Ketua Menteri Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 27 Jun 2023 11:21:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ketua Menteri Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 G57 buat laporan polis Parti Warisan fitnah dan aib Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/#respond Tue, 27 Jun 2023 11:16:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37262
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) hari ini tampil membuat satu laporan polis ke atas beberapa orang pemimpin dan ahli Parti Warisan Sabah kerana telah memfitnah dan mengaibkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor kononnya sengaja menipu menangis dan tangisan ini adalah merupakan tangisan seorang munafik.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kota Kinabalu pada jam 1.30 petang tadi (27 Jun).

Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sebelum ini Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara spontan telah menangis semasa berucap merasmikan Wisma Parti USNO di Donggongon Avenue Jalan Penampang pada 25 Jun 2023.

“Beliau yang mengenang kembali perjuangan bersama parti USNO pada awal penglibatannya dalam politik, menceritakan pengalamannya ketika bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sewaktu Pilihan Raya pada tahun 1990.

“Bagaimanapun beberapa orang pemimpin Parti Warisan juga secara sengaja telah mengubah suai video Hajiji menangis dengan ditokok tambah ayat “dah tua pun bodoh termasuk perkataan ‘air mata munafik penuh dengan kepuraan’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkarnain berkata, pimpinan dan ahli Parti Warisan Sabah ini juga telah kongsikan video ini melalui sosial media kemudian telah tular. Perbuatan ini adalah jelas cubaan mengaibkan yang sangat jijik dan tidak boleh diterima.

“Pembangkang di Sabah ketika ini tahu Sabah berada dilandasan yang betul di bawah pimpinan Hajiji sebagai contoh Syarikat pengeluar kerajang tembaga untuk bateri kenderaan elektrik (EV) Korea Selatan, SK Nexilis telah melabur sebanyak RM2.3 bilion yang akan berpangkalan di Kompleks Industri KKIP,  Kota Kinabalu, Sabah.

“Kilang yang kini dalam pembinaan itu telah menawarkan pekerjaan kepada hampir dua ribu rakyat Sabah.

“Selain itu rekod menunjukkan pelaburan luar ke Sabah pada tahun 2022 berjumlah RM11.5 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi dan trend ini masih terus berjalan pada tahun 2023,” jelasnya.

Menurut Zulkarnain lagi, sebaliknya sepanjang Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah tidak ada satu pun pelabur asing yang berjaya di bawah masuk ke Sabah malahan kadar. KDNK Sabah sebelum Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah berada pada 8.2 peratus telah jatuh menjunam ke paras terendah 0.5 peratus.

“Mungkin atas faktor keupayaan Hajiji mentadbir Sabah fitnah dan rekyasa jahat telah dibuat ke atas Hajiji.

“Justeru G57 meminta agar pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas dan dapat mengheret pimpinan dan ahli parti Warisan ke muka pengadilan agar budaya fitnah ini dapat dihentikan,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 37262
Perutusan Ketua Menteri Sabah Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 https://sabahmedia.com/2023/01/20/perutusan-ketua-menteri-sabah-sempena-sambutan-tahun-baharu-cina-2023/ https://sabahmedia.com/2023/01/20/perutusan-ketua-menteri-sabah-sempena-sambutan-tahun-baharu-cina-2023/#respond Fri, 20 Jan 2023 08:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28220
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat Tionghua untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan mereka, termasuk Tahun Baharu Cina.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perayaan itu juga turut diraikan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Kita bersyukur kerana masyarakat Tionghua dapat menyambut dan meraikan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, dalam suasana aman, harmoni dan penuh muhibah.

“Dalam Zodiak Cina, 2023 menandakan Tahun Arnab – haiwan yang dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang.

“Tahun Arnab juga menandakan tahun harapan yang sememangnya amat tepat apabila kita keluar daripada tempoh dua tahun pandemik yang mencabar.

“Semoga Tahun ini akan membawa lebih banyak keharmonian, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri Sabah,” katanya dalam satu perutusannya hari ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2023.

Hajiji dalam perutusannya turut menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di negeri ini.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua dan yang meraikannya di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/20/perutusan-ketua-menteri-sabah-sempena-sambutan-tahun-baharu-cina-2023/feed/ 0 28220
Anwar beri restu Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2023/01/10/anwar-beri-restu-hajiji-sebagai-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/01/10/anwar-beri-restu-hajiji-sebagai-ketua-menteri-sabah/#respond Mon, 09 Jan 2023 16:52:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27658
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ya, saya memberi restu Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau memberi ruang kepada Hajiji untuk berbincang mencari formula yang baik untuk kebaikan Sabah.

“Saya ucap terima kasih kepada kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, kita mahu kerajaan Sabah kukuh di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiii Noor,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini malam tadi. (9 Jan)

Menurut Anwar, esok Dewan Undangan Negeri Sabah akan bersidang berhubung satu Rang Undang-Undang penting untuk kembalikan hak Sabah yang beliau telah usulkan di jemaah menteri.

“Ini satu perubahan besar yang saya bagi ketutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi tiba di kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya pada jam 11.20 malam tadi selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin di Magellan Sutera Resort di sini.

Pertemuan yang diadakan adalah secara tertutup bagi membincangkan jalan penyelesaian kemelut politik di Sabah yang melanda sejak beberapa hari yang lalu.

Rombongan Perdana Menteri disertai Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir, dan Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/10/anwar-beri-restu-hajiji-sebagai-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 27658
Hajiji kekal sebagai Ketua Menteri Sabah – Peguam Tengku Fuad https://sabahmedia.com/2022/12/11/hajiji-kekal-sebagai-ketua-menteri-sabah-peguam-tengku-fuad/ https://sabahmedia.com/2022/12/11/hajiji-kekal-sebagai-ketua-menteri-sabah-peguam-tengku-fuad/#respond Sun, 11 Dec 2022 11:22:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26164
Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Keputusan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU Sabah keluar parti dan menjadi ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara langsung tidak menjejaskan kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah, kata Peguam Undang-Undang Perlembagaan, Datuk Tengku Fuad Tengku Ahmad.

Katanya, ini kerana gabungan GRS- Barisan Nasional (BN) kekal serasi dengan 46 ahli ADUN selain keyakinan dan komitmen bekalan tujuh ADUN Pakatan Harapan untuk menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri.

“Difahamkan juga tiga ADUN KDM dan seorang ADUN Bebas menyokong teguh kerajaan GRS-BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Fuad, berdasarkan jumlah itu, Hajiji jelas mendapat sokongan 57 ADUN – majoriti dalam 79 ahli Dewan dan dengan itu terus mendapat keyakinan Dewan mengikut Perkara 6(3) Perlembagaan Sabah.

Justeru, katanya, sebagai jawapan kepada kenyataan akhbar baru-baru ini oleh Darrell Leiking (Warisan), empat Ahli Parlimen GRS tidak akan kehilangan kerusi mereka akibat meninggalkan BERSATU.

“Ini kerana keempat-empat Ahli Parlimen itu bertanding sebagai calon GRS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan bukannya sebagai calon Perikatan Nasional atau BERSATU.

“Oleh itu, tiada perlanggaran Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan sejak empat Ahli Parlimen itu dipilih di bawah GRS,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/11/hajiji-kekal-sebagai-ketua-menteri-sabah-peguam-tengku-fuad/feed/ 0 26164
Yayasan Kebajikan Sabah Dilancarkan https://sabahmedia.com/2021/09/29/yayasan-kebajikan-sabah-dilancarkan/ https://sabahmedia.com/2021/09/29/yayasan-kebajikan-sabah-dilancarkan/#respond Wed, 29 Sep 2021 05:41:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6970
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melancarkan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bagi membantu menggerakkan agenda kebajikan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penubuhan YKS itu selaras dengan ucapan beliau pada pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Mac lalu.

“Pengalaman berhadapan dengan pandemik COVID-19 memberikan panduan kepada Kerajaan Negeri tentang keperluan untuk mewujudkan sistem sokongan kepada jentera Kerajaan untuk memastikan mekanisme penyampaian bantuan kebajikan yang lebih pantas dan menyeluruh.

“Sehubungan itu, sebagaimana yang telah saya umumkan dalam Ucapan Pelancaran Hala Tuju SMJ pada Mac lalu, hari ini kita akan secara rasmi melancarkan penubuhan YKS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan amanat sempena Majlis Setahun Kerajaan GRS Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) disini hari ini.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata, YKS itu nanti akan berpandukan model dan kejayaan fungsi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di peringkat nasional selain YKS akan membantu Kerajaan Negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan.

Katanya, antara fungsi utama institusi ini adalah untuk memperkasa kerjasama di antara kerajaan dengan NGO, korporat dan swasta serta badan-badan lain yang bersedia untuk mencari dana dan menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

“Institusi ini akan diurus tadbir secara profesional oleh petugas sosial terlatih untuk memastikan penyaluran bantuan dibuat secara telus dan sampai kepada golongan sasar.

“Pada hari ini, saya difahamkan YKS akan menerima sumbangan dana awal daripada beberapa GLC dan badan korporat untuk membantu pelaksanaan inisiatif dan program yang telah dirancang.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri dan Lembaga Pemegang Amanah YKS merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/29/yayasan-kebajikan-sabah-dilancarkan/feed/ 0 6970
Ketua Menteri Sabah Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Datuk Lajim Ukin https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/ https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/#respond Sun, 29 Aug 2021 05:31:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5444
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin, yang meninggal dunia di sini pada Ahad.

“Bagi pihak keluarga saya dan Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Datin Seri Normila Siong atas kehilangan dan keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim yang tersayang.

“Datuk Lajim adalah pemimpin yang berdedikasi dan juga kawan yang baik serta telah banyak menyumbang kepada negeri dan negara sepanjang karier politiknya,” katanya.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Lajim adalah seorang pemimpin yang sangat berjasa, menyumbangkan masanya dan sentiasa berkongsi nasihat yang baik kepada parti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/29/ketua-menteri-sabah-ucap-takziah-kepada-keluarga-allahyarham-datuk-lajim-ukin/feed/ 0 5444