Kesuma – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Jun 2026 11:26:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kesuma – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KESUMA digesa gariskan pelan jangka panjang kurangkan pengangguran di Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/30/kesuma-digesa-gariskan-pelan-jangka-panjang-kurangkan-pengangguran-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/30/kesuma-digesa-gariskan-pelan-jangka-panjang-kurangkan-pengangguran-di-sabah/#respond Tue, 30 Jun 2026 11:26:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99147
Read Time:1 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah menggesa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperincikan perancangan jangka panjang bagi mengurangkan kadar pengangguran di Sabah, khususnya dalam kalangan belia dan graduan.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu pengangguran yang masih menjadi cabaran utama di negeri itu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) Sabah sedang giat melaksanakan program padanan kerja serta Jelajah Pendidikan Perburuhan di seluruh negeri bagi meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.

“Cabaran utama ketika ini ialah jurang antara kemahiran pencari kerja, khususnya belia dan graduan, dengan keperluan industri digital serta industri bernilai tinggi yang sedang berkembang di Sabah,” katanya.

Matbali berkata, berdasarkan laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diterbitkan pada Mei dan Jun 2026, pasaran buruh di Sabah menunjukkan perkembangan positif dengan kadar pengangguran terus mencatatkan penurunan.

Beliau berkata, kadar pengangguran di Sabah bagi suku pertama 2026 menurun kepada 5.5 peratus berbanding enam peratus pada suku keempat tahun lalu.

“Meskipun kadar ini masih lebih tinggi berbanding purata nasional yang berada sekitar 2.9 peratus, namun ia menunjukkan trend penurunan yang konsisten dan memberangsangkan.

“Selepas pandemik COVID-19 pada 2021, kadar pengangguran di Sabah berada pada paras 8.2 peratus sebelum menurun kepada 7.6 peratus pada 2024, kemudian enam peratus pada suku keempat 2025 dan kini terus berkurang kepada 5.5 peratus pada suku pertama tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Matbali turut menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), yang menurutnya berperanan sebagai jaringan perlindungan penting kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata, pelaksanaan SIP menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan pekerja yang terkesan akibat kehilangan sumber pendapatan terus terbela.

“Saya percaya rang undang-undang ini akan memperkukuh lagi jaringan keselamatan sosial negara serta memberi keyakinan kepada pekerja bahawa mereka tidak akan dibiarkan berdepan kesukaran bersendirian sekiranya kehilangan pekerjaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/30/kesuma-digesa-gariskan-pelan-jangka-panjang-kurangkan-pengangguran-di-sabah/feed/ 0 99147
Hak dan Peluang Pekerja Sabah Terus Diperkasa https://sabahmedia.com/2025/08/18/hak-dan-peluang-pekerja-sabah-terus-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2025/08/18/hak-dan-peluang-pekerja-sabah-terus-diperkasa/#respond Mon, 18 Aug 2025 03:18:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79505
Read Time:2 Minute, 42 Second

Wan Azrain Adnan

KOTA KINABALU, – Hak dan peluang pekerja di Sabah terus diperkasa dengan pelbagai inisiatif baharu melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pada awal Ogos 2025, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melancarkan Pusat Sehenti Tenaga Kerja pertama di Sabah sebagai sebahagian usaha merakyatkan perkhidmatan kerajaan.

Pusat ini menghimpunkan 12 agensi persekutuan utama di bawah satu bumbung, termasuk Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Perbadanan Sumber Manusia (HRD Corp) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) .

Menurut Menteri Sumber Manusia, pusat tersebut akan memudahkan akses pekerja dan majikan terhadap perkhidmatan berkaitan, selain mengurangkan pertindihan menerusi perkongsian sumber dan maklumat.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah pula berkata, inisiatif itu selari dengan agenda Sabah Maju Jaya yang dapat menambah baik penyelarasan pembangunan tenaga kerja serta melatih pekerja mengikut keperluan industri .

Selain itu, undang-undang berkaitan pekerja turut dikemas kini apabila Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dan Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025 mula berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.

Buat pertama kali, undang-undang buruh di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan mengikut piawaian antarabangsa, memberi manfaat kepada kira-kira dua juta pekerja di Sabah. Antara pindaan utama termasuk pengurangan waktu bekerja daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu, serta tambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari .

Menteri Sumber Manusia menyifatkan pindaan ini sebagai kejayaan penting selepas lebih 20 tahun tertangguh. Ia turut membuktikan komitmen bersama kerajaan negeri dan persekutuan dalam mengangkat pekerjaan bermaruah di Sabah.

Pada Mei 2025, Majlis Penasihat Buruh Sabah (Sabah Labour Advisory Council, SLAC) ditubuhkan sebagai platform tripartite melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja.

Ketua Menteri Sabah berkata, majlis itu membolehkan semua pihak mencari penyelesaian bersama terhadap isu-isu berkaitan pekerja termasuk diskriminasi di tempat kerja, gangguan seksual, buruh paksa, pengurusan pekerja bukan pemastautin serta waktu kerja fleksibel .

Langkah-langkah ini disusuli perkembangan positif dalam pasaran kerja. Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Kedua 2025 menunjukkan kadar pengangguran Sabah menurun kepada 6.2 peratus, berbanding 6.7 peratus pada suku pertama. Jumlah penganggur juga menurun sebanyak lebih 6,000 orang atau lima peratus kepada 120,300 orang .

Walaupun kadar pengangguran Sabah masih tinggi berbanding negeri lain, penurunan ini adalah yang terbesar dalam tempoh tersebut dan menghampiri paras sebelum pandemik Covid-19. Semasa pandemik, kadar pengangguran melonjak dari 5.8 peratus (2019) kepada 8.2 peratus (2021) sebelum menurun secara beransur-ansur kepada 6.2 peratus kini .

Dalam tempoh setahun (Suku Kedua 2024 hingga Suku Kedua 2025), kadar pengangguran Sabah menurun ketara sebanyak 1.8 peratus, manakala jumlah penganggur berkurang 61,200 orang. Ini membuktikan agenda Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan pada 2021 berjaya merancakkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan .

Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Sabah menerima pelaburan berjumlah RM10.9 bilion pada suku pertama 2025, iaitu ketiga terbesar selepas Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Secara keseluruhan, sebanyak 420 pelaburan bernilai RM35.38 bilion direkodkan dalam tempoh 2021 hingga 2024, meningkatkan saiz ekonomi Sabah daripada RM77.8 bilion pada 2020 kepada RM84.3 bilion pada 2024.

Sektor pembinaan turut mencatatkan lonjakan besar 18.8 peratus pada 2024, ketiga tertinggi selepas Johor dan Kuala Lumpur, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sabah makmur, pekerja bahagia, rakyat sejahtera .

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/18/hak-dan-peluang-pekerja-sabah-terus-diperkasa/feed/ 0 79505
Pusat Khidmat Sehenti Pekerja akan ditubuhkan di Sabah https://sabahmedia.com/2025/06/03/pusat-khidmat-sehenti-pekerja-akan-ditubuhkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/06/03/pusat-khidmat-sehenti-pekerja-akan-ditubuhkan-di-sabah/#respond Tue, 03 Jun 2025 01:25:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74978
Read Time:2 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menubuhkan Pusat Khidmat Sehenti Pekerja (One Stop Labour Service Centre) di negeri ini sebagai inisiatif baharu yang akan menyatukan pelbagai perkhidmatan berkaitan pekerjaan di bawah satu bumbung.  

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, selain Sabah, tiga lagi pusat sehenti perkhidmatan pekerja dirancang akan ditubuhkan di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru sebagai projek perintis.

Katanya, penubuhan pusat di Sabah menandakan langkah terkini ke arah peluasan inisiatif itu ke seluruh negara dan berharap pusat sehenti berkenaan dapat direalisasikan dalam beberapa bulan akan datang.  

“Kita akan wujudkan satu pusat sehenti di Sabah. Semua isu pekerja, sama ada 

Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), 

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS), PERKESO, dan sebagainya boleh dirujuk di satu tempat sahaja dan tidak perlu lagi pekerja berulang-alik ke pelbagai pejabat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan kerja ke Sabah Medical Services Union (SMSU) baru-baru ini.

Lawatan itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan KESUMA untuk mendekati golongan pekerja serta memperkukuh perlindungan dan kebajikan pekerja di seluruh negara. 

Steven turut merakamkan penghargaan kepada SMSU yang telah berkhidmat selama lebih 60 tahun dalam memperjuangkan kebajikan pekerja, khususnya dalam sektor kesihatan Sabah. 

Beliau menyifatkan ahli-ahli SMSU sebagai ‘hero barisan hadapan’ yang banyak berkorban semasa pandemik COVID-19. 

Selain itu, Steven berkata, antara pencapaian utama KESUMA ialah kelulusan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak yang telah tertangguh lebih 20 tahun, dan akhirnya berjaya diluluskan oleh Parlimen pada tahun lalu. 

Katanta, langkah itu membolehkan penyelarasan hak dan perlindungan pekerja di seluruh negara. 

“Kita tidak boleh membiarkan pekerja di Sabah dan Sarawak terus ketinggalan dari segi perlindungan. Maka, kejayaan meminda ordinan-ordinan ini bukanlah hasil usaha saya seorang, tetapi merupakan usaha bersama – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), kesatuan-kesatuan sekerja, Kerajaan Negeri serta pegawai- pegawai KESUMA termasuk Pengarah JTK Sabah, Wan Zulkifli Wan Setapa yang tidak pernah berhenti memperjuangkan perkara ini,” katanya.

Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dan Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025 telah berkuatkuasa bermula pada 1 Mei 2025, kecuali Bahagian IVA iaitu peruntukan khas berkaitan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja. 

Dalam perkembangan lain, Steven turut berasa gembira dengan kejayaan penubuhan Majlis Penubuhan Buruh Sabah pada 13 Mei 2025, serta mengucapkan tahniah kepada Presiden SMSU, Ajulahin Japin, dan Setiausaha Eksekutif SMSU, Laurence Vun, atas pelantikan mereka sebagai Ahli SLAC pada tarikh tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa Ajulahin kini juga merupakan Ahli Tetap Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) mulai 1 Mei 2025.  

NLAC adalah merupakan satu platform tiga pihak (tripartite) iaitu majikan, pekerja dan kerajaan yang membincangkan isu-isu berkaitan dasar, perundangan dan amalan perburuhan di negara ini. 

Badan ini membolehkan Menteri Sumber Manusia mendapatkan nasihat, pandangan atau persetujuan mengenai perkara berkaitan perburuhan dan sumber manusia di negara ini.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/03/pusat-khidmat-sehenti-pekerja-akan-ditubuhkan-di-sabah/feed/ 0 74978