Keselamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 06 Jan 2026 09:57:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keselamatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ibu bapa diingatkan pantau keselamatan anak susulan banjir di Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/06/ibu-bapa-diingatkan-pantau-keselamatan-anak-susulan-banjir-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/06/ibu-bapa-diingatkan-pantau-keselamatan-anak-susulan-banjir-di-sabah/#respond Tue, 06 Jan 2026 09:54:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89316
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Ibu bapa di negeri ini dinasihatkan agar sentiasa memantau dan mengambil berat terhadap keselamatan anak-anak susulan situasi banjir yang melanda di beberapa buah daerah di Sabah sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu serta paras air yang meningkat di beberapa kawasan dilihat berpotensi mengancam keselamatan, khususnya kanak-kanak dan pelajar sekolah.

Katanya, ibu bapa turut diseru supaya memastikan anak-anak tidak berada di kawasan berisiko seperti sungai, longkang besar dan kawasan rendah yang mudah dinaiki air, khususnya ketika air pasang.

“Kalau kita lihat keadaan cuaca di seluruh negara, khususnya di negeri sabah, beberapa hari ini kita lihat keadaan banjir di beberapa daerah, ini sangat membimbangkan.

“Jadi nasihat kepada pelajar-pelajar supaya berhati-hati, jaga diri dan jangan berada di tempat-tempat yang boleh membahayakan, khususnya bila air pasang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media di sini pada Selasa.

Menurutnya, langkah berjaga-jaga itu penting memandangkan sesi persekolahan dijangka bermula pada minggu hadapan.

“Ibu bapa juga digalakkan untuk sentiasa memberi peringatan kepada anak-anak agar lebih berhati-hati serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/06/ibu-bapa-diingatkan-pantau-keselamatan-anak-susulan-banjir-di-sabah/feed/ 0 89316
PRU Sabah: JKR Sabah larang pemasangan bahan kempen di kawasan berisiko https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/#respond Mon, 17 Nov 2025 11:51:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86189
Read Time:45 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengingatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 agar tidak memasang sebarang bahan kempen di kawasan berisiko menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Dalam satu notis umum yang dikeluarkan hari ini, JKR Sabah menegaskan bahawa pemasangan bahan kempen seperti bendera, sepanduk dan poster adalah dilarang di kawasan bulatan, bukaan median jalan, simpang, lintasan pejalan kaki dan tiang-tiang lampu isyarat.

Antara bendera parti politik yang dilihat mengganggu atau menghadkan penglihatan pengguna. Foto Shane Sabbie

“Pemasangan bahan-bahan kempen pilihanraya di kawasan-kawasan disenaraikan di atas boleh mengganggu atau menghadkan penglihatan pemandu dan boleh menyebabkan kemalangan.

“JKR Sabah memohon kerjasama agar bahan-bahan kempen yang telah dipasang di kawasan-kawasan ini supaya dialihkan dengan segera,” menurut notis tersebut.

Antara bendera parti politik yang dilihat mengganggu atau menghadkan penglihatan pengguna. Foto Shane Sabbie
]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/pru-sabah-jkr-sabah-larang-pemasangan-bahan-kempen-di-kawasan-berisiko/feed/ 0 86189
DBKK serius dalam pengurusan pokok matang, elak risiko keselamatan warga bandar raya https://sabahmedia.com/2024/05/28/dbkk-serius-dalam-pengurusan-pokok-matang-elak-risiko-keselamatan-warga-bandar-raya/ https://sabahmedia.com/2024/05/28/dbkk-serius-dalam-pengurusan-pokok-matang-elak-risiko-keselamatan-warga-bandar-raya/#respond Tue, 28 May 2024 04:06:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55151
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil tindakan serius dalam meningkatkan tahap dan kualiti pengurusan pokok-pokok matang di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

Ini berikutan cuaca hujan lebat dan angin kencang yang sering melanda Kota Kinabalu mutakhir ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, DBKK melalui Jabatan Landskap akan menggandakan tindakan pemeriksaan dan penyelenggaraan rapi ke atas pokok-pokok matang mengikut jadual dan akan dilaksanakan secara bulanan.

“Kerja-kerja pemangkasan dahan pokok juga akan dilakukan dari semasa ke semasa selain meneliti tahap kesihatan pokok bagi mengenal pasti risiko pokok tumbang, selain menggandakan tindakan pemeriksaan kesihatan pokok dan penyelenggaraan pokok secara menyeluruh.

“Kerja-kerja pemangkasan pokok itu dibuat mengikut jadual di semua kawasan, tetapi tumpuan akan diberikan pada pokok- pokok matang di kawasan jalan-jalan utama.

“Disamping itu, penjagaan dan pemantauan kesihatan pokok yang efektif serta penyelenggaraan pokok yang rapi mengikut amalan arborikultur yang betul adalah sangat penting untuk dilaksanakan bagi mengelak berlakunya kes pokok tumbang sehingga mengakibatkan korban nyawa dan kerosakan harta awam,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, sehingga kini, 18,756 pokok matang atau pokok yang berusia berada di bawah seliaan DBKK dan kesemuanya akan terus dipantau dengan lebih teliti mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, menurut kenyataan itu lagi, DBKK juga telah merangka Pelan Pengurusan Pokok Matang yang komprehensif.

“Pelan tersebut merangkumi pelan mitigasi pokok dan beberapa pelan tindakan lain yang menyeluruh yang akan segera dilaksanakan.

“Antara pelan tindakan tersebut termasuklah memperkemas inventori pokok, membuat pembelian jentera baharu, menambah bilangan kakitangan, memberikan latihan kemahiran pemangkasan pokok, menyediakan garis panduan tangani pokok berisiko dan garis panduan kerja utiliti melibatkan pokok serta meningkatkan tindakan pemeriksaan pokok oleh arborist bertauliah.

“DBKK memberi perhatian terhadap aspek pengurusan pokok kerana pokok-pokok yang diurus dan diselenggara dengan baik bukan sahaja dapat mengelak risiko bahaya, tetapi juga dapat memberi faedah pada aspek fungsi, estetika dan ekologi dalam menghasilkan persekitaran yang kondusif serta berkualiti.

“Justeru itu, DBKK akan sentiasa meneruskan usaha dalam memelihara kelestarian alam sekitar dan meningkatkan tahap keselamatan warga bandar raya Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/28/dbkk-serius-dalam-pengurusan-pokok-matang-elak-risiko-keselamatan-warga-bandar-raya/feed/ 0 55151
Program Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan perlu diperluaskan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/01/10/program-pemantapan-kawad-kecekapan-organisasi-keselamatan-perlu-diperluaskan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/01/10/program-pemantapan-kawad-kecekapan-organisasi-keselamatan-perlu-diperluaskan-hajiji/#respond Tue, 10 Jan 2023 05:44:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27671
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Program Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan Kebakaran perlu diperluaskan di semua syarikat dan jabatan serta agensi kerajaan di
negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ini katanya bagi memastikan setiap warga kerja sekurang-kurangnya mempunyai asas pengetahuan tentang mencegah dan mengawal kebakaran.

Beliau berkata, Program Pemantapan Kawad yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah adalah satu lagi usaha untuk memperkukuhkan pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran atau OKK dalam aspek keselamatan di premis masing-masing.

“Saya melihat program ini sangat baik dan setiap institusi ada keperluan untuk terlibat dalam memperkukuhkan aspek keselamatan kebakaran di premis masing-masing. Latihan yang diperolehi menerusi program ini memberi pendedahan kepada ahli pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

“Kita sebagai penghuni yang bertanggungjawab ke atas premis seharusnya perlu ambil tahu bahawa latihan dan kemahiran memadam kebakaran serta penyelamatan mangsa merupakan latihan penting yang perlu diterapkan kepada setiap warga kerja terutama ahli-ahli pasukan OKK yang sedia ada di premis masing-masing.

“Pekerja atau kakitangan yang dilatih dengan kaedah mencegah dan berhadapan dengan bencana kebakaran membolehkan mereka dapat menjalankan kerja secara sistematik, selamat dan effisyen.

Sudah tentu, dengan adanya pengetahuan ini sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan dan mengawal jumlah kemalangan serta kerugian harta benda daripada meningkat terutamanya di premis dan bangunan berisiko,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Makan Malam
Sempena Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Organisasi Keselamatan Kebakaran 2023 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj Wahid.

Ketua Menteri yakin dengan sokongan padu daripada JBPM Sabah, usaha pembudayaan keselamatan kebakaran ini akan terus dipertingkatkan kepada warga kerja di negeri ini.

“Dengan pengalaman dan latihan seperti ini akan membolehkan semua warga kerja bersedia untuk memikul tanggungjawab membantu anggota bomba melaksanakan
sebarang aktiviti kesedaran kesiapsiagaan awam dalam menghadapi sebarang kecemasan dan bencana.

“Sebab itu amat penting amalan membudayakan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja perlu diterapkan pada setiap individu. Ini untuk memastikan
kita dapat mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran atau kemalangan yang mengakibatkan kemusnahan harta benda atau hilang upaya kekal atau sebagainya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/10/program-pemantapan-kawad-kecekapan-organisasi-keselamatan-perlu-diperluaskan-hajiji/feed/ 0 27671
MUTIARA GRS Bungkus Kuih Muih Untuk Pasukan Keselamatan Petugas Kesihatan https://sabahmedia.com/2022/04/09/mutiara-grs-bungkus-kuih-muih-untuk-pasukan-keselamatan-petugas-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2022/04/09/mutiara-grs-bungkus-kuih-muih-untuk-pasukan-keselamatan-petugas-kesihatan/#respond Sat, 09 Apr 2022 09:23:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14098
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) Datin Seri Juliah Salag, hari ini bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.

Sebanyak 288 bungkusan kuih muih itu, adalah sumbangan daripada MUTIARA GRS.

Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (tengah) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.- Foto ihsan JKM
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag (tengah) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.-Foto ihsan JKM
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag (dua dari kiri) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.-Foto ihsan JKM
Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag (dua dari kiri) bersama ahli MUTIARA GRS membungkus kuih muih Aidilfitri untuk diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Rumah MUTIARA, Rose Garden, Jalan Penampang pada Sabtu.- Foto ihsan JKM

Naib Yang Dipertua III MUTIARA GRS yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit, berkata kuih muih itu akan diagihkan kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan terutama mereka yang akan bertugas pada 1 Syawal ini.

“Sumbangan ini sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan serta petugas kesihatan.

“Kami berharap sumbangan ini akan dapat mengembirakan semua anggota pasukan keselamatan dan barisan hadapan sekali gus dapat merasai suasana raya walaupun bertugas pada musim perayaan,” katanya pada sesi Pembungkusan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Anggota Pasukan Keselamatan dan Petugas Kesihatan di Rumah MUTIARA GRS di sini, pada Sabtu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dijadualkan akan menyerahkan sumbangan kuih muih Aidilfitri daripada pelbagai pihak antaranya jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Persatuan wanita dan badan bukan kerajaan (NGO), kepada pasukan keselamatan dan petugas kesihatan pada 13 April ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/09/mutiara-grs-bungkus-kuih-muih-untuk-pasukan-keselamatan-petugas-kesihatan/feed/ 0 14098
Keseluruhan Keselamatan di Sabah Terkawal – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/02/28/keseluruhan-keselamatan-di-sabah-terkawal-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/02/28/keseluruhan-keselamatan-di-sabah-terkawal-hajiji/#respond Mon, 28 Feb 2022 12:03:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12605
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah melahirkan rasa puas hati dengan kawalan keseluruhan keselamatan di negeri ini.

“Berdasarkan taklimat Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dan pegawainya, saya gembira mendengar bahawa kita berada dalam kawalan keselamatan yang baik daripada pihak PDRM ,” katanya semasa lawatan kerja beliau ke ibu pejabat polis kontinjen Sabah di Kepayan dekat sini pada Isnin.

Antara isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat itu ialah pengembalian semula larangan pam bot di Sabah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri tahun lepas.

Ketua Menteri meminta polis menyediakan kertas kerja mengenai perkara itu yang akan dibentangkan semasa mesyuarat Keselamatan Negeri tahun ini kerana alternatif mesti diberikan supaya larangan itu dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, Hajiji turut mengarahkan polis Sabah meningkatkan pengawasan sehingga pilihan raya presiden negara jiran, Filipina.

Beliau mahu pihak polis memantau keadaan kerana isu tuntutan Sabah akan berlaku dan sentiasa menjadi topik hangat yang digunakan oleh calon presiden Filipina untuk meraih sokongan
daripada pengundi.

“Kepanasan daripada pilihan raya presiden Filipina yang akan diadakan pada 9 Mei 2022, perlu dipantau rapi oleh polis kita khususnya Cawangan Khas,” katanya.

Mengenai isu Sabah dijadikan transit pengedaran dadah terlarang, Hajiji berharap polis akan terus memantau keadaan kerana limpahan bahan terlarang itu ke dalam negeri akan mewujudkan isu sosial yang besar.

Beliau turut mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong semasa taklimat itu supaya meneliti permohonan tanah untuk membina pangkalan baru polis marin di bandar dan untuk pangkalan Pasukan Gerakan Am Nabawan.

“Permohonan mesti diutamakan kerana ini melibatkan keselamatan dan kedaulatan negeri,” katanya.

Manakala mengenai isu lesen senjata api, Hajiji bersetuju bahawa kuasa untuk meluluskan lesen itu adalah diberikan kepada Pesuruhjaya Polis Sabah sama seperti di Sarawak.

“Saya akan membawa perkara itu kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Negeri Dato’ Sarul Bahiyah Abu, Setiausaha Hal Ehwal dan Penyelidikan Dalam Negeri Datuk Awang Shaminan Sahari serta pegawai kanan polis Sabah termasuk Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/28/keseluruhan-keselamatan-di-sabah-terkawal-hajiji/feed/ 0 12605
COVID-19 : Kluster Libatkan Institusi Keselamatan Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/22/covid-19-kluster-libatkan-institusi-keselamatan-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/covid-19-kluster-libatkan-institusi-keselamatan-direkodkan-di-sabah/#respond Mon, 22 Nov 2021 07:10:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8710
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan Institusi Keselamatan yang menjadi antara punca kes jangkitan COVID-19 di daerah Kota Kinabalu naik mendadak hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster yang dinamakan sebagai Kluster Lautan Biru Pantai itu turut melibatkan tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Kes jangkitan COVID-19 di Sabah hari ini naik 48 kes menjadikan jumlah kes baharu ialah 485 kes berbanding 437 kes semalam.

“Pertambahan yang agak banyak ini berpunca daripada kenaikan mendadak jumlah kes di Kota Kinabalu daripada 98 kes semalam kepada 161 kes (+63) pada hari ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, punca utama kenaikan mendadak itu berpuncang daripada Kluster Lautan Biru yang melibatkan anak-anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, jangkitan berlaku semasa operasi dan setakat ini 93 orang disahkan positif.

“Mengikut statistik, cuma tiga kes daripada 161 kes didaftar di Kota Kinabalu sepanjang 24 jam yang lalu, selebihnya merupakan kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih lama selepas keputusan saringan diketahui.

“Beberapa daerah lain mencatatkan pertambahan kes harian yang agak ketara seperti Tuaran dan Kota Marudu, tetapi daerah-daerah seperti Penampang, Papar dan Tenom mencatat jumlah kes harian yang jauh lebih rendah hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, kes-kes daripada Kluster Lautan Biru (91) dan Kluster Kemburongoh (1) menyumbang hampir 19 peratus daripada jumlah kes di Sabah hari ini.

Katanya, adalah juga diperhatikan peratusan kes-kes saringan kontak rapat dan kes-kes saringan bergejala hampir sama tinggi, 39 peratus bagi saringan kontak dan 36 peratus bagi saringan bergejala.

“Ini satu petanda jelas virus COVID-19 sudah berada secara meluas di tengah-tengah masyarakat dan risiko jangkitan secara sporadik semakin tinggi.

“Sejumlah 469 pesakit atau 97 peratus berada dalam Kategori 1 dan 2, lima orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan tiga pesakit dalam Kategori 5.

“Kes melibatkan enam pesakit masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/covid-19-kluster-libatkan-institusi-keselamatan-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 8710
Ismail Sabri Dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri https://sabahmedia.com/2021/07/07/ismail-sabri-dilantik-tpm-hishammuddin-menteri-kanan-luar-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/ismail-sabri-dilantik-tpm-hishammuddin-menteri-kanan-luar-negeri/#respond Wed, 07 Jul 2021 09:23:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2701
Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi masa ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Ismail Sabri selain akan turut membantu dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususunya dalam menghadapi pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/ismail-sabri-dilantik-tpm-hishammuddin-menteri-kanan-luar-negeri/feed/ 0 2701
PKKP UMS Tingkat Kawalan Keselamatan Pekerja Hadapi Cabaran COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/12/pkkp-ums-tingkat-kawalan-keselamatan-pekerja-hadapi-cabaran-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/pkkp-ums-tingkat-kawalan-keselamatan-pekerja-hadapi-cabaran-covid-19/#respond Sat, 12 Jun 2021 09:28:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1098
Read Time:2 Minute, 32 Second

12 Jun 2021

[email protected]

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) meningkatkan kawalan keselamatan pekerja bagi menghadapi cabaran COVID-19 dengan memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 UMS PKKP melalui Pekeliling Pendaftar Bil.4 Tahun 2020.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, garis panduan tersebut adalah sebagai panduan kepada semua kakitangan, warga UMS dan juga pekerja luar berhubung langkah-langkah kawalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi pencegahan jangkitan COVID-19 di UMS.

“Selain itu, beberapa Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga telah dibangunkan bagi mengadaptasi norma baharu dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan mana-mana operasi UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Sedunia Peringkat UMS yang disiarkan secara dalam talian di laman Facebook rasmi UMS.Official dan platform Cisco Webex pada Jumaat (11 Jun).

Menurut Taufiq, bagi mencapai satu sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang berdaya tahan, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan COVID-19 UMS juga telah menjalankan pelbagai aktiviti.

“Ini meliputi roadshow pencegahan COVID-19 di UMS, statistik harian dan pemantauan kes positif COVID-19, Person Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) dalam kalangan pekerja, pelajar dan pekerja luar yang dipantau secara harian, pemantauan harian Pusat Kuarantin UMS.

“Pemantauan harian penggunaan PPE, gejala dan beban kerja barisan hadapan UMS, Aktiviti Pendidikan dan Promosi Kesihatan secara harian di media sosial rasmi UMS, Hotline COVID-19, pemantauan status perakuan kesihatan harian kakitangan dan pelajar yang menjalani pengasingan di UMS melalui sistem UMS Shield, dan program promosi vaksinasi COVID-19 dan permohonan sebagai Pusat Pemberian Vaksin,” kata Taufiq.

Taufiq dalam masa sama berkata pelajar merupakan kumpulan yang tergolong sebagai individu yang mungkin terkesan dengan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMS terutamanya di kolej kediaman.

“Untuk itu, Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF), dengan kerjasama PKKP telah mewujudkan Anugerah Penarafan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kolej Kediaman yang julung kali diadakan bertepatan dengan falsafah kolej kediaman yang memelihara kesejahteraan dan keharmonian warganya.

“Program tahunan bagi memberikan penarafan bintang kepada semua kolej kediaman ini akan menggalakkan penglibatan warga kolej kediaman dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi menyokong kolej kediaman untuk memperoleh Persijilan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ISO 45001:2018) bermula tahun 2021,” katanya.

Ujar Taufiq, dengan iltizam yang tinggi bagi mendapatkan persijilan tersebut akan meningkatkan lagi standard amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif sesuai dengan situasi pandemik masa kini, dan seterusnya membina keyakinan dan kepercayaan pemegang taruh, masyarakat dan kerajaan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di UMS.

Selain pelancaran Anugerah Penarafan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kolej Kediaman, beberapa siri perkongsian ilmu dan bual bicara berkaitan dengan isu dan cabaran dalam pembudayaan norma baharu di tempat kerja bersama wakil dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, pakar ergonomik dari Universiti Malaysia Perlis dan ahli akademik UMS menjadi pengisian sambutan Hari OSH Sedunia Peringkat UMS yang berlangsung sehari secara atas talian melalui platform Cisco Webex.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/pkkp-ums-tingkat-kawalan-keselamatan-pekerja-hadapi-cabaran-covid-19/feed/ 0 1098