Kes Pemerdagangan Manusia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Apr 2024 03:26:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kes Pemerdagangan Manusia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan https://sabahmedia.com/2024/04/30/empat-wanita-warga-filipina-mangsa-pemerdagangan-manusia-berjaya-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2024/04/30/empat-wanita-warga-filipina-mangsa-pemerdagangan-manusia-berjaya-diselamatkan/#respond Tue, 30 Apr 2024 02:27:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=53709
Read Time:1 Minute, 22 Second

LABUAN: Empat wanita warganegara Filipina yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan oleh pihak polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, bertindak atas maklumat pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan telah membuat serbuan di sebuah hotel di bandar Labuan pada 26 April 2024 dan berjaya menyelamatkan tiga wanita warga Filipina yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Katanya, susulan daripada penyelamatan tiga mangsa di Labuan, seorang lagi mangsa yang berjaya melarikan diri ke Penampang turut diselamatkan pada 27 April 2024 dengan bantuan pihak polis daripada Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Tindakan pihak polis melalui OP Pintas, telah berjaya menyelamatkan keseluruhan empat orang wanita warga Filipina berusia diantara 31 hingga 33 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang iaitu dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar WP Labuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, berikutan daripada penyelamatan semua mangsa yang terlibat, dua orang suspek wanita iaitu seorang warga tempatan berumur 36 tahun dan seorang lagi warga Filipina berumur 22 tahun telah ditangkap untuk membantu siasatan kes.

“Permohonan perintah reman telah dibuat ke atas dua suspek di Mahkamah Majistret W.P. Labuan.

“Wanita warga Filipina tersebut telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 28 April hingga 4 Mei 2024 manakala wanita warga tempatan dibenarkan selama lima hari bermula 28 April hingga 2 Mei 2024.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom).

“Justeru, pihak polis menasihatkan kepada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah mahupun aktiviti pemerdagangan orang kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/30/empat-wanita-warga-filipina-mangsa-pemerdagangan-manusia-berjaya-diselamatkan/feed/ 0 53709
Kes Pemerdagangan Manusia: Tujuh mangsa wanita warga Filipina diselamatkan https://sabahmedia.com/2023/10/16/kes-pemerdagangan-manusia-tujuh-mangsa-wanita-warga-filipina-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2023/10/16/kes-pemerdagangan-manusia-tujuh-mangsa-wanita-warga-filipina-diselamatkan/#respond Sun, 15 Oct 2023 22:11:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43692
Read Time:1 Minute, 11 Second

LABUAN: Polis berjaya menyelamatkan tujuh wanita warga Filipina dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja di sebuah premis hiburan di sekitar bandar Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Polis Daerah W.P. Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, pihak polis telah menerima aduan kejadian pemerdagangan manusia melibatkan dua wanita warganegara Filipina di sebuah hotel di W.P. Labuan pada 13 Okt lalu.

Katanya, maklumat awal telah diterima daripada pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur yang menerima panggilan daripada mangsa memohon untuk diselamatkan.

“Kedua-dua mangsa menghubungi pihak kedutaan setelah melarikan diri daripada tempat penginapan mereka.

“Tindakan pihak Polis melalui OP Pintas, telah berjaya menyelamatkan keseluruhan tujuh orang wanita warganegara Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar WP Labuan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mohd Hamizi berkata, dua orang masing-masing seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Filipina turut ditangkap untuk membantu
siasatan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berumur
lingkungan 25 hingga 33 tahun bekerja sebagai pelayan di premis
hiburan berkenaan.

“Permohonan perintah reman ke atas dua tangkapan dari Mahkamah
Majistret W.P. Labuan telah dibenarkan selama enam hari bermula 15 Oktober 2023 hingga 20 Oktober 2023 dan siasatan masih diteruskan.

“Justeru pihak Polis menasihatkan kepada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah
mahupun aktiviti pemerdagangan manusia kepada pihak polis,” tegasnya.

Menurut Mohd Hamizi, tangkapan kes pemerdagangan manusia disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan
Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/16/kes-pemerdagangan-manusia-tujuh-mangsa-wanita-warga-filipina-diselamatkan/feed/ 0 43692