kesan suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Jul 2023 11:48:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kesan suspek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis kesan suspek terlibat kes langgar lari di Semporna https://sabahmedia.com/2023/07/26/polis-kesan-suspek-terlibat-kes-langgar-lari-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2023/07/26/polis-kesan-suspek-terlibat-kes-langgar-lari-di-semporna/#respond Wed, 26 Jul 2023 11:46:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38977
Read Time:52 Second

SEMPORNA : Polis sedang giat mengesan seorang suspek terlibat kes langgar lari di Jalan Kampung Selamat, Jalan Persisiran Pantai Semporna baru-baru ini.

Dalam kejadian seorang pejalan kaki berumur dalam lingkungan 62 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya pada 19 Julai 2023 jam lebih kurang 8.00 malam di Jalan Kampung Selamat, Jalan Persisiran Pantai Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan Awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah Motokar Perodua Axia, No. Pendaftaran SB602G yang dipandu oleh suspek telah hilang kawalan lalu melanggar pejalan kaki yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

“Pemandu motokar telah melarikan diri selepas kejadian. Mangsa telah
dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut dan telah disahkan
meninggal dunia pada 20 Julai 2023. Usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Pihak polis meminta, saksi-saksi yang melihat kejadian diminta tampil untuk memberi keterangan dan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Farhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/26/polis-kesan-suspek-terlibat-kes-langgar-lari-di-semporna/feed/ 0 38977
Polis giat kesan suspek terlibat kes pecah rumah di Kinarut https://sabahmedia.com/2023/07/17/polis-giat-kesan-suspek-terlibat-kes-pecah-rumah-di-kinarut/ https://sabahmedia.com/2023/07/17/polis-giat-kesan-suspek-terlibat-kes-pecah-rumah-di-kinarut/#respond Mon, 17 Jul 2023 10:02:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38447
Read Time:53 Second

LABUAN: Polis sedang giat mengesan suspek terlibat kes jenayah pecah rumah yang berlaku di taman perumahan Kinarut, Papar pada Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan laporan mengenai kes tersebut telah dibuat oleh mangsa.

Katanya, menurut laporan itu dalam kejadian tersebut mangsa sekeluarga telah diikat dengan menggunakan wayar.

“Justeru, pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah telah merancang beberapa mesyuarat atau projek berkaitan perkara ini dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Labuan di Dewan Bancolasi IPD Labuan pada Isnin (17 Julai).

Bagaimanapun, Jauteh berkata, sehingga setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, tular di media sosial (aplikasi Whatsapp) satu laporan polis mengenai kejadian pecah rumah yang berlaku dan mangsa sekeluarga diikat dengan dawai serta diacu dengan parang oleh suspek di kediaman mangsa di Kinarut pada Jumaat lalu.

Dalam laporan tersebut, dikatakan suspek telah melarikan barang berharga serta wang tunai milik mangsa.

Menurut Jauteh, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/17/polis-giat-kesan-suspek-terlibat-kes-pecah-rumah-di-kinarut/feed/ 0 38447