Ketika – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Feb 2023 13:46:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ketika – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua beradik lelaki cedera diserang buaya ketika memasang pam air https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/ https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/#respond Tue, 07 Feb 2023 13:46:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29201
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA MARUDU: Seorang lelaki parah manakala adiknya mengalami cedera ringan selepas diserang seekor buaya ketika turun ke sungai berhampiran rumahnya untuk memasang pam air di Kampung Sinasak, Pitas dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan (Supt) Zairolnizal Ishak berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa lelaki adalah adik beradik masing-masing berusia 53 dan 51 tahun itu telah turun ke dalam sungai berhampiran rumah kediaman mereka pada jam 5.30 petang Isnin (6 Feb) untuk memasang pam air di Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, Pitas.

“Semasa kedua-dua mangsa membetulkan paip PVC di dalam sungai yang pada ketika itu air di paras lutut, mangsa tidak menyedari seekor buaya berukuran 2.4 meter datang dari arah sebelah kiri abangnya dan telah menyerang dengan menggigit bahagian kakinya.

“Melihat kejadian itu, adiknya cuba membantu menyelamatkan abangnya namun dia juga turut digigit buaya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairolnizal, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Abangnya mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, tangan serta badan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pitas, manakala adiknya cedera ringan bahagian tangan kanan serta kaki sebelah kiri dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

“Bagaimanapun, keadaan mangsa (abang) adalah stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/07/dua-beradik-lelaki-cedera-diserang-buaya-ketika-memasang-pam-air/feed/ 0 29201
Pengguna Perlu Berhati-hati Ketika Menerima Panggilan Telefon Daripada ‘Scammer’ https://sabahmedia.com/2022/04/05/pengguna-perlu-berhati-hati-ketika-menerima-panggilan-telefon-daripada-scammer/ https://sabahmedia.com/2022/04/05/pengguna-perlu-berhati-hati-ketika-menerima-panggilan-telefon-daripada-scammer/#respond Tue, 05 Apr 2022 06:47:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13926
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh sindiket scammer khususnya yang menggunakan nama penguat kuasa seperti polis, kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, akhir-akhir ini ramai yang mudah percaya dan akhirnya terperangkap dengan panggilan-panggilan palsu yang dibuat oleh kumpulan penipuan.

Menurut beliau, orang ramai perlu faham bahawa penguat kuasa tidak membuat siasatan melalui panggilan telefon, sebaliknya meminta individu berkenaan hadir ke balai polis atau pejabat LHDN.

“Mereka ini membuat panggilan dengan membuat pelbagai dakwaan seperti ada cukai tertunggak, nama digunakan untuk pinjaman bank, akaun bank diguna untuk aktiviti dadah dan pengubahan wang haram.

“Jangan sesekali percaya dengan panggilan seperti ini sebaliknya tamatkan perbualan dan telefon ke balai berdekatan atau bank yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada mana-mana pihak boleh meminta butiran akaun bank, nombor pin dan apa sahaja maklumat berkaitan perbankan daripada orang ramai melalui panggilan telefon atau teks mesej.

Menyentuh perkara lain, beliau berkata, pengguna juga  perlu bijak mengenal pasti peniaga yang diyakini menerusi platform online sebelum memuktamadkan sebarang pembelian.

“Pembelian depan mata pun ramai yang tertipu, inikan pula online, kedai pun tak ada. Jadi macam mana?

“Di sebalik obses ada segelintir pengguna membeli menggunakan platform online, mereka (pengguna) perlu lebih berhati-hati dan berani menggunakan hak pengguna sekiranya tertipu,” katanya.

David berkata, antara penipuan jual beli online yang sering berlaku termasuklah mutu kualiti produk yang tidak sama seperti diiklankan, selain pengguna tidak menerima barangan dijanjikan selepas selesai proses transaksi wang.

“Budaya seperti ini yang kita risaukan. Asalkan tak kena tangkap kita lihat makin ramai yang makin berani menjadi penipu. Ada juga yang dikesan hanya mula menipu selepas berjaya meyakinkan pelanggan pada mulanya. Ini sesuatu yang tidak betul.

“Jadi, kita harus mengamalkan etika dan integriti yang tinggi dalam kalangan masyarakat bagi menghindari kejadian sebegini,” katanya.

Menurut David pengguna juga dinasihatkan agar memanfaatkan hak masing-masing jika diperdaya peniaga online termasuk mendesak pemulangan bayaran semula (refund) atau merujuk kes kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/05/pengguna-perlu-berhati-hati-ketika-menerima-panggilan-telefon-daripada-scammer/feed/ 0 13926
SESB Laksana Inisiatif Kurangkan Risiko Gangguan Ketika Bencana Alam https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/ https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/#respond Fri, 24 Sep 2021 10:11:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6803
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pelbagai inisiatif serta mitigasi untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik ketika berlaku bencana alam telah dilaksanakan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Penambahbaikan berterusan juga akan terus diusahakan memandangkan terdapat kawasan-kawasan baharu banjir beserta kaedah baharu yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan impak kepada pengguna.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah kerja-kerja pemantauan serta penyelenggaraan berkala disamping penyediaan janakuasa bergerak khasnya di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid berkata demikian ketika melakukan lawatan susulan ke tapak banjir di Kampung Sugud dan tapak menara penghantaran di Kampung Minintod Penampang pada Jumaat.

SESB menganggarkan kerugian jutaan ringgit berikutan kerosakan-kerosakan yang dialami akibat banjir dan hujan lebat berterusan yang menyebabkan pelbagai kerosakan pada cerun tapak tiang menara talian penghantaran serta kerosakan pada tiang- tiang elektrik talian pembahagian dan pencawang elektrik di kampung-kampung terlibat.

Walaubagaimanapun, SESB telah berjaya melaksanakan tindakan-tindakan mitigasi interim awal ke atas lebih 50 menara talian yang terlibat serta telah berjaya membekalkan elektrik semula kepada hampir semua pengguna di kampung-kampung terlibat pada tempoh secepat yang mungkin.

“Tidak dinafikan ada terdapat tempat yang memerlukan lebih masa untuk dibaikpulih
disebabkan oleh kekangan-kekangan yang tidak dapat dielak antaranya kesukaran pasukan teknikal untuk masuk ke dalam lokasi disebabkan jalan tidak dapat dilalui dan keadaan yang tidak selamat untuk melakukan kerja kerja pembaikan,” katanya.

Abdul Nasser memaklumkan tiang elektrik dan pencawang kecil yang kebanyakannya berada di bahu jalanraya adalah dua pepasangan yang sering terjejas apabila berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Pokok-pokok yang rebah akibat tanah runtuh akan menimpa tiang dan kabel.

Manakala pokok-pokok yang dibawa arus banjir yang deras akan juga boleh merosakkan struktur pencawang kecil serta peralatan di dalamnya.

Beliau menjelaskan lebih 100 talian Pembahagian dan 2 pencawang elektrik kecil di bahu jalanraya tersebut telah rosak teruk.

Disamping itu lebih 50 menara talian penghantaran juga telah terjejas oleh hakisan tanah runtuh akibat cuaca buruk melanda beberapa kawasan di Pantai Barat Negeri Sabah sejak dua minggu ini.

Mengulas mengenai kedudukan menara penghantaraan milik SESB di Kampung Maang, Penampang, beliau berkata SESB telah melaksanakan langkah interim yang sepatutnya bagi mengurangkan hakisan akibat hujan yang berpanjangan.

Abdul Nasser juga berkata untuk tiang menara yang berisiko, SESB bersama konsultan dan kontraktor yang dilantik telah mula melaksanakan kerja-kerja rehabilitasi dan penstabilan cerun secara kekal dengan dipantau oleh pasukan teknikal SESB sendiri.

“SESB juga memohon kerjasama masyarakat untuk tidak menularkan berita tidak benar berkaitan SESB seperti dakwaan kita akan memutuskan bekalan elektrik secara besar-besaran, kerana berita seperti ini tidak betul kerana SESB sentiasa ada pelan mitigasi operasi untuk meneruskan pembekalan elektrik.

Berita palsu sebegini akan hanya menimbulkan panik dan tidak akan membantu keadaan,” katanya lagi.

Pengguna dinasihatkan untuk terus melaporkan segera aduan kecemasan seperti wayar elektrik putus, tiang tumbang dan pokok tumbang ke atas talian elektrik kepada SESB Careline 15454 atau 088-515000 atau whatsapp 019-8525427.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/feed/ 0 6803
Dua Nelayan Disambar Petir Ketika Menangkap Ikan https://sabahmedia.com/2021/08/19/dua-nelayan-disambar-petir-ketika-menangkap-ikan/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/dua-nelayan-disambar-petir-ketika-menangkap-ikan/#respond Thu, 19 Aug 2021 06:33:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4878
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu, telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada jam 8.00 malam semalam, berikutan aduan awam mengenai dua nelayan tempatan hilang disyaki disambar petir semasa memancing di perairan Pulau Dinawan, Kinarut sekitar jam 6.45 petang semalam dekat sini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, mangsa dilaporkan telah keluar ke laut bersama anak dengan menaiki bot pam berasingan untuk menangkap ikan di pesisir pantai sekitar jam 5.30 pagi semalam dan dilaporkan hilang setelah tidak pulang pada sebelah petang.

Katanya, mangsa Mohd Nasir Abdul Nasir, 62 dan anaknya Abdullah Mohd Nasir, 20, disyaki telah disambar petir ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan pada jam 4.00 petang.

“Nelayan tempatan yang berada di sekitar lokasi telah menemui mayat anaknya, Abullah Mohd Nasir dan membawanya ke hospital, namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Papar pada jam lebih kurang 7.00 petang semalam.

“Manakala mangsa kedua, Mohd Nasir masih belum ditemui dan usaha-usaha CARILAMAT bagi mengesan mangsa diteruskan dengan koordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melibatkan atur gerak Bot Pengawal 39 serta dibantu beberapa aset daripada agensi sahabat yang lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),”katanya.

Namun Operasi CARILAMAT mangsa telah masuk hari kedua dengan keluasan pencarian 50 batu nautika persegi dan setakat ini masih belum menemui tanda-tanda atau petunjuk positif berkaitan mangsa di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim untuk terus meningkatkan keselamatan semasa melakukan aktiviti di laut seperti peka dengan keadaan cuaca semasa, memakai jaket keselamatan, pastikan keadaan bot dalam keadaan baik dan membawa alat pengesan lokasi (PLB) serta maklumkan kepada kaum keluarga atau sahabat yang lain lokasi dan tujuan ke laut.

Maritim Malaysia juga memohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan, aktiviti penyeludupan dan bom ikan yang berlaku dipersekitaran perairan Kota Kinabalu ditalian Pusat Operasi MN Sabah 088-387774 atau 999 (MERS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/dua-nelayan-disambar-petir-ketika-menangkap-ikan/feed/ 0 4878