Ketibaan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Jan 2023 15:09:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ketibaan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiada SOP tambahan untuk ketibaan warga China ke Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/01/11/tiada-sop-tambahan-untuk-ketibaan-warga-china-ke-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/01/11/tiada-sop-tambahan-untuk-ketibaan-warga-china-ke-sabah-hajiji/#respond Wed, 11 Jan 2023 15:09:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27752
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengulangi pendirian negeri bahawa tiada sekatan tambahan Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dikenakan ke atas ketibaan warga China selain mewajibkan mereka menghasilkan ujian PCR negatif untuk Covid-19 dan diberi vaksin mengikut keperluan negara sendiri.

“Dengan sempadan China dibuka secara rasmi tiga hari lalu pada 8 Januari, kami mengalu-alukan pelawat China berkunjung ke tempat-tempat menarik di negeri ini,” katanya.

Berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang dihoskan oleh Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Huang Shi-Fang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini malam ini, Hajiji berkata Sabah mengharapkan lebih banyak pelaburan dari China menerusi kerjasama sektor ekonomi dan perdagangan antara negeri Sabah dan China akan terus maju.

“China telah menjadi jiran baik kita, ketika masa sukar dan pada kemuncak pandemik, Kerajaan China melalui Konsulat China di sini telah menghulurkan pelbagai bantuan kepada Sabah terutamanya bantuan perubatan dan kami bersyukur.

“Hubungan baik antara kedua-dua negara kita telah, dan akan sentiasa, baik. Sabah dan China telah saling mendapat manfaat antara satu sama lain dan kita telah berjaya memanfaatkan kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri berkata di Sabah dan di seluruh negara, rakyat menyambut Tahun Baru Cina, bukan sahaja di kalangan warganegara asal Cina tetapi juga di kalangan semua masyarakat pelbagai kaum dan budaya.

“Pada masa perayaan ini, kita meraikan perayaan itu secara serentak. Rakyat dari semua kumpulan etnik menyertai perayaan itu yang mencerminkan perpaduan berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya.

“Dalam zodiak Cina, tahun ini adalah Tahun Arnab. Arnab dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang dan juga menandakan tahun harapan yang sangat sesuai dengan kita keluar daripada pandemik dua tahun lalu yang mencabar.

“Saya telah menegaskan dalam mesej Tahun Baru 2023 saya bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dan kita akan berharap untuk memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi dan memajukan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/11/tiada-sop-tambahan-untuk-ketibaan-warga-china-ke-sabah-hajiji/feed/ 0 27752
Kos Ujian RTK-Antigen Tidak Lebih RM60 Untuk Ketibaan Antarabangsa Di KKIA https://sabahmedia.com/2022/03/31/kos-ujian-rtk-tidak-lebih-rm60-untuk-ketibaan-antarabangsa-di-kkia/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/kos-ujian-rtk-tidak-lebih-rm60-untuk-ketibaan-antarabangsa-di-kkia/#respond Thu, 31 Mar 2022 12:03:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13704
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan kos ujian COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) tidak boleh melebihi RM60 untuk ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri bersetuju bahawa kos RM160 untuk setiap ujian RTK-antigen sebelum ini adalah terlalu tinggi jadi kerajaan memutuskan bahawa ia tidak boleh melebihi RM60.

Katanya, di peringkat Persekutuan, kosnya ialah RM100 bagi warganegara Malaysia dan RM160 bagi bukan warganegara Malaysia untuk melakukan ujian RTK-antigen yang tiba dalam penerbangan antarabangsa.

“Bagaimanapun, kita di Sabah memutuskan kosnya tidak melebihi RM60 untuk semua ketibaan penerbangan antarabangsa.

Ini adalah yang paling sesuai dan akan melegakan pengunjung selepas lebih daripada dua tahun, kini kita sangat tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian kepada Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA, Datuk Tan Kok Liang mengenai kos ujian RTK-antigen dikenakan untuk ketibaan penerbangan antarabangsa semasa pelancaran Travel Safe Alliance Malaysia (TSAM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/kos-ujian-rtk-tidak-lebih-rm60-untuk-ketibaan-antarabangsa-di-kkia/feed/ 0 13704