Ketua Menteri Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Apr 2024 06:30:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ketua Menteri Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri Sabah terima kunjungan hormat Nancy Shukri https://sabahmedia.com/2024/04/08/ketua-menteri-sabah-terima-kunjungan-hormat-nancy-shukri/ https://sabahmedia.com/2024/04/08/ketua-menteri-sabah-terima-kunjungan-hormat-nancy-shukri/#respond Mon, 08 Apr 2024 06:30:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52368
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Nancy memaklumkan Hajiji berkaitan program-program untuk memperkasakan
wanita khususnya di Sabah yang telah dilaksanakan oleh jabatan dan agensi dibawah kementeriannya di negeri ini.

Menurutnya, pada tahun lepas, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Malaysia (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah
melaksanakan Program Wanita Bangkit yang telah melibatkan hampir 2,000 wanita
Sabah dan Program Advokasi Akta Antigangguan Seksual di bawah Jabatan
Pembangunan Wanita (JPW) yang melibatkan lebih 1,000 wanita di negeri ini.

Untuk tahun ini, beliau ingin meluaskan lagi perkhidmatan KPWKM di Sabah terutamanya untuk memperkasakan wanita.

Beliau diiringi oleh Ketua Pengarah JPW Malaysia, Dr. Wan Nur Ibtisam Wan Ismail dan
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Nordina Haron.

Nancy berada di Sabah untuk menghadiri beberapa program rasmi di Lahad Datu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/08/ketua-menteri-sabah-terima-kunjungan-hormat-nancy-shukri/feed/ 0 52368
Wanita Gagasan Rakyat lapor polis, siasat dalang fitnah anak Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/#respond Wed, 17 Jan 2024 02:39:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48081
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Anna Bell Perian (gambar) melahirkan rasa kekesalan ekoran daripada fitnah yang dilemparkan ke atas Mohd Reza Hajiji yang dituduh terlibat dengan kartel dadah.

Berikutan daripada itu, Wanita Parti Gagasan Rakyat dari Bahagian Sungai Sibuga, Gum-gum, Elopura, Tanjung Papat, Karamunting, Sekong dan beberapa kawasan lain telah membuat laporan polis agar siasatan terperinci dilaksanakan dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Menurut Anna, perbuatan yang berniat jahat ini ibarat melempar batu sembunyi tangan sengaja dicetuskan untuk menarik perhatian sekaligus cubaan untuk menjejaskan imej YAB Ketua Menteri Sabah.

“Perumpamaan ini mengambarkan bahawa individu atau pihak terbabit terdesak dengan menabur fitnah mengalihkan perhatian rakyat untuk menyokong kerajaan negeri yang tanpa henti membawa pembangunan untuk rakyat dan negeri Sabah. Pihak ini juga sengaja mengadu domba kerana tidak ada isu yang ingin mereka utarakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anna berkata, memasuki tahun baharu 2024, tahun yang masih menyaksikan peperangan dunia luar antara Israel–Palestin sedang berlaku sehingga mengundang ketidaktentuan politik peringkat antarabangsa dan juga kemelesetan ekonomi dunia seharusnya menjadi fokus utama semua pihak tidak kira pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat adalah berganding bahu untuk memulihkan dan membangunkan ekonomi negeri kerana kalau bukan kita semua siapa lagi.

“Cukup-cukuplah berpolitik kerana rakyat sedang memerhatikan kita semua, tentu juga diselitkan doa-doa untuk kemenangan saudara mara kita di Palestin dalam berjuang membela tanah air mereka,” tegasnya.

Tambah beliau, Sabah dan rakyatnya menjadi contoh terbaik bukan hanya di peringkat negeri saja tetapi diperingkat nasional hidup aman harmoni tanpa peperangan meskipun berbeza budaya, kaum dan agama. Namun sayangnya, ada pihak yang suka mencetuskan ‘peperangan’ yang dangkal, lagi busuk, dipenuhi hasad dengki untuk menjatuhkan orang lain.

“Mengapa tidak kita bersama-sama menjalankan tugas kita sebagai rakyat Sabah? Membina dan memakmurkan negeri tercinta, merentasi perbezaan ideologi. Bukan berusaha mencari akal dan helah untuk ‘menusuk duri menikam daging hingga kesuma jiwa lara’.

“Cukuplah segala kealpaan yang membinasakan selama ini dijadikan iktibar dan teladan kepada kita semua atas segala musibah, kekurangan mahupun perbezaan.

“Kita berdoa semoga Negeri Sabah yang kita cintai ini terus kekal aman, makmur dan sejahtera untuk anak cucu cicit kita masa hadapan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/wanita-gagasan-rakyat-lapor-polis-siasat-dalang-fitnah-anak-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 48081