kestabilan politik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Oct 2025 12:29:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kestabilan politik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kestabilan politik, kesinambungan dasar penting untuk pembangunan sabah https://sabahmedia.com/2025/10/06/kestabilan-politik-kesinambungan-dasar-penting-untuk-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/06/kestabilan-politik-kesinambungan-dasar-penting-untuk-pembangunan-sabah/#respond Mon, 06 Oct 2025 12:29:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82676
Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Beberapa usahawan wanita Sabah berpendapat bahawa kesinambungan dasar dan kestabilan politik amat penting bagi memastikan pembangunan negeri dapat diteruskan secara konsisten dan berkesan.

Mereka juga beranggapan adalah tidak adil menilai prestasi sesebuah kerajaan hanya berdasarkan satu penggal pentadbiran, sebaliknya rakyat perlu melihat rekod serta usaha kerajaan dalam memperkukuh pelaksanaan dasar dan janji manifesto.

Pengarah Urusan AIC Footprints Travels & Tours Sdn Bhd, Hirna Tahir, berkata rakyat wajar memberi ruang kepada kerajaan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada dan memperkukuh pelaksanaan dasar sedia ada.

“Bagi saya, menilai kerajaan hanya dalam satu penggal memang tidak adil. Banyak perkara memerlukan masa dan kesinambungan dasar. Jika diberi peluang lima tahun lagi, kerajaan boleh belajar daripada kelemahan lalu dan memperbaiki pelaksanaan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Mengulas mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Hirna menyifatkan langkah itu sebagai peluang untuk rakyat membuat pilihan baharu secara demokratik, namun mengingatkan agar penilaian terhadap kerajaan dilakukan secara rasional dan adil.

Menurutnya, kestabilan politik amat penting untuk sektor pelancongan dan keusahawanan kerana perubahan kerajaan sering kali membawa perubahan dasar dan prosedur yang boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan.

“Ketidakstabilan politik memberi kesan kepada peniaga. Bila kerajaan berubah, dasar pun berubah. Itu menyukarkan kami, terutama dalam industri pelancongan. Kami mahu dasar yang konsisten supaya mudah merancang,” katanya.

Hirna menegaskan beliau bersikap neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, namun menyeru rakyat menilai kerajaan berdasarkan prestasi serta kesungguhan dalam melaksanakan janji pembangunan rakyat.


Sokongan Kepada Usahawan dan Pelancongan

Seorang lagi usahawan wanita, Faridah Muri, Pengarah Urusan AMG Academy, turut bersetuju bahawa rakyat perlu menilai kerajaan berdasarkan pencapaian, bukan semata-mata sentimen politik.

Beliau berharap kerajaan seterusnya memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor pelancongan sebagai pemacu utama ekonomi negeri, di samping memperluas pendidikan dan latihan kemahiran (TVET) untuk anak muda, khususnya di luar bandar.

“Sektor pelancongan perlu diberikan nafas baharu dengan produk yang kreatif dan berdaya saing. Dalam masa sama, kerajaan perlu mendekati belia di kampung-kampung melalui TVET supaya mereka mendapat peluang membina masa depan lebih baik,” katanya.


Pentingnya Kesinambungan Dasar

Kedua-dua usahawan wanita itu sependapat bahawa kestabilan politik dan kesinambungan dasar kerajaan adalah kunci kepada peningkatan pelaburan, pemulihan sektor pelancongan pasca pandemik serta pengukuhan keusahawanan tempatan.

“Kerajaan yang diberi masa secukupnya akan lebih mampu melaksanakan projek pembangunan jangka panjang dengan baik. Kita tidak boleh mengharapkan perubahan drastik dalam tempoh satu penggal,” kata Hirna.

Mereka menyeru rakyat agar menilai dengan matang supaya keputusan yang dibuat pada pilihan raya akan datang benar-benar memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/06/kestabilan-politik-kesinambungan-dasar-penting-untuk-pembangunan-sabah/feed/ 0 82676
Kestabilan politik agenda utama Kerajaan khususnya di Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/22/kestabilan-politik-agenda-utama-kerajaan-khususnya-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/22/kestabilan-politik-agenda-utama-kerajaan-khususnya-di-sabah/#respond Sat, 22 Jun 2024 07:14:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56352
Read Time:1 Minute, 58 Second

Tuaran : Kestabilan politik dalam memastikan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan perlu menjadi agenda utama Kerajaan Perpaduan khususnya di Sabah.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, atas dasar itu beliau mengambil pendirian bahawa kebersamaan dalam perjuangan dengan parti atau organisasi lain itu  adalah penting.

“Walaupun saya tahu ada di kalangan rakan-rakan yang memberikan pandangan bahawa saya harus menilai semula keputusan untuk datang merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Tuaran kerana keberadaan Ketua Menteri Sabah, rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga pemimpin dari PH.

“Itu nasihat kawan-kawan, namun saya melakukan istikarah, siapapun yang datang, ini adalah kawan-kawan saya dan saya mengambil risiko untuk datang ke Tuaran ini bukan bererti kita meninggalkan mana-mana kawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran di Dewan Sri Sulaman di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diundang khas Ketua Bahagian UMNO Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Hadir sama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.

Kehadiran Hajiji pada majlis itu turut mendapat perhatian berikutan hubungan dingin beliau dengan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin selepas UMNO Sabah pada awal tahun lalu menyatakan hilang kepercayaan terhadapnya dan kerajaan pimpinan GRS.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, politik merupakan sesuatu yang dinamik apabila dahulu menjadi rakan dan kini menjadi musuh.

“Bagi saya soal musuh kamu, itu hal kamu, sahabat kamu adalah sahabat saya juga. Untuk itu, maka kebersamaan kita dalam perjuangan, sama ada parti atau mana-mana organisasi kesukarelawanan, pendirian kita harus jelas.

“Di sana memang ada musuh menanti, tapi kita harus ingat bahawa tidak ada rakan yang kalah dan tidak ada musuh tetap kalah tetapi kita tahu bahawa politik adalah sesuatu yang sangat dinamik.

“Dulu kawan, sekarang musuh, sekarang musuh yang akan datang mungkin akan jadi kawan kerana politik itu dinamik. Apa yang penting ialah kestabilan politik harus jadi tajuk utama kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan khususnya di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, semua pemimpin perlu mempelajari soal adab atau akhlak bagi menangani perbezaan pendapat yang berlaku.

“Perbezaan pendapat itu boleh diraikan  tetapi ada adab, ada akhlak dan ada tatacara untuk menanganinya. Maka dalam keadaan itulah saya amat menghormati keberadaan Ketua Menteri dalam majlis UMNO ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/22/kestabilan-politik-agenda-utama-kerajaan-khususnya-di-sabah/feed/ 0 56352
DAP konsisten teguh pertahan kestabilan politik, bangunkan ekonomi Sabah – Phoong https://sabahmedia.com/2023/08/14/dap-konsisten-teguh-pertahan-kestabilan-politik-bangunkan-ekonomi-sabah-phoong/ https://sabahmedia.com/2023/08/14/dap-konsisten-teguh-pertahan-kestabilan-politik-bangunkan-ekonomi-sabah-phoong/#respond Mon, 14 Aug 2023 13:22:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40093
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah konsisten teguh mempertahankan kestabilan politik untuk membangunkan ekonomi Sabah pasca pandemik.

Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe berkata, ramai yang bertanya kepada beliau mengenai kenyataan media Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee hari ini berkenaan dengan cadangan SAPP agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Negeri Sabah.

“Saya berpendapat kenyataan ini tidak relevan dan mencerminkan pendirian GRS secara keseluruhan.

“Terang lagi bersuluh, SAPP cuma mewujudkan ketegangan dan ketidakharmonian diantara parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Phoong yang juga Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah berkata, dengan jelas, SAPP yang masih lagi di dalam Perikatan Nasional (PN), agendanya dengan mudah dapat dihidu dan rakyat dapat menghakimi niat sebenar SAPP.

“DAP Sabah konsisten teguh mempertahankan kestabilan politik untuk membangunkan ekonomi Sabah pasca pandemik.

“Kami akan teguh bersama-sama mempertahankan Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan sehingga habis penggal,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/14/dap-konsisten-teguh-pertahan-kestabilan-politik-bangunkan-ekonomi-sabah-phoong/feed/ 0 40093
Ambil peluang, kestabilan politik ketika ini untuk perkukuhkan PBS – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2023/06/11/ambil-peluang-kestabilan-politik-ketika-ini-untuk-perkukuhkan-pbs-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/06/11/ambil-peluang-kestabilan-politik-ketika-ini-untuk-perkukuhkan-pbs-dr-joachim/#respond Sun, 11 Jun 2023 10:47:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36163
Read Time:1 Minute, 13 Second

TAMBUNAN: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mengajak semua pemimpin dan ahli parti untuk bergerak ke hadapan dengan penuh yakin dan berani dalam meneruskan perjuangan pimpinan terdahulu.

Di samping itu, beliau meminta mereka agar mengambil sebanyak mungkin peluang daripada kestabilan politik ketika ini untuk terus memperkukuhkan kedudukan parti di negeri ini.

“PBS kini sudah berusia 38 tahun. Kita sudah cukup matang…para pemimpin terdahulu sangat jelas dan terbukti dalam memperjuangkan parti dan kini tiba masanya kita melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan berani dalam meneruskan perjuangan parti,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-38 PBS Bahagian N.39 Tambunan yang diadakan Dewan Keluarga Angkangon pada Sabtu (10 Jun).

Seramai 200 orang perwakilan dan pemerhati hadir ke AGM berkenaan dan Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik atas penganjuran AGM ini.

Dr. Joachim juga Timbalan Ketua Menteri berkata, PBS akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan politik yang ada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam meneruskan momentum kestabilan politik semasa ketika ini.

Menurutnya kestabilan politik juga amat perlu dalam menentukan keadaan politik PBS di masa hadapan.

Justeru, beliau mengajak semua pemimpin dan ahli untuk terus bekerja keras dalam meneruskan kegemilangan parti tertua di Sabah ini.

“Kalau semua bertanggungjawab dalam parti saya percaya kita akan terus bangkit dan gemilang,” kata Dr. Joachim.

Turut hadir, Ketua Bahagian Tulid, Datuk Suman Yasambun dan PBS Bahagian Kadamaian, Demis Rumanti serta Exco-exco Pemuda dan Wanita.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/11/ambil-peluang-kestabilan-politik-ketika-ini-untuk-perkukuhkan-pbs-dr-joachim/feed/ 0 36163