kes tuntutan palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 13 Sep 2023 07:43:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kes tuntutan palsu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bekas pengurus kanan kilang di dakwa di mahkamah, kes tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/#respond Wed, 13 Sep 2023 07:43:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41770
Read Time:1 Minute, 31 Second

TAWAU: Seorang bekas pengurus kanan kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini, membabitkan tiga pertuduhan kes tuntutan palsu berjumlah RM25,510 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Tertuduh, Hasnawi Dawi, 48, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut ketiga-tiga kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa melanggar tatacara pengurusan kewangan Peruntukan Alat Ganti/Alat Tulis (Senggaraan) yang pada ketika itu tertuduh adalah sebagai Pengurus Kanan Gred 6 di Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, iaitu pertuduhan pertama pada 11 Disember 2017, dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,000.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 622, manakala pertuduhan kedua pada 19 Januari 2018,dengan curangnya telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM7,500.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 2622, dan pertuduhan ketiga pada 30 November 2017 dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,010.00 bagi kerja-kerja Membekal dan Menyediakan Tenaga Kerja, Bahan Serta Pengangkutan untuk Membuat Kerja- Kerja Menggantikan Lantai 1st Floor Bangunan Plant yang reput di dalam Kawasan Kilang FVOPSB-Sahabat Oil Products.

Ketiga-tiga perbuatan tersebut dilakukan di Pejabat Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, di dalam Daerah Lahad Datu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala tertuduh diwakili peguam dari Chang & Kamaruddin Co.

Ketiga-tiga pertuduhan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun yang sama.

Mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dan RM3,000 didepositkan ke akaun mahkamah untuk kesemua pertuduhan beserta seorang penjamin tempatan.

Manakala, tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap dua bulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada Mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan tarikh
sebutan, PTCM Sek. 51(A) CPC pada 17 Oktober 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/feed/ 0 41770
Lima penjawat awam didakwa di mahkamah melibatkan kes tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/#respond Tue, 18 Jul 2023 07:28:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38492
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Lima penjawat awam didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini kerana membuat tuntutan palsu berhubung kos perpindahan ke pelbagai daerah membabitkan RM61,500.

Mereka ialah Rozidah Samudin, 52, Myron Masing, 40, Alif Abdul Fatah, 35, Mohd Effendi Awang Damit, 31, dan Ady Said, 38.

Kesemua mereka bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah.

Rozidah menghadapi dua pertuduhan manakala empat lelaki tersebut masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) Akta yang sama 2009.

Ady bagaimanapun menghadapi lima lagi pertuduhan bersubahat dengan empat tertuduh dalam melakukan kesalahan itu.

Mereka mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Dalam kes Rozidah, dia didakwa menyerahkan resit syarikat pengangkutan untuk penghantaran barangan rumah dan kenderaan yang berkaitan dengan tugas rasminya. Namun, perkhidmatan itu tidak pernah diberikan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di JPBW di sini pada 2 Oktober 2017 bernilai RM17, 100, dan pada 5 September 2019 bernilai RM17, 000.

Myron dan Mohd Effendi masing-masing didakwa melakukan kesalahan sama pada 8 Sept 2020 membabitkan RM6,250.

Sementara Alif, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Ogos 2019 membabitkan RM8, 480.

Dalam kes Ady, pertuduhan pertama menyatakan dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan RM6,450 pada 8 Sept 2020.

Bagi pertuduhan kedua hingga keenam, Ady didakwa bersubahat dengan Rozidah, Myron, Alif, dan Mohd Effendi dalam membuat tuntutan palsu masing-masing antara 2017 dan 2020.

Pertuduhan, mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM dibaca bersama Seksyen 18 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Hakim menetapkan tarikh yang sama pada 15 Ogos untuk semua tertuduh.

Setiap tertuduh turut diikat jamin antara RM10,000 dan RM15,000 dengan deposit antara RM3,000 dan RM4,000 di bawah penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkan mereka melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali. Pasport masing-masing diperintahkan untuk diserahkan kepada mahkamah dan mereka diarah tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sementara menunggu penyelesaian kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi dan Rekhraj Singh untuk SPRM.

Rozidah diwakili peguam Mohd Luqman Syazwan Zabidi Md Zain manakala Alif diwakili peguam Yannik Mohd Anuar dan Lim Chun Yuan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/18/lima-penjawat-awam-didakwa-di-mahkamah-melibatkan-kes-tuntutan-palsu/feed/ 0 38492