Kesumba – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 20 Feb 2022 07:00:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kesumba – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 221 Peserta Sertai Perkongsian Ilmu MAKNA https://sabahmedia.com/2022/02/20/221-peserta-sertai-perkongsian-ilmu-makna/ https://sabahmedia.com/2022/02/20/221-peserta-sertai-perkongsian-ilmu-makna/#respond Sun, 20 Feb 2022 07:00:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12392
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Seramai 221 peserta mengikuti program perkongsian ilmu bersama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), kelmarin.

Dengan tajuk “All about Cancer”,  program itu diadakan secara langsung dalam talian melalui aplikasi Webex dan laman facebook rasmi KESUMBA.

Ketua Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA, Rina Norgainathai berkata, program selama dua jam itu antara lain bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran berkaitan kanser yang menjadi punca kematian keempat tertinggi di Malaysia.

“Perkongsian ilmu ini disampaikan Pegawai Perubatan MAKNA, Dr Muhammad Faiz Taib dan  penceramah dari MAKNA cawangan Sibu, Sarawak, Mohd Hidhir Abu Bakar.

“Para peserta terdiri daripada orang awam dan warga UMS. Ia turut diisi dengan kuiz kesedaran kanser,” katanya.

Rina berkata demikian ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Faiz dalam perkongsiannya telah mengupas pelbagai isu berkaitan kanser, termasuk statistik pesakit kanser di Malaysia, punca dan penjagaan kesihatan bagi megelakkan kanser.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai tanda-tanda awal kanser.

“Setiap orang perlu peka terhadap sebarang perubahan dan gejala kerana kanser ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mohd Hidhir dalam perkongsiannya pula memberi pendedahan berkaitan fungsi MAKNA dalam membantu pesakit-pesakit kanser.

“MAKNA merupakan sebuah pertubuhan sosial bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan untuk menyediakan rawatan, penjagaan, pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan kanser bagi pesakit kanser serta keluarga mereka.

“Kami ingin mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menyertai sukarelawan bersama MAKNA.

“Bagi yang ingin menjadi penyumbang kepada MAKNA sangat dialu-alukan dengan mengisi borang di pautan https://mymakna.org.my/mpac/selectMpacFormLang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/20/221-peserta-sertai-perkongsian-ilmu-makna/feed/ 0 12392
KESUMBA Perlu Terus Beri Fokus Kepada Pemerkasaan Wanita https://sabahmedia.com/2021/10/22/kesumba-perlu-terus-beri-fokus-kepada-pemerkasaan-wanita/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/kesumba-perlu-terus-beri-fokus-kepada-pemerkasaan-wanita/#respond Fri, 22 Oct 2021 11:31:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7806
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU : Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) diharap akan terus memberikan fokus kepada pemerkasaan wanita dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan ekonomi.

Penaung KESUMBA, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni berkata, ia selaras dengan matlamat penubuhan KESUMBA yang sentiasa relevan dan dirasai oleh masyarakat.

“Saya berharap kewujudan KESUMBA ini akan sentiasa relevan dan dirasai oleh masyarakat serta akan terus menyumbang bukan sahaja kepada pembangunan wanita, malah kepada ahli keluarga dan masyarakat.

“Ini kerana wanita merupakan tulang belakang dan mempunyai peranan yang amat penting dalam pembangunan bukan sahaja keluarga tetapi juga dalam sesebuah organisasi. Pepatah Melayu yang amat signifikan dengan peranan wanita “tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia”, perlu diterapkan dalam diri setiap wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-25 KESUMBA secara dalam talian disini hari ini.

Majlis sambutan Jubli Perak KESUMBA diadakan secara atas talian adaptasi norma baharu

Katanya, golongan wanita perlu terus berganding bahu dan memberikan yang terbaik untuk keluarga, organisasi dan masyarakat tanpa mengira tahap pendidikan mahupun peringkat kerjaya.

“Kita membina kekuatan, kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan bukan untuk bersaing dengan kaum lelaki, tidak sama sekali tetapi kita lakukan apa yang kita suka dan cinta untuk lakukan demi keluarga, demi apa yang kita cintai namun pangkat serta gelaran merupakan bonus bagi kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji komitmen warga KESUMBA dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam, ibu dan guru kepada anak-anak sepanjang tempoh pandemik, tanpa menjejaskan peranan dalam melaksakan aktiviti kemasyarakatan.

“Saya menyeru agar semua ahli KESUMBA agar sentiasa bersatu hati dalam apa juga keadaan, saling menyokong, berkasih sayang, bermusyawarah agar objektif yang digariskan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti mencapai matlamat dan merealisasikan matlamat kelab yang telah diwujudkan sejak tahun 1996,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin turut berharap agar seluruh ahli KESUMBA terus bergerak sebagai satu pasukan yang mantap, berintegriti dan saling bantu-membantu dalam merealisasikan matlamat penubuhan KESUMBA.

“Saya akui amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap Yang Dipertua dan barisan Exco yang dilantik untuk membawa matlamat penubuhan KESUMBA amat berat sekali lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik COVID-19 ini,”katanya.

KESUMBA dalam majlis sama turut  melancarkan Coffee Table Book bertajuk “Dirgahayu KESUMBA Meniti 25 Tahun, Maju Sehati Mengukir Jasa” yang diterbitkan bersempena sambutan jubli perak KESUMBA pada 19 Oktober 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/kesumba-perlu-terus-beri-fokus-kepada-pemerkasaan-wanita/feed/ 0 7806
Kesumba Lancar ‘Coffee Table Book’ 22 Oktober Ini https://sabahmedia.com/2021/09/30/kesumba-lancar-coffee-table-book-22-oktober-ini/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/kesumba-lancar-coffee-table-book-22-oktober-ini/#respond Thu, 30 Sep 2021 10:36:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7044
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (Kesumba) bakal melancarkan ‘Coffee Table Book’ 22 Oktober ini sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak kelab berkenaan.

Yang Dipertua Kesumba, Dr Amalina berkata, ia dilancarkan secara e-book menampilkan segala aktiviti sejak penubuhan kelab pada 19 Oktober 1996.

“Majlis kali ini akan diadakan secara tayangan montaj “Dirgahayu Kesumba Meniti 25 Tahun Mengukir Jasa Maju Sehati” dan akan dirasmikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni melalui laman sesawang utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan facebook.

“Selain itu, satu ceramah khas bersama Dr Fauziah Mohd Hasan juga akan diadakan bagi memberikan suntikan motivasi kepada wanita-wanita di UMS,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Tambah beliau, penceramah jemputan merupakan sukarelawan yang mendapat anugerah dunia dalam sumbangan terhadap Palestin.

Hadir sama dalam rombongan Kesumba ialah Timbalan Yang Dipertua, Dr Suraya Sintang, Setiausaha, Stella @ Nurul Martini Gontol, Bendahari, Silawati Khamis dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian, Lydia Hurgerty Felix. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/kesumba-lancar-coffee-table-book-22-oktober-ini/feed/ 0 7044
KESUMBA anjur Webinar Edisi Khas Hari Malaysia: Peranan Wanita di Era Pandemik Covid-19 https://sabahmedia.com/2021/09/18/kesumba-anjur-webinar-edisi-khas-hari-malaysia-peranan-wanita-di-era-pandemik-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/kesumba-anjur-webinar-edisi-khas-hari-malaysia-peranan-wanita-di-era-pandemik-covid-19/#respond Sat, 18 Sep 2021 01:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6500
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) mengadakan webinar bertajuk “Peranan Wanita di Era Pandemik Covid-19” sempena Hari Malaysia, kelmarin.

Yang di-Pertua KESUMBA, Datin Dr. Amalina Abdullah berkata, program selama dua jam itu antara lain bertujuan untuk memperkasakan peranan wanita dalam cabaran pandemik Covid-19 melalui penghayatan erti kemerdekaan yang disambut rakyat Malaysia pada 16 September 2021.

“Perkongsian ilmu disampaikan perunding Pakar Obstetrik & Ginekologi merangkap Pengarah Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), Profesor Dr. Helen Benedict Lasimbang.  

“Ia disertai seramai 100 peserta dari dalam dan luar UMS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara dalam webinar itu, Helen membicarakan pelbagai isu wanita, termasuk penjagaan kesihatan mental dan psikososial.

Beliau mengetengahkan panduan-panduan dalam mengenal pasti emosi diri, membina kecekalan mental dan panduan mengawal stress.

“Kita melihat sebilangan besar petugas kesihatan dan anggota barisan hadapan di UMS terdiri daripada golongan wanita yang bertungkus lumus membantu memerangi Covid-19.

“Peranan mereka tidak ternilai dalam memelihara kesejahteraan psikososial, mental dan fizikal rakyat dan pada masa yang sama turut mengalami stress dan kebimbangan apabila bekerja tanpa henti, risiko dijangkiti keletihan fizikal dan pengasingan keluarga,” katanya.

Helen turut menyeru semua wanita agar dapat momohon bantuan sokongan dari keluarga, dan rakan sekiranya menghadapi sebarang masalah apabila berdepan cabaran pandemik.

“Pihak kerajaan serta pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut berperanan membantu golongan wanita apabila terjejas akibat Covid -19,” katanya.

Webinar edisi khas anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA itu disiarkan secara langsung dalam talian melalui aplikasi Webex dan facebook KESUMBA UMS.

Turut ditayangkan video pemenang tempat pertama pertandingan mencipta video bertemakan Erti Kemerdekaan 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/kesumba-anjur-webinar-edisi-khas-hari-malaysia-peranan-wanita-di-era-pandemik-covid-19/feed/ 0 6500
Komitmen KESUMBA Santuni Masyarakat Tempoh Pandemik Jadi Contoh: Taufiq https://sabahmedia.com/2021/07/22/komitmen-kesumba-santuni-masyarakat-tempoh-pandemik-jadi-contoh-taufiq/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/komitmen-kesumba-santuni-masyarakat-tempoh-pandemik-jadi-contoh-taufiq/#respond Thu, 22 Jul 2021 09:03:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3436
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU:  Komitmen warga Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dalam melaksanakan pelbagai aktiviti menyantuni masyarakat wajar menjadi contoh.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, ini kerana mereka masih mampu menguruskan masa untuk melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat tatkala sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab masing-masing.

“Kesibukan tugas hakiki sebagai penjawat awam, isteri, ibu dan guru dalam mendidik anak sepanjang tempoh pandemik tidak menjadi halangan dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan bagi warga UMS dan juga masyarakat setempat.

“Pelbagai usaha yang digerakkan bagi menyantuni masyarakat jelas menunjukkan iltizam dan kecintaan dalam perkara yang disukai akan mendorong terhadap pengurusan masa dengan efisyen  bagi memastikan apa yang diingini akan diperoleh.

“Semoga usaha KESUMBA ini menjadi inspirasi masyarakat di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KESUMBA Kali ke-24 yang berlangsung secara atas talian melalui platform Cisco Webex.

Jelas Taufiq, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh KESUMBA mampu memberi impak yang positif sekaligus meningkatkan produktiviti ahli serta memperkasakan kaum wanita itu sendiri.

“Selaras dengan tema Sambutan Hari Wanita pada tahun ini iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran”, diharapkan agar ahli KESUMBA akan sentiasa cekal, bersemangat dan kuat dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang.

“Ini adalah kerana anda merupakan sistem sokongan utama kepada suami dan anak-anak selain menjadi individu penting di universiti ini,” kata Taufiq.

Beliau turut berharap agar KESUMBA akan terus maju dan dapat merealisasikan matlamat penubuhannya, yang antara lain berusaha meningkatkan imej dan nama baik universiti melalui jalinan kerjasama serta penganjuran aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli.

Terdahulu, Yang Dipertua KESUMBA, Datin Dr. Amalina Abdullah memberitahu, sepanjang tempoh Ogos 2020 sehingga Julai 2021, KESUMBA telah melaksanakan sebanyak 24 aktiviti, yang merangkumi aspek kesihatan samada dari segi kesihatan mental dan fizikal, kerohanian, pengurusan kewangan di musim pandemik, pengurusan keluarga juga penjagaan haiwan dan tumbuhan.

KESUMBA juga katanya sentiasa komited dalam penjaga kebajikan ahli. Malah keprihatinan tersebut turut dipanjangkan kepada warga UMS, pelajar dan masyarakat setempat.

“Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020, KESUMBA telah melancarkan KESUMBA CARE yang bertujuan untuk membantu mana-mana ahli KESUMBA yang memerlukan sumbangan sepanjang tempoh PKP

“Selain itu, KESUMBA turut menyalurkan bantuan kepada golongan ibu tunggal dan anak orang kurang upaya (OKU), pelajar B40 dan rumah anak yatim,” katanya.

Amalina turut memaklumkan sebanyak 91 penerima telah mendapat manfaat sejak KESUMBA CARE dilancarkan termasuk ahli yang ditimpa musibah seperti banjir, sakit atau keluarga meninggal, serta sumbangan kepada eman ahli KESUMBA yang telah bersara.

“Justeru, diharapkan barisan Exco KESUMBA 2021/2022 yang bakal dilantik dapat menjadi satu pasukan yang kuat dan terus menjadikan KESUMBA sebagai salah satu kelab yang sentiasa berada dekat di hati ahli dan masyarakat sekeliling,” ujar Amalina.

Hadir sama pada MAT Kesumba secara atas talian Timbalan Yang Dipertua KESUMBA, Prof. Madya Dr. Suraya Sintang; Pengerusi KESUMBA Kampus Antarabangsa Labuan, Loria Masidong; Pengerusi KESUMBA Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan, Ruslili Norzaharah Hassan; dan pengerusi MAT, Muhajira Muchlis.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/komitmen-kesumba-santuni-masyarakat-tempoh-pandemik-jadi-contoh-taufiq/feed/ 0 3436
KESUMBA UMS Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran https://sabahmedia.com/2021/06/18/kesumba-ums-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2021/06/18/kesumba-ums-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran/#respond Fri, 18 Jun 2021 08:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1516
Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menyampaikan sumbangan melalui Misi Bantuan Prihatin kepada mangsa kebakaran Kg Meruntum.

Kejadian pada 15 Mei lalu melibatkan 45 Ketua Isi Rumah (KIR) dan telah memusnahkan 35 buah rumah penduduk.

Sebelum ini pelbagai pihak telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian.

Terbaru, Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) menyampaikan sumbangan ikhlas melalui Misi Bantuan Prihatin bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Penyampaian sumbangan berupa wang ringgit disempurnakan Timbalan Yang Dipertua KESUMBA, Dr. Suraya Sintang kepada Ketua Kampung, Mohd Alias Yusuf, di sini.

Menurut Suraya, penyerahan itu dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang tinggi bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian penularan wabak Covid-19.

“Saya ucapkan salam takziah kepada penduduk yang terlibat, semoga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga dengan sedikit bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban,” katanya.

Suraya memaklumkan, KESUMBA sentiasa melaksanakan aktiviti sosial dan kebajikan kepada masyarakat sama ada dalam kampus atau di luar kampus selaras dengan matlamat kelab tersebut.

“Justeru, sumbangan kali ini juga merupakan salah satu usaha yang kita lakukan untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah,” jelasnya.

Hadir sama Pemegang Akaun Amanah KESUMBA, Norti Sirin, Timbalan Setiausaha Kehormat, Dayangku Masniah Madaud, Ketua Puteri KESUMBA, Lydia Hurgerty Felix dan wakil pemaju masyarakat Kampung Meruntum, Syed Arizal Karim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/18/kesumba-ums-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran/feed/ 0 1516