Kes Sembuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Sep 2021 13:50:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kes Sembuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Bilangan Kes Sembuh Tinggi Dari Kes Positif Baharu https://sabahmedia.com/2021/09/14/covid-19-bilangan-kes-sembuh-tinggi-dari-kes-positif-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/09/14/covid-19-bilangan-kes-sembuh-tinggi-dari-kes-positif-baharu/#respond Tue, 14 Sep 2021 13:45:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6327
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Bilangan pesakit COVID-19 sembuh sebanyak 2,138 lebih tinggi berbanding jumlah kes positif baharu iaitu 1,784 kes dilaporkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes positif COVID-19 keseluruhan bagi Sabah meningkat sedikit berbanding angka semalam namun masih berada di bawah paras 2,000 kes di mana hari ini jumlah kes positif yang dicatat ialah 1,784 namun kes sembuh lebih tinggi dicatatkan sebanyak 2,138 pada hari ini selain 16 kes kematian dilaporkan melibatkan 10 kes di Kota Kinabalu, dua kes di Papar manakala Kota Marudu, Tawau, Telupid dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes.

“Daripada 1,784 kes yg didaftar hari ini, 556 kes atau 31.17% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 130 kes atau 7.29% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 226 kes atau 12.7% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.

“Manakala Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 905 kes atau 50.7%, Saringan Bergejala 719 kes atau 40.3%, hanya dua kes daripada Saringan Kluster dan 158 kes melalui Saringan Lain-lain,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

Menurut Masidi lagi 400 kes atau 22.42% adalah pesakit dalam Kategori 1, 1,307 kes atau 73.26% dalam Kategori 2, 10 kes dalam Kategori 3, sembilan kes dalam Kategori 4 dan 16 kes dalam kategori 5, 42 kes masih dalam siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/14/covid-19-bilangan-kes-sembuh-tinggi-dari-kes-positif-baharu/feed/ 0 6327
COVID-19: Jumlah Kes Sembuh lagi Tinggi Dari Kes Positif Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/30/covid-19-jumlah-kes-sembuh-lagi-tinggi-dari-kes-positif-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/covid-19-jumlah-kes-sembuh-lagi-tinggi-dari-kes-positif-baharu-di-sabah/#respond Mon, 30 Aug 2021 12:58:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5561
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan kes sembuh sepenuhnya lebih tinggi iaitu 3,067 berbanding kes positif baharu COVID-19 2,310 kes hari ini, selain turut merekodkan 42 kes kematian iaitu 10 di Tuaran, sembilan di Kota Kinabalu, tujuh di Tawau, empat di Sandakan, tiga di Beaufort, dua di Penampang, Papar dan Keningau manakala Kudat, Putatan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital dan sembuh sepenuhnya sebanyak 3,067 menjadikan jumlah kumulatif 112,378 orang.

Walau bagaimanapun, menurut Masidi, seramai 5,012 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,509 orang di hospital, 3,368 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 51 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 220 orang merangkumi 140 di ICU/repurposed kritikal care serta 80 di open war (HDW/kubikel akut) dan 79 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Namun saringan melalui Kontak Rapat kekal penyumbang utama dengan 1,342 kes atau 58.10%, Saringan Bergejala 680 kes atau 29.4% dan 37 kes adalah daripada Saringan Kluster sedia ada.

Masidi juga turut memaklumkan bahawa masih ada keputusan kes-kes yang lewat didaftar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Hari ini, 882 kes atau 38.2% adalah kes positif yang lewat didaftar antara 2 hingga 3 hari, 216 kes atau 9.4% adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara 4 hingga 5 hari dan (260) kes atau 11.3% adalah kes daftar lewat melebihi 5 hari.

“Dalam perkembanan lain, Sehingga semalam (29 Ogos 2021), 38.0% penduduk dewasa Sabah telah pun melengkapkan pengambilan vaksin dan 57.2% telah memperolehi satu dos. Manakala menjelang malam Hari Kebangsaan 31 Ogos 2021 di jangka 40% penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/covid-19-jumlah-kes-sembuh-lagi-tinggi-dari-kes-positif-baharu-di-sabah/feed/ 0 5561