ketua menteri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Feb 2024 15:34:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ketua menteri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri luang masa beramah mesra dengan rakyat di Foh Sang https://sabahmedia.com/2024/02/08/ketua-menteri-luang-masa-beramah-mesra-dengan-rakyat-di-foh-sang/ https://sabahmedia.com/2024/02/08/ketua-menteri-luang-masa-beramah-mesra-dengan-rakyat-di-foh-sang/#respond Thu, 08 Feb 2024 15:32:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49208
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa untuk bertemu dan bersalaman dengan orang ramai di Pasar Malam Tahun Baru Cina Foh Sang pada Khamis malam.

Beliau diiringi Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Chan Foong Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong serta pemimpin masyarakat.

Hajiji (tiga kiri) duduk di salah satu kedai kopi di Foh Sang sambil beramah mesra dengan orang ramai.

Selepas melawat gerai-gerai jualan di pasar malam itu, Hajiji turut singgah dan duduk di salah satu kedai kopi di situ sambil meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai yang berada di sekeliling beliau.

Terdahulu, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada orang ramai dan berharap tahun Naga ini akan membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat di negara ini.

Lebih 5,000 masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama hadir memeriahkan pasar malam itu.

Selain terdapat lebih 100 gerai jualan pelbagai jenis makanan, pengunjung juga disajikan dengan persembahan tarian naga, singa dan unicorn serta persembahan nyanyian oleh artis tempatan Sabah.

Sementara itu, pengunjung Diana Ahmad, 40, bersama suaminya yang juga seorang berketurunan Cina, Herbert Lai, 40, meluangkan masa membawa anak-anak mereka mengunjungi pasar malam tersebut.

Diana bersama suami Herbert Lai dan anak-anak mereka di Pasar Malam Tahun Baru Cina Foh Sang.

Herbert berkata, walaupun beliau telah memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan isterinya tetapi beliau dan isterinya tetap menghormati adat dan budaya keluarganya.

“Walaupun saya sudah memeluk agama Islam tetapi saya dan isteri serta anak-anak tetap menghormati adat dan budaya keluarga kami masing-masing malah meraikan bersama-sama perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemu Sabah Madia hari ini.

Menurut Diana, adalah perkara biasa rakyat di Sabah meraikan bersama-sama semua perayaan yang terdapat di negeri ini.

“Kita di Sabah sudah biasa, negeri ini ada pelbagai suku kaum, agama dan budaya, kita saling menghormati antara sesama masyarakat di sini, jadi saya dan suami tidak kekok dengan keadaan ini selepas mendirikan rumahtangga,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/08/ketua-menteri-luang-masa-beramah-mesra-dengan-rakyat-di-foh-sang/feed/ 0 49208
Ketua Menteri luang masa ziarah bekas bos https://sabahmedia.com/2024/01/12/ketua-menteri-luang-masa-ziarah-bekas-bos/ https://sabahmedia.com/2024/01/12/ketua-menteri-luang-masa-ziarah-bekas-bos/#respond Fri, 12 Jan 2024 05:57:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47869
Read Time:35 Second

PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa menziarahi bekas Pengarah Program RTM Sabah merangkap Timbalan Pengarah, Wilfred Mojilis di kediamannya di Kampung Kobusak di sini semalam.

Wilfred, 85, bersama mendiang Datuk Fred Sinidol, merupakan perintis menubuhkan Seksyen Bahasa Kadazan di RTM, untuk mempromosi dan memelihara penggunaan bahasa Kadazan melalui siaran radio pada tahun 1960-an.

Wilfred, juga merupakan penyanyi dan penulis lagu yang berbakat. Beliau telah mencipta hampir 100 lagu Kadazan, antaranya Sugali Sunsugali, lagu Kadazan pertama yang disiarkan di RTM.

Anak-anak Wilfred yang sama berbakat mempopularkan lagu-lagunya yang lain seperti Nokoikot Noh Ih Monumbuhui dan Nuhu Nabahu.

Hajiji pernah bekerja di bawah Wilfred selama setahun sebagai juruhebah radio pada tahun 1976.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/12/ketua-menteri-luang-masa-ziarah-bekas-bos/feed/ 0 47869
Ketua Menteri tinjau tempat tarikan pelancong baharu di Tuaran https://sabahmedia.com/2023/11/05/ketua-menteri-tinjau-tempat-tarikan-pelancong-baharu-di-tuaran/ https://sabahmedia.com/2023/11/05/ketua-menteri-tinjau-tempat-tarikan-pelancong-baharu-di-tuaran/#respond Sun, 05 Nov 2023 10:36:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44758
Read Time:25 Second

TUARAN: Daerah Tuaran kini mempunyai tempat tarikan pelancong yang baharu iaitu Borneo Summer Bay (BSB) yang terletak di Pantai Dalit dekat sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa hujung minggu mengadakan lawatan santai ke BSB.

Beliau turut meninjau Taman Air Fun Splash serta kemudahan aktiviti sukan pantai, laut dan sungai yang ditawarkan kepada pelancong luar dan pengunjung tempatan.

BSB yang dimiliki oleh pengusaha tempatan, baru dibuka kepada orang ramai.

Ia terletak di tepi pantai Dalit melingkungi pantai sepanjang 2 kilometer.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/05/ketua-menteri-tinjau-tempat-tarikan-pelancong-baharu-di-tuaran/feed/ 0 44758
Hajiji hadiri Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya https://sabahmedia.com/2023/10/24/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-di-putrajaya/ https://sabahmedia.com/2023/10/24/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-di-putrajaya/#respond Tue, 24 Oct 2023 07:57:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44112
Read Time:21 Second

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong mengiringi Ketua Menteri.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah/Sarawak) Datuk Armizan Mohd Ali.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/24/hajiji-hadiri-mesyuarat-menteri-besar-ketua-menteri-di-putrajaya/feed/ 0 44112