Kes Rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Aug 2024 10:50:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kes Rasuah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga pegawai penguat kuasa ditahan reman lima hari, kes rasuah RM120,000 https://sabahmedia.com/2024/08/11/tiga-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-reman-lima-hari-kes-rasuah-rm120000/ https://sabahmedia.com/2024/08/11/tiga-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-reman-lima-hari-kes-rasuah-rm120000/#respond Sun, 11 Aug 2024 10:50:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58874
Read Time:57 Second

KOTA.KINABALU: Tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di negeri ini ditahan reman lima hari kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Perintah tahanan reman selama lima hari bermula 12 hingga 16 Ogos 2024 terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 hingga 40-an itu dikeluarkan Majistret Aslianlydia Asneh selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy berkata, kesemua suspek telah ditahan kira-kira jam 4 petang hingga 11 malam tadi dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Sabah di Pekan Keningau.

“Tangkapan terbaharu yang melibatkan dua lagi pegawai penguat kuasa adalah susulan daripada tangkapan seorang pegawai penguat kuasa sebelum ini berkaitan kes yang sama iaitu disyaki meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang penyeludupan yang telah ditahan oleh jabatan itu.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang direman hari ini dipercayai melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini (Ogos 2024).

“kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/11/tiga-pegawai-penguat-kuasa-ditahan-reman-lima-hari-kes-rasuah-rm120000/feed/ 0 58874
24 Julai ini tarikh bicara kes rasuah Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri https://sabahmedia.com/2023/05/22/24-julai-ini-tarikh-bicara-kes-rasuah-ketua-unit-penguatkuasaan-cukai-jualan-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/05/22/24-julai-ini-tarikh-bicara-kes-rasuah-ketua-unit-penguatkuasaan-cukai-jualan-negeri/#respond Mon, 22 May 2023 03:48:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34902
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Khas Kota Kinabalu hari ini menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan ke atas seorang penjawat awam membabitkan 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tahun 2016 dan 2017.

Tertuduh, Zulfikar Khomeini Asli, 44 ditemani peguamnya Syed Anwar Shariff Abdullah hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi tadi (22 Mei) bagi mendengar penetapan tarikh perbicaraan kes tersebut oleh Hakim Jason Juga.

Sebelum ini, pada awal Januari lalu, di mahkamah yang sama, tertuduh mengaku tidak bersalah ke atas 16 pertuduhan iaitu pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang bertugas sebagai Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam di Kementerian Kewangan Sabah menerima suapan RM20,000.

Kesemua suapan itu diterima daripada pengurus sebuah syarikat kilang sawit ke dalam akaun bank tertuduh yang mempunyai kepentingan pada 20 September 2016 dan gagal melaporkan pemberian tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagi pertuduhan keenam hingga ke-10, tertuduh didakwa menerima suapan RM10,000, juga menerusi transaksi ke akaun bank daripada seorang pengurus syarikat kilang sawit pada 2 Januari 2017.

Manakala bagi pertuduhan ke 11 hingga 16 pula, tertuduh yang kini bertugas sebagai pegawai di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menerima RM15,000 daripada pengurus syarikat kilang sawit pada 3 Januari dan 7 Januari 2017.

Kesemua pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee, manakala Zulfikar diwakili peguam Syed Anwar Shariff Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/22/24-julai-ini-tarikh-bicara-kes-rasuah-ketua-unit-penguatkuasaan-cukai-jualan-negeri/feed/ 0 34902
Kes Rasuah Penjawat Awam Di Sabah Turun 87 peratus https://sabahmedia.com/2021/12/09/kes-rasuah-pejawat-awam-di-sabah-turun-87-peratus/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/kes-rasuah-pejawat-awam-di-sabah-turun-87-peratus/#respond Thu, 09 Dec 2021 04:50:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9596
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kes rasuah melibatkan penjawat awam negeri menurun sebanyak 87 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini berikutan usaha bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Negeri membanteras gejala itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penurunan ketara itu jelas memperlihatkan bahawa tahap kesedaran penjawat awam terhadap kesalahan rasuah dan tanggungjawab bersama memerangi jenayah ini semakin meningkat.

Statistik SPRM menunjukkan sebanyak 47 kertas siasatan dibuka pada tahun 2018 yang kemudiannya menurun kepada 11 pada 2019, sembilan pada 2020 dan sehingga Ogos tahun ini hanya enam kes telah disiasat.

“Ianya turut mencerminkan kesungguhan dan kesediaan rakyat Sabah bersama SPRM dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini,” kata Hajiji sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa peringkat negeri Sabah di Menara Kinabalu, dekat sini pada Khamis.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah mewajibkan sektor awam mewujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) untuk memastikan tahap integriti tinggi kalangan pejawat awam dan menangani gejala rasuah.

“Saya menyeru kepada semua kementerian di negeri ini agar turut memberikan komitmen yang padu dalam mengwujudkan OACP,” katanya sambil menambah bagi syarikat milik kerajaan negeri Sabah (GLC), pelaksanaan pelan itu adalah merupakan salah satu inisiatif dalam mempersiapkan organisasi komersial kerajaan agar mempunyai tatacara mencukupi selaras dengan peruntukan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Hajiji berkata sembilan daripada 11 kementerian negeri telahpun melaksanakan OACP masing-masing.

Katanya selain daripada memantapkan lagi tadbir urus dan integriti, pelaksanaan OACP dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

“Saya percaya jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan komitmen yang tinggi dan berusaha melestarikan integriti secara menyeluruh khususnya kepada seluruh Warga Perkhidmatan Awam di negeri ini, untuk bersama-sama melakukan perubahan dengan menyedarkan masyarakat keseluruhannya bahawa perbuatan memberi rasuah merupakan suatu kesalahan yang amat serius,” katanya.

Hajiji menggesa agar masyarakat memberi sokongan dan kerjasama dengan melaporkan kesalahan seperti salah guna kuasa dan rasuah di kawasan mereka kepada SPRM.

“Mereka yang memberi maklumat penting kepada SPRM akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/kes-rasuah-pejawat-awam-di-sabah-turun-87-peratus/feed/ 0 9596