Kesedaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 19 Jan 2022 07:43:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kesedaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DBKK Anjur Kursus Kesedaran Pelancongan Di Kampung Kokol https://sabahmedia.com/2022/01/19/dbkk-anjur-kursus-kesedaran-pelancongan-di-kampung-kokol/ https://sabahmedia.com/2022/01/19/dbkk-anjur-kursus-kesedaran-pelancongan-di-kampung-kokol/#respond Wed, 19 Jan 2022 07:43:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11281
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Seramai 30 orang penduduk menyertai Kursus Kesedaran Pelancongan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertempat di Dewan Kampung Kokol, Menggatal dekat sini baru-baru ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, Kursus Kesedaran Pelancongan yang dianjurkan adalah bersempena dengan Acara Sambutan Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu dan para peserta adalah terdiri dari komuniti Kampung Kokol, Menggatal.

“Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kepimpinan peserta-peserta melalui kursus yang dianjurkan selain dapat merapatkan hubungan, kerjasama dan kesepakatan komuniti itu sendiri mahupun dengan agensi luar,” katanya.

Penceramah, Encik Muhammad Uthman Sarimal, AJK Tertinggi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu menyampaikan taklimat mengenai Isu Penyalahgunaan Dadah Di Pusat Pelancongan. - Foto Ihsan DBKK
Penceramah, Muhammad Uthman Sarimal, AJK Tertinggi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu menyampaikan taklimat mengenai Isu Penyalahgunaan Dadah Di Pusat Pelancongan. – Foto Ihsan DBKK
Penyelaras Kursus Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya, DBKK.
Penyelaras Kursus Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya, DBKK. -Foto ihsan DBKK

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Inanam, Albert Jumitih pada 8 Januari 2022.

Seramai empat orang penceramah kursus telah dijemput untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran mereka semasa kursus ini berlangsung.

Mereka adalah Pengurus Produk, Lembaga Pelancongan Sabah Daniel Roman yang telah menyampaikan Taklimat ‘Kesedaran Pelancongan’, perkongsian ‘Pembangunan Program Homestay’ bersama Penyelaras Homestay Desa Cinta Kobuni, Emalia Rabin manakala perkongsian ‘Penubuhan Koperasi Homestay’ oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Data, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Anasty Majus, dan penceramah terakhir AJK Tertinggi PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu Muhammad Uthman Sarimal yang telah memberi taklimat berkenaan ‘Isu Penyalahgunaan Dadah Di Pusat Pelancongan’.

Noorliza berkata, hasil daripada kursus ini, komuniti Kampung Kokol sepakat untuk menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan di peringkat kampung yang mana Jawatankuasa ini akan menjadi penggerak untuk mengenalpasti produk pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan di kampung tersebut.

Dalam pada itu, pameran PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu serta pembukaan Kaunter Aduan Awam turut diadakan bagi memupuk kesedaran komuniti tentang bahayanya najis dadah dan bagi kemudahan komuniti menyalurkan aduan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/19/dbkk-anjur-kursus-kesedaran-pelancongan-di-kampung-kokol/feed/ 0 11281
Kempen Kesedaran Kanser Payudara Kinabalu Pink Ribbon Bermula di Tuaran https://sabahmedia.com/2022/01/15/kempen-kesedaran-kanser-payudara-kinabalu-pink-ribbon-bermula-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2022/01/15/kempen-kesedaran-kanser-payudara-kinabalu-pink-ribbon-bermula-di-tuaran/#respond Sat, 15 Jan 2022 06:51:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11135
Read Time:1 Minute, 38 Second

TUARAN: Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang akan dilaksanakan di 10 daerah di Sabah, memilih daerah ini sebagai lokasi pertama, hari ini (Sabtu).

Program sehari itu turut dihadiri isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, sebagai tetamu kehormat sempena kempen berkenaan.

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada wanita khususnya mengenai kepentingan pendidikan kesihatan payudara dengan membuat pengesanan awal dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk di kawasan Tuaran.

Program ini kerjasama antara Persatuan Kesedaran Kanser Payudara Kinabalu (Kinabalu Pink Ribbon) bersama Sabah Breast Cancer Society-Pink Ribbon Centre, Jabatan Pembedahan Kanser Payudara dan Endokrine, Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu; Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, Tuaran; Persatuan Kadazandusun Murut, Tuaran; dan Lembaga Penduduk dan Perancang Keluarga Negara (LPPKN) Sabah.

Turut hadir ialah Pengerusi Kinabalu Pink Ribbon, Laura Bazan dan Ketua Pakar Pembedahan dan Perunding, Jabatan Pembedahan Payudara dan Endokrine, Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Dr Siti Zubaidah Sharif serta Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Tuaran, Datin Jamaliah Antalip.

Terdahulu, Laura berkata Kinabalu Pink Ribbon merakamkan terima kasih kepada isteri Ketua Menteri yang sentiasa memberi sokongan untuk menjayakan kempen ini.

Katanya, kempen ini dirancang diadakan di 10 daerah dengan Tuaran menjadi lokasi pertama program berkenaan.

“Kempen ini akan diteruskan ke daerah lain iaitu Sipitang, Pitas, Kota Belud, Ranau, Keningau, Papar, Kudat, Beaufort dan Kota Kinabalu, secara berperingkat.

“Menerusi projek luar jangkauan (outreach) yang pertama bagi tahun 2022, kita akan mendekati golongan wanita bagi memberi pendidikan dan pemeriksaan payudara selain ceramah kesihatan.

“Dalam kempen ini kita menggunakan mesin iaitu Advanced Portable Ultrasound untuk mengesan sebarang ketulan yang mencurigakan. Pengesanan awal ini membolehkan sasaran biopsi dapat dilakukan dengan segera,” katanya sempena Program Kempen Kesedaran Kanser Payudara di Dewan Datuk Patrick Jilan, Kampung Selupoh, di sini pada Sabtu.

Laura berkata dengan kerjasama daripada komuniti setempat, Kinabalu Pink Ribbon berharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran khususnya mengenai kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang dihadiri kira-kira 150 komuniti daerah itu, Juliah turut melawat pameran yang disediakan berkaitan kempen berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/15/kempen-kesedaran-kanser-payudara-kinabalu-pink-ribbon-bermula-di-tuaran/feed/ 0 11135
PSKS Anjur Program Kesedaran Penyakit Kanser Di Kg Seri Menanti Sook https://sabahmedia.com/2021/11/27/psks-anjur-program-kesedaran-penyakit-kanser-di-kg-seri-menanti-sook/ https://sabahmedia.com/2021/11/27/psks-anjur-program-kesedaran-penyakit-kanser-di-kg-seri-menanti-sook/#respond Sat, 27 Nov 2021 07:54:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8977
Read Time:1 Minute, 30 Second

SOOK: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah menganjur satu program memberi pengetahuan dan kesedaran kepada penduduk tentang bahaya penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahan, yang diadakan di Balairaya Kg Seri Menanti di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, usaha untuk menyebar luas kesedaran kanser terhadap penduduk luar bandar harus dipergiatkan , memandangkan kesedaran terhadap penyakit ini dalam kalangan masyarakat masih kurang.

Beliau dalam ucapannya turut memuji Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah kerana telah menjayakan program Kesedaran Kanser di Kg Seri Menanti.

“Meskipun PSKS Sook baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2019 dibawah pimpinan Puan Lucia Kihing selaku penyelaras, namun PSKS Sook telah bergerak secara aktif dan berjaya menganjurkan beberapa program dan salah satunya pada hari ini” tambah Ellron yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sook semasa beliau menyempurnakan program tersebut.

Beliau turut menyarankan agar usaha murni diteruskan supaya rakyat sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing dan tidak merasa malu untuk tampil ke pusat kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Ellron juga turut menyokong penuh terhadap persatuan-persatuan sukarela dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat sukarela kepada masyarakat selaras dengan matlamat penubuhan masing-masing.

Beliau juga berharap agar PSKS terus mendampingi masyarakat dengan menganjurkan lebih banyak program sebegini di masa hadapan.

Difahamkan pada tahun hadapan program kesedaran ini akan diadakan sekali lagi dengan menjemput para ketua-ketua kampung dan JPKK-JPKK kampung di sekitar kawasan DUN Sook dalam usaha PSKS memberikan kesedaran kepada penduduk bandar.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai Program Kesedaran Kanser di Kg Seri Menanti Sook. Program yang bermula pada jam 8.00 bertempat di Dewan Kg Seri Menanti itu diisi dengan slot perkongsian pejuang kanser Samsiah Ani daripada Nabawan serta ceramah Kesedaran Kanser daripada Dr Cliff Asher R Ongil.

Program tersebut turut dihadiri oleh Presiden PSKS, Lawrence Imui serta warga penduduk kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/27/psks-anjur-program-kesedaran-penyakit-kanser-di-kg-seri-menanti-sook/feed/ 0 8977
Program Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Perlu Diteruskan – Shahelmey https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-kempen-kesedaran-hak-hak-pengguna-perlu-diteruskan-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-kempen-kesedaran-hak-hak-pengguna-perlu-diteruskan-shahelmey/#respond Wed, 27 Oct 2021 11:06:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7993
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang hak-hak pengguna bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik mereka sebagai pengguna.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata program-program tentang kesedaran pengguna perlu terus dilakukan.

“Isu-isu kepenggunaan dan juga aktiviti kempen kesedaran tentang hak-hak pengguna perlu terus dilakukan bagi mendidik masyarakat tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.

“Ini juga agar peniaga sedar tentang tanggungjawab mereka terhadap pengguna selain ia antara usaha bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan terutamanya semasa tempoh pandemik ini.

“Kita sedaya upaya membantu kerajaan dan orang ramai mendepani isu-isu pengguna agar bebanan kesan daripada pandemik tidak terlalu mendalam terutama kepada ekonomi negara dan secara khususnya kepada orang awam.

“Ia juga untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dalam penetapan harga barang jualan yang tidak munasabah semasa tempoh pandemik” tegasnya.

Shahelmey yang juga Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri (GPN) Sabah dan Ahli Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) itu berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan selalu membuat pemantauan dan penguatkuasaan kepada peniaga yang ingkar .

“Masih terdapat segelintir peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan jualan.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap perkara ini,” kata Shahelmey ketika mempengerusikan Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri Sabah yang Pertama bagi Tahun 2021 semalam, di Kota Kinabalu.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah Merangkap Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Sabah; Georgie Abas.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/program-kempen-kesedaran-hak-hak-pengguna-perlu-diteruskan-shahelmey/feed/ 0 7993