ketua menteri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Apr 2026 14:42:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ketua menteri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri sambut Aidilfitri dengan media Sabah https://sabahmedia.com/2026/04/04/ketua-menteri-sambut-aidilfitri-dengan-media-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/04/04/ketua-menteri-sambut-aidilfitri-dengan-media-sabah/#respond Sat, 04 Apr 2026 14:42:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94265
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama rakan-rakan media Sabah di Magellan Sutera Resort, di sini pada Sabtu.

Antara yang hadir ialah Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mariah Doksil, Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Datuk Jimmy Goh, ketua-ketua pengarang, ketua ketua biro bersama lebih 200 pengamal media.

Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih, Pengarah Yayasan Sabah,Datuk Ghulam Khan Bahadar dan ketua-ketua jabatan.

Dalam ucapan alu-aluan mewakili Ketua Menteri, Pengarah Media dan Komunikasi di Jabatan Ketua Menteri Datuk Lucy Irene Yong menyampaian penghargaan atas komitmen dan dedikasi rakan-rakan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, baik melalui media kerajaan, media arus perdana mahupun media sosial.

Beliau berkata umum tahu bahawa media memainkan peranan yang amat penting sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat.

“Kami menghargai peranan media menyampaikan dasar-dasar Kerajaan dengan jelas dan dalam masa yang sama membawa suara rakyat kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Namun kata beliau, walaupun peranan media pada hari ini menuntut kepantasan, namun ia tidak harus mengabaikan ketepatan.

“Dalam era lambakan maklumat, media yang efektif adalah media yang menyebarkan berita yang sahih, sekali gus menjadi rujukan utama masyarakat dalam membentuk fakta yang betul,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Pejabat Media dan Komunikasi akan terus memastikan segala laporan dan berita berkaitan Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri dikongsikan kepada pihak media, dengan cepat dan tepat, untuk dihebahkan dalam media masing-masing.

“Pihak kami juga akan memastikan kerjasama dengan media terus diperkukuhkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/04/ketua-menteri-sambut-aidilfitri-dengan-media-sabah/feed/ 0 94265
Fitnah terancang cemar reputasi Ketua Menteri – Nizam https://sabahmedia.com/2025/10/24/fitnah-terancang-cemar-reputasi-ketua-menteri-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/fitnah-terancang-cemar-reputasi-ketua-menteri-nizam/#respond Fri, 24 Oct 2025 07:00:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84035
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Satu hantaran media sosial yang menyifatkan bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertemu dengan Albert Tei untuk mengaitkannya dalam skandal perlombongan di Sabah adalah jelas merupakan satu cubaan untuk mencemarkan reputasi Ketua Menteri. 

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Ketua Menteri dalam kapasiti beliau sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri, berjumpa dengan semua lapisan pihak berkepentingan.

Katanya,  pertemuan-pertemuan Ini adalah mesyuarat rasmi biasa yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Ketua Menteri. 

“Individu di sebalik hantaran media sosial tersebut, bersama Albert, mempunyai niat jahat untuk mengaitkan Ketua Menteri dengan Albert dan skandal perlombongan menggunakan gambar untuk menyiratkan. 

“Tambahan pula, Ketua Menteri tidak menafikan kenal atau pernah bertemu dengan Albert, tetapi jelas, pos tersebut adalah satu cubaan untuk mempolitikan mesyuarat biasa, yang bersifat menyiratkan dan tidak bertanggungjawab,” katanya 

Nizam berkata, Ketua Menteri telah bersikap telus dan telah meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh, sambil memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya. 

Katanya, segala tuduhan perlu dibuktikan melalui proses undang-undang dan bukan melalui kempen fitnah di media sosial.

Sementara itu Nizam berkata, portal berita tempatan semalam mendedahkan, seorang sumber memaklumkan bahawa Albert  telah merancang ‘aksi’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dipercayai berkaitan dengan kes rasuahnya yang dijadual disebut di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini. 

Katanya,  amat jelas bahawa Albert sendiri memainkan peranan utama dalam mencetuskan drama persepsi tersebut.

“Beliau sudah merancang langkah ini lebih awal. Dia masuk ke Sabah dengan memberitahu pihak imigresen kononnya hanya mahu berjumpa kawan, sedangkan dia tidak menunjukkan surat panggilan mahkamah yang sepatutnya. 

“Semua ini merupakan sebahagian daripada muslihat dan perancangan jahat Albert untuk menimbulkan kekeliruan dan menimbulkan persepsi kononnya beliau dianiaya,” katanya.

Sementara itu, Nizam berkata, Albert sengaja mencetuskan teori konspirasi kononnya wujud campur tangan politik dalam siasatan terhadap dirinya bagi meraih simpati awam. 

“Ini bukan lagi tindakan individu teraniaya, tetapi satu operasi persepsi terancang untuk mengalihkan perhatian daripada kes dan siasatan terhadap dirinya sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/fitnah-terancang-cemar-reputasi-ketua-menteri-nizam/feed/ 0 84035
Tempoh Ketua Menteri Sabah dicadang dihadkan dua penggal berturut, GRS mahu masuk dalam Manifesto PRN17 https://sabahmedia.com/2025/07/17/tempoh-ketua-menteri-sabah-dicadang-dihadkan-dua-penggal-berturut-grs-mahu-masuk-dalam-manifesto-prn17/ https://sabahmedia.com/2025/07/17/tempoh-ketua-menteri-sabah-dicadang-dihadkan-dua-penggal-berturut-grs-mahu-masuk-dalam-manifesto-prn17/#respond Wed, 16 Jul 2025 23:06:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77438
Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Sekiranya tempoh pentadbiran Ketua Menteri Sabah dihadkan kepada dua penggal berturut-turut, ia bakal menjadi reformasi besar dalam landskap politik negeri ini.

Cadangan penting itu antara komitmen awal Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang sekiranya kembali diberi mandat oleh rakyat.

Timbalan Setiausaha GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu termasuk dalam dokumen tekad dan komitmen GRS sebagai kesinambungan reformasi pentadbiran dan tadbir urus negeri yang telah digerakkan sejak 2020.

“Semalam (15 Julai) saya diberi amanah oleh Pengerusi GRS, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas khas merangka manifesto baharu GRS, yang turut melibatkan wakil lapan parti komponen.

“Manifesto itu akan mempunyai dua komponen utama. Pertama, komponen berpaksikan ikhtiar dan halatuju ke hadapan GRS yang berasaskan empat teras perjuangan iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

“Kedua, komponen tekad dan komitmen GRS untuk memaparkan pencapaian lima tahun pentadbiran lalu termasuk apa yang telah dilaksanakan (walk the talk) dan usaha yang sedang dijalankan (work in progress),” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Menurutnya, salah satu contoh ikhtiar di bawah teras Sabah United adalah komitmen GRS untuk mengehadkan tempoh pentadbiran Ketua Menteri kepada dua penggal berturut-turut melalui pindaan kepada Perlembagaan Negeri Sabah.

“Sebenarnya perkara ini telahpun diluluskan oleh Kabinet Negeri pada Disember 2023, namun kerana kita tidak memiliki majoriti dua pertiga, ia belum dapat dibentangkan ke Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Oleh itu, antara ikrar penting kita dalam manifesto PRN17 nanti adalah untuk melaksanakan pindaan ini sebaik sahaja mandat baharu diperoleh daripada rakyat,” katanya.

Beliau menjelaskan, had tempoh ini hanya tertakluk kepada dua penggal berturut-turut. Sekiranya seseorang Ketua Menteri mempunyai kebolehan dan peluang untuk kembali memimpin selepas ‘berehat’ satu penggal, perkara itu masih boleh dipertimbangkan.

“Tetapi yang penting, tidak boleh lebih dua penggal secara berterusan. Ini adalah sebahagian reformasi tadbir urus yang kita tekankan agar kepimpinan negeri sentiasa segar, bertanggungjawab dan tidak terikat kepada satu individu terlalu lama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata GRS memerlukan kemenangan lebih dua pertiga kerusi DUN untuk memastikan pindaan Perlembagaan itu dapat diluluskan dalam persidangan DUN kelak.

Tambah beliau, mesyuarat petugas khas manifesto GRS akan diteruskan dalam masa terdekat dengan setiap parti komponen akan mengemukakan syor berdasarkan kerangka empat teras yang telah dipersetujui.

“Kita akan perhalusi dan bawa hasilnya untuk pertimbangan Majlis Tertinggi GRS sebelum diumumkan kepada rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/17/tempoh-ketua-menteri-sabah-dicadang-dihadkan-dua-penggal-berturut-grs-mahu-masuk-dalam-manifesto-prn17/feed/ 0 77438
TYT, Ketua Menteri hadir Rumah Terbuka Aidilfitri di Papar https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/ https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/#respond Sun, 20 Apr 2025 09:46:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72343
Read Time:1 Minute, 6 Second

PAPAR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, berlangsung meriah hari ini dengan kehadiran lebih 18,000 pengunjung dari seluruh daerah Papar.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di Dewan SMK Pengalat itu turut menerima kehadiran tetamu kehormat Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin, yang disambut mesra oleh para penganjur dan masyarakat setempat.

Mengiringi Tun Musa ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Majlis bermula dengan ketibaan Ketua Menteri yang disambut oleh Datuk Armizan dan Datuk Ghulam sebelum beliau menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di pentas utama di luar dewan.

Setibanya Tun Musa dan isteri, mereka turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di dalam dewan, diiringi oleh Ketua Menteri.

Majlis rumah terbuka itu turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional Hari Raya yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya sate, rendang, lemang, ketupat, kuih-muih serta pelbagai jenis minuman dan makanan lain.

Selain itu, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis-artis tempatan termasuk kumpulan Masmona Band, serta berpeluang memenangi hadiah menarik melalui cabutan tiket bertuah yang menambah lagi kemeriahan sambutan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/20/tyt-ketua-menteri-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-di-papar/feed/ 0 72343
Lebih 10,000 orang hadir Rumah Terbuka Raya Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2025/04/12/lebih-10000-orang-hadir-rumah-terbuka-raya-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2025/04/12/lebih-10000-orang-hadir-rumah-terbuka-raya-ketua-menteri/#respond Sat, 12 Apr 2025 08:18:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71833
Read Time:49 Second

TUARAN: Lebih daripada 10,000 orang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan keluarganya di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.

Majlis yang diserikan oleh Tuan Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin menyaksikan persembahan artis-artis tempatan serta penyanyi terkenal Marsha Milan Londoh dan Misha Omar.

Hajiji (kiri) mengiringi Musa menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik semasa majlis itu.

Hajiji turut mengiringi Musa untuk menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di daerah tersebut.

Bercakap kepada media, Ketua Menteri gembira dengan kehadiran yang begitu ramai di rumah terbuka tersebut yang menurutnya merupakan acara tahunan bagi membolehkan rakyat daripada pelbagai lapisan untuk merayakan Hari Raya bersama.

“Rumah terbuka ini adalah untuk memupuk jalinan hubungan di antara kita,” katanya.

Antara yang hadir ialah Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, Jemaah Kabinet Negeri, Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, wakil rakyat dan para pemimpin masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/12/lebih-10000-orang-hadir-rumah-terbuka-raya-ketua-menteri/feed/ 0 71833
Gesaan Ketua Pemuda Umno Sabah Tidak berasas, tiada keperluan Ketua Menteri lepaskan jawatan – Fairuz https://sabahmedia.com/2024/12/04/gesaan-ketua-pemuda-umno-sabah-tidak-berasas-tiada-keperluan-ketua-menteri-lepaskan-jawatan-fairuz/ https://sabahmedia.com/2024/12/04/gesaan-ketua-pemuda-umno-sabah-tidak-berasas-tiada-keperluan-ketua-menteri-lepaskan-jawatan-fairuz/#respond Wed, 04 Dec 2024 07:38:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64873
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan, hari ini mengeluarkan kenyataan balas terhadap gesaan Ketua Pemuda UMNO Sabah agar Ketua Menteri Sabah melepaskan jawatannya.

Beliau menegaskan bahawa gesaan tersebut tidak berasas dan tiada keperluan untuk YAB Ketua Menteri meletakkan jawatan berdasarkan fakta semasa.

Fairuz berkata bahawa jawatan Ketua Menteri hanya boleh dilepaskan melalui dua cara, iaitu melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri atau peletakan jawatan secara sukarela oleh Ketua Menteri sendiri.

Tegas beliau, video-video yang tular baru-baru ini langsung tidak menyebut Ketua Menteri menerima wang atau terlibat dengan sebarang kesalahan. Sebaliknya, paparan dalam video tersebut menunjukkan bahawa keputusan membatalkan Lesen Cari Gali (Prospecting Licence) dibuat untuk menghalang pengaruh kartel dalam sektor berkenaan.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan sejak 17 November 2024, tetapi sehingga hari ini, nama Ketua Menteri tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan. Ini jelas membuktikan bahawa beliau tidak terlibat dalam kes tersebut.

“Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 10 November 2024 turut menegaskan bahawa tiada laporan yang dibuat kepada SPRM mengenai keterlibatan mana-mana ADUN di Sabah dengan tuduhan rasuah ini.

“SPRM, sentiasa menjalankan siasatan dengan telus dan bebas, sejajar dengan kenyataan Ketua Menteri pada 12 November, “We have nothing to hide,” tegasnya.

Datuk Fairuz turut menjelaskan bahawa tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan mana-mana pihak mendesak Ketua Menteri meletakkan jawatan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Beliau juga mengingatkan bahawa terdapat kes seorang ADUN yang pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah walaupun sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah.

Justeru, Fairuz berkata, Pemuda Gagasan Rakyat menyatakan kepercayaan penuh kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan dengan adil dan telus.

“Pemuda Gagasan Rakyat menolak sebarang provokasi di media sosial yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Kami akan terus menghormati proses undang-undang dan tidak akan terlibat dalam spekulasi atau provokasi yang tidak berasas,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/04/gesaan-ketua-pemuda-umno-sabah-tidak-berasas-tiada-keperluan-ketua-menteri-lepaskan-jawatan-fairuz/feed/ 0 64873
Ketua Menteri saksi tiga pembayaran dividen https://sabahmedia.com/2024/08/07/ketua-menteri-saksi-tiga-pembayaran-dividen/ https://sabahmedia.com/2024/08/07/ketua-menteri-saksi-tiga-pembayaran-dividen/#respond Wed, 07 Aug 2024 09:29:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58684
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan tiga pembayaran dividen bagi tahun berakhir 2023 di Menara Kinabalu dekat sini, hari ini.

Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) membayar dividen RM3.5 juta kepada Kerajaan Negeri dan RM147 juta kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah.

Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyampaikan cek replika kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong bagi pihak Kerajaan Negeri.

Jasnih turut menyerahkan cek replika pembayaran dividen RM147 juta daripada ICSB kepada pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Majlis penyampaian dividen kedua ialah daripada Angkatan Hebat Sdn Bhd kepada Qhazanah Sabah Berhad, berjumlah RM4.681 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) menyaksikan penyampaian dividen daripada Pengerusi Angkatan Hebat Datuk Rahim Ismail (enam kiri) kepada Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusuf Yacob (enam kanan).

Pengerusi Angkatan Hebat Sdn Bhd Datuk Rahim Ismail menyerahkan cek replika itu kepada Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusuf Yacob disaksikan Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan Pengerusi Saham Sabah Berhad Datuk Rusdin Riman (tiga kiri) menyampaikan cek replika kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong (tiga kanan).

Dalam acara sama, Hajiji turut menyaksikan penyampaian dividen daripada Saham Sabah Berhad (SSB) berjumlah RM7.3 juta kepada Kerajaan Negeri.

Cek replika daripada SSB disampaikan oleh pengerusinya Datuk Rusdin Riman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/07/ketua-menteri-saksi-tiga-pembayaran-dividen/feed/ 0 58684
TYT, Ketua Menteri hadir sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/31/tyt-ketua-menteri-hadir-sambutan-hari-pahlawan-peringkat-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/31/tyt-ketua-menteri-hadir-sambutan-hari-pahlawan-peringkat-negeri-sabah/#respond Wed, 31 Jul 2024 04:18:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58345
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke majlis sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada Rabu.

Hajiji tiba kira-kira jam 7.48 pagi kemudiannya menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dengan diiringi oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah danPesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Manakala Juhar yang tiba pada jam 8.00 pagi kemudian turut menerima Tabik Hormat DiRaja daripada Kawalan Kehormatan PDRM (Pecah Bendera) dan seterusnya memeriksa kawalan kehormatan.

Sambutan itu diisi dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah sertalagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, Tiupan Paluan Akhir “The Last Post” oleh PDRM.

Turut menyaksikan persembahan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia, bacaan sajak pahlawan, tiupan “Rouse” dan pameran.

Pada majlis itu juga turut disampaikan sumbangan kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Peristiwa Tanduo Lahad Datu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan sumbangan kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Peristiwa Tanduo Lahad Datu pada sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan pada Rabu. – Foto ihsan JKM Sabah.

Juhar bersama Hajiji dan jemputan lain turut meluangkan masa melawat Pameran Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Kadzim M Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk James Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Timbalan – Timbalan Speaker DUN dan Pembantu-Pembantu Menteri.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/31/tyt-ketua-menteri-hadir-sambutan-hari-pahlawan-peringkat-negeri-sabah/feed/ 0 58345
Dakwaan salah guna kuasa, cubaan teruk pembangkang cemar nama baik Ketua Menteri https://sabahmedia.com/2023/10/09/dakwaan-salah-guna-kuasa-cubaan-teruk-pembangkang-cemar-nama-baik-ketua-menteri/ https://sabahmedia.com/2023/10/09/dakwaan-salah-guna-kuasa-cubaan-teruk-pembangkang-cemar-nama-baik-ketua-menteri/#respond Mon, 09 Oct 2023 09:52:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43378
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Dakwaan salah guna kuasa berhubung urus niaga tanah melibatkan kerajaan negeri dan seorang ahli perniagaan Sarawak dalam laman Facebook adalah cubaan teruk pembangkang untuk mencemarkan nama baik Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dakwaan di laman Facebook dipenuhi dengan fakta rekaan. Semakan dengan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menunjukkan semua permohonan tanah telah diproses mengikut prosedur dan undang-undang sedia ada.

Malah, katanya, tiada hak milik tanah dikeluarkan untuk empat permohonan tanah yang disebut dalam laman Facebook itu.

“Laman Facebook itu juga mendakwa ahli perniagaan terbabit dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Hajiji jadi mesti ada sesuatu yang mencurigakan, tetapi ahli perniagaan itu juga dilihat rapat dengan bekas Ketua Menteri Warisan, Datuk Shafie Apdal sebelum ini.

“Ada yang tidak kena dengan mentaliti sebegini. Memandangkan pembangkang tidak dapat menyentuh mengenai kejayaan kerajaan negeri menarik pelabur berimpak tinggi ke Sabah. Jadi, mereka menggunakan taktik kotor dan jijik untuk merosakkan imej Ketua Menteri,” kata Nizam dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Nizam, laporan polis akan dibuat terhadap laman Facebook tersebut.

“Laporan polis akan dibuat terhadap laman Facebook tersebut supaya siasatan dapat dilakukan untuk membawa pihak yang bertanggungjawab menyebarkan pembohongan ke muka pengadilan,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/09/dakwaan-salah-guna-kuasa-cubaan-teruk-pembangkang-cemar-nama-baik-ketua-menteri/feed/ 0 43378
Ketua Menteri terima kunjungan hormat SLS https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/ https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/#respond Fri, 29 Sep 2023 10:27:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42748
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Rombongan SLS diketuai presidennya Roger Chin untuk memberi maklumat terkini tentang inisiatif Persatuan dan cadangan perkongsian dengan Kerajaan Negeri mengenai pembaharuan undang-undang negeri.

Roger memberi taklimat kepada Hajiji, antara lain, mengenai perkhidmatan Bantuan Guaman SLS, yang mana ahlinya memberi sumbangan secara sukarela kepada masyarakat di Sabah.

Beliau juga bercakap mengenai sokongan SLS kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Borneo dan Pengantaraan (BICAM) dan Persidangan Undang-undang Komanwel akan datang yang mana
SLS merancang untuk mengadakan.

Roger turut berkongsi bahawa SLS membantu pasukan undang-undang negara dalam memerangi anugerah timbang tara kepada waris Kesultanan Sulu.

Roger berkata, SLS mempunyai rancangan untuk melawat beberapa negara dan menawarkan perkhidmatan undang-undang dengan menyokong Kerajaan Negeri menarik pelabur asing ke Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/29/ketua-menteri-terima-kunjungan-hormat-sls/feed/ 0 42748