ketua hakim negara – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Aug 2024 16:06:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ketua hakim negara – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tun Juhar terima kunjungan hormat Ketua Hakim Negara https://sabahmedia.com/2024/08/29/tun-juhar-terima-kunjungan-hormat-ketua-hakim-negara/ https://sabahmedia.com/2024/08/29/tun-juhar-terima-kunjungan-hormat-ketua-hakim-negara/#respond Wed, 28 Aug 2024 16:06:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59815
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Kunjungan berkenaan merupakan kunjungan hormat pertama Tengku Maimun terhadap Tun Juhar selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2019.

Tengku Maimun ketika ditemui media berkata, tujuan kunjungan adalah untuk mempersembah maklum calon-calon Pesuruhjaya Kehakiman yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

Katanya, proses berkenaan merupakan salah satu mekanisme secara pentadbiran bagi pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang perlu mendapatkan persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak berdasarkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Selain itu, delegasi turut membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan perkembangan dan penambahbaikan badan kehakiman khususnya di Sabah.

Hadir sama, Mantan Peguam Besar Sarawak, Datuk Abdul Razak Tready, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Salinah Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/29/tun-juhar-terima-kunjungan-hormat-ketua-hakim-negara/feed/ 0 59815