh-kanak-kanak-11-tahun-berjaya-diberkas/feed/ 0 42464
Empat suspek lelaki berjaya ditahan terlibat kes bunuh https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/ https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/#respond Mon, 04 Sep 2023 02:45:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41229
Read Time:1 Minute, 44 Second

KENINGAU: Polis berjaya menahan empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pekerja ladang sawit dalam kejadian di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Anak Garai berkata, pada 29 Ogos 2023 jam lebih kurang 9.50 malam, pihak polis IPD Keningau telah menerima satu laporan berkaitan satu kejadian kes kematian dari orang awam yang melibatkan seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 47 tahun.

“Hasil siasatan pihak polis, kejadian berlaku pada 27 Ogos 2023 jam lebih kurang 4 petang, seorang lelaki tempatan yang bertugas untuk meronda di kawasan kebun di Kampung Batu 27, Jalan Tenom – Keningau telah melihat mangsa terbaring di dalam rumah kebun dalam keadaan tidak sedarkan diri tetapi masih bernafas.

“Seterusnya mangsa telah dibawa ke Hospital Keningau untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun pada 28 Ogos 2023, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman otak yang mana terdapat benjolan pada kepala kanan mangsa.

“Punca awal pergaduhan ini disebabkan oleh kesemua empat suspek ini menuduh anak lelaki mangsa sebagai pencuri di kawasan ladang tempat kerja mereka dan ingin mendapatkan penjelasan. Berlaku cabar mencabar diantara mereka sehingga menyebabkan pergaduhan dan kematian mangsa,” kata Yampil ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Yampil, susulan dari maklumat, dua perempuan dan seorang lelaki telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut untuk mengesan empat orang suspek utama yang terlibat dalam kes tersebut.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau telah berjaya membuat tangkapan secara berasingan terhadap kesemua empat lelaki warganegara Indonesia berumur lingkungan 17 hingga 37 tahun pada 2 September 2023 diantara jam 8 pagi dan 3 petang di kawasan tepi jalan Kampung Bunga Raya Keningau dan hadapan rumah tidak bernombor di ladang sawit Sapong – Tenom.

“Kesemua suspek direman sehingga 7 September 2023. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Yampil turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan masyarakat yang telah membantu sehingga tertangkapnya kesemua suspek.

“Pihak polis juga menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes tersebut di media sosial yang akan menjejaskan siasatan pihak polis,” tegas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/04/empat-suspek-lelaki-berjaya-ditahan-terlibat-kes-bunuh/feed/ 0 41229