Ketua polis tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Jun 2026 02:54:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Ketua polis tawau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Polis Daerah Tawau meninggal dunia https://sabahmedia.com/2026/06/17/ketua-polis-daerah-tawau-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2026/06/17/ketua-polis-daerah-tawau-meninggal-dunia/#respond Wed, 17 Jun 2026 02:53:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98349
Read Time:39 Second

TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, 53, dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.04 pagi di Hospital Tawau, hari ini.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi hantaran rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang turut menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan pegawai kanan polis berkenaan.

Dalam hantaran tersebut, warga IPD Tawau dan masyarakat umum diajak bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Tawau dan dikenali atas komitmen serta dedikasinya dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya kontinjen Sabah dan warga IPD Tawau.

Al-Fatihah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/17/ketua-polis-daerah-tawau-meninggal-dunia/feed/ 0 98349