Keuntungan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Dec 2021 09:26:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keuntungan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Prestasi Cemerlang Sawit Kinabalu, Catat Keuntungan Sebelum Cukai Tertinggi Tahun 2021 https://sabahmedia.com/2021/12/13/prestasi-cemerlang-sawit-kinabalu-catat-keuntungan-sebelum-cukai-tertinggi-tahun-2021/ https://sabahmedia.com/2021/12/13/prestasi-cemerlang-sawit-kinabalu-catat-keuntungan-sebelum-cukai-tertinggi-tahun-2021/#respond Mon, 13 Dec 2021 09:26:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9829
Read Time:3 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memuji prestasi cemerlang Kumpulan Sawit Kinabalu apabila berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarah iaitu lebih RM320 juta pada tahun ini, berbanding unjuran sebanyak RM131 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata, pencapaian cemerlang Sawit Kinabalu itu amat membanggakan khususnya ketika penularan pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan banyak sektor ekonomi di seluruh negara.

“Kerajaan negeri turut berbangga dengan pencapaian cemerlang Sawit Kinabalu yang kini berusia 25 tahun dan sentiasa menunjukkan prestasi yang terbaik. Kumpulan Sawit Kinabalu bukan saja ini telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor perniagaan malahan dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

“Syarikat ini telah menyantuni segenap lapisan masyarakat di hampir seluruh Sabah melalui pelbagai saluran bantuan terutamanya dari segi bantuan kewangan.

“Saya berharap agar Sawit Kinabalu akan terus mencapai prestasi cemerlang dalam perniagaan dan juga meneruskan aktiviti CSR mereka terutama ketika penularan pandemik COVID-19, yang mana ramai rakyat terjejas sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Kumpulan Sawit Kinabalu di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Isnin.

Hajiji berkata usaha Kumpulan Sawit Kinabalu yang sudah mula melebarkan sayapnya dalam mempelbagaikan kegiatan perniagaan seperti pembangunan hartanah, penternakan lembu, pedaging dan burung walit adalah satu inisiatif yang amat baik.

“Tindakan ini juga bagi memastikan Kumpulan Sawit Kinabalu terus relevan sebagai sebuah jentera pelaburan kerajaan negeri. Inisiatif ini juiga sejajar dengan agenda pembangunan Hala ju kerajaan negeri.

“Saya juga dimaklumkan walapun berdepan cabaran pandemik, tetapi ini telah membuka peluang ekonomi yang amat cerah dengan harga pasaran minyak sawit mentah (CPO) yang telah mencecah paras harga tertinggi iaitu lebih RM5,000 satu tan pada tahun ini merupakan satu sejarah dalam buku industri sawit,” katanya

Sementara itu, komitmen Kumpulan Sawit Kinabalu dalam memperluaskan kegiatan perniagaannya turut menyaksikan Kumpulan Sawit Kinabalu akan menandatangan tiga (3) Memorandum Persefahaman dalam bekerjasama dengan tiga (3) organisasi yang berlatar belakangkan Pendidikan dan Pengeluaran Gula dari tandan kosong buah sawit.

Sehubungan itu Hajiji berkata kerajaan negeri amat mengalu-alukan semua pemain-pemain industri tidak kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau sektor swasta agar terus berani dan berusaha sehabis baik untuk mengambil peluang memperkembangkan perniagaan masing-masing terutamanya dengan sumber yang sedia ada di Sabah.

Ini secara langsung dapat membantu dan menyokong usaha kerajaan negeri ke arah merealisasikan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, berkata beliau bersama Ahli Lembaga Pengarah bersetuju secara prinsip untuk pertama kalinya membuat pembayaran awal bonus kepada semua warga Kumpulan Sawit Kinabalu pada bulan ini.

“Bonus awal ini adalah sebagai hadiah untuk prestasi cemerlang pada tahun ini. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua warga Sawit Kinabalu untuk meningkatkan lagi kecemerlangan mereka untuk tahun-tahun seterusnya.

“Saya juga merakamkan syabas kepada seluruh warga Kumpulan Sawit Kinabalu di atas segala usaha murni yang telah membawa kejayaan kepada Sawit Kinabalu sehingga kini,” katanya.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut menerima Anugerah Felo Kehormat International Institute of Plantation Management (IIPM) di atas sumbangan besarnya yang juga selaku Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dalam memastikanbpembangunan industri peladangan khususnya kelapa sawit secara mampan di negeri Sabah Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi IIPM, Datuk Daud Amatzin. Felo Kehormat yang dianugerahkan oleh IIPM itu, antara penerima sebelum ini ialah Tan Sri Bernard Dompok, bekas Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pada tahun 2012.

Terdahulu, Ketua Menteri turut menyaksikan tiga majlis menandatangani Memorandum Persefahamam (MoU) iaitu pertama antara Sawit Kinabalu Encotech (Subsidiary Company) dan All Cosmos Industries Sdn Bhd; Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Mara (UiTM); dan Sawit Kinabalu Sdn Bhd dengan IIPM Sabah Regional Chapter.

Pada MoU itu, Sawit Kinabalu diwakili oleh Bacho manakala UiTM diwakili Rektor UiTM Kota Kinabalu, Prof. Madya Dr. Abdul Kadir Rosline manakala IIPM oleh Daud dan All Cosmos diwakili Pengarahnya, Dato’ Tony Peng Shih Hao.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/13/prestasi-cemerlang-sawit-kinabalu-catat-keuntungan-sebelum-cukai-tertinggi-tahun-2021/feed/ 0 9829
Memelihara hutan lebih banyak keuntungan dari memusnahkannya – Jeffrey Kitingan https://sabahmedia.com/2021/07/21/memelihara-hutan-lebih-banyak-keuntungan-dari-memusnahkannya-jeffrey-kitingan/ https://sabahmedia.com/2021/07/21/memelihara-hutan-lebih-banyak-keuntungan-dari-memusnahkannya-jeffrey-kitingan/#respond Wed, 21 Jul 2021 05:49:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3386
Read Time:1 Minute, 10 Second

TAMBUNAN: “Memelihara hutan lebih banyak keuntungan daripada memusnahkannya kerana ia memberi manfaat kepada kehidupan manusia dan haiwan yang hidup di dalamnya”.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan mengenai isu bencana alam yang berlaku di negeri ini, kerajaan negeri mempunyai peranan penting mengubah dan mencari jalan agar ada perubahan pada dasar kerajaan.

Katanya, hampir 13 hingga 14 peratus kerosakan yang berlaku akibat daripada bencana alam disebabkan oleh perubahan alam semula jadi termasuklah juga akibat daripada kesan pembalakan dan sebagainya.

“Bencana alam kita tidak boleh diramal dan tidak diketahui bila ianya berlaku. Begitu juga sungai tidak boleh diluruskan kalau memang bengkok kerana itulah aliran semula jadinya,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan dua ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha kepada Masjid Daerah di sini, semalam.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, sudah tiba masanya kerajaan perlu melakukan perubahan.

“Antara perubahan itu ialah pemuliharaan alam semula jadi dengan mengurangkan pembalakan. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud Sabah akan kehilangan sumber kewangan kerana pengurangan pembalakan.

“Namun dengan mengubah dasar untuk mengurangkan pembalakan dan berubah kepada dasar pemuliharaan hutan, kerajaan akan mendapat hasil yang lebih tinggi berbanding dengan pembalakan.

“Ini bukan bermakna pembalakan tidak boleh dilakukan sama sekali kerana ada kawasan-kawasan yang boleh dibalak seperti kawasan hutan yang telah ditanam semula dan tujuannya mempastikan idnsutri kayu-kayan tetap berjalan,” katanya

“Melalui dasar pemuliharaan alam semula jadi, bencana banjir dapat diatasi,” tambahnya.
 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/21/memelihara-hutan-lebih-banyak-keuntungan-dari-memusnahkannya-jeffrey-kitingan/feed/ 0 3386