Ketua pembangkang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 Dec 2022 08:24:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ketua pembangkang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hamzah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat https://sabahmedia.com/2022/12/10/hamzah-dilantik-sebagai-ketua-pembangkang-di-dewan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2022/12/10/hamzah-dilantik-sebagai-ketua-pembangkang-di-dewan-rakyat/#respond Sat, 10 Dec 2022 08:23:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26074
Read Time:38 Second

BERNAMA

KOTA BHARU: Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diputuskan dalam sebuah mesyuarat beberapa hari lepas.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah sebagai ketua pembangkang telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

“Jawatankuasa juga melantik Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang,” katanya ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini.

Selain itu, Takiyuddin berkata, jawatankuasa itu juga bersetuju melantik beliau sebagai ketua whip PN. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/10/hamzah-dilantik-sebagai-ketua-pembangkang-di-dewan-rakyat/feed/ 0 26074