Keusahawanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 24 Nov 2024 08:31:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Keusahawanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia https://sabahmedia.com/2024/11/24/adun-kiulu-wujud-tabung-keusahawanan-kepimpinan-belia/ https://sabahmedia.com/2024/11/24/adun-kiulu-wujud-tabung-keusahawanan-kepimpinan-belia/#respond Sun, 24 Nov 2024 08:31:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64337
Read Time:2 Minute, 6 Second

KIULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, memperkenalkan Tabung Keusahawanan dan Kepimpinan Belia dalam usaha memperkasakan golongan belia dan memacu pembangunan mampan di daerah kecil Kiulu.

Pengumuman inisiatif ini dibuat semasa Program Belia dan Pelancongan serta Pelancaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) peringkat daerah kecil Kiulu di Kampung Malangang Lama di sini, pada Ahad yang disertai lebih 100 belia dan beliawanis dari seluruh Kiulu.

Joniston berkata, tabung ini dengan dana permulaan RM50,000 bertujuan menyokong belia dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memanfaatkan komuniti setempat serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di daerah kecil ini.

“Golongan belia adalah tunjang utama kepada pembangunan mampan. Dengan semangat dan kreativiti mereka, belia boleh menjadi pemimpin kepada pelbagai inisiatif komuniti, termasuk inovasi dalam pelancongan, ekonomi, dan pemuliharaan alam sekitar,” ujar beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa tabung ini akan diuruskan oleh individu-individu dari golongan profesional bagi memastikan pengurusan yang cekap, telus, dan bertanggungjawab.

Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebuadayaan, dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, berkata inisiatif ini merupakan komitmen bagi memastikan pembangunan belia berjalan seiring dengan usaha mencapai matlamat SDGs.

Sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti, Kiulu menjadi salah satu model pembangunan luar bandar mampan di Sabah.

Joniston berkata pelancongan komuniti menepati sasaran SDGs iaitu mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan sosial ekonomi melalui penjanaan pendapatan, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar, dan meningkatkan kerjasama dan persefahaman sekaligus mewujudkan toleransi komuniti.

“Pembangunan ekonomi di Kiulu mesti seimbang dengan kelestarian alam sekitar dan identiti budaya setempat, dan saya percaya bahawa tabung ini mampu menjadi pemangkin transformasi belia untuk mencipta impak positif kepada komuniti,” tegasnya.

Beliau turut menggariskan peranan penting Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah dalam menyokong pemerkasaan komuniti luar bandar.

“Dengan penglibatan semua pihak, Kiulu berpotensi menjadi contoh terbaik pembangunan mampan yang mengintegrasikan komuniti, ekonomi, dan alam sekitar,” tambah Joniston.

Joniston juga berkongsi perancangan strategik beliau mencapai objektif halatuju Sabah Maju Jaya yang memfokuskan kepada memajukan sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan.

“Kiulu sudah sedikit sebanyak telah mencapai objektif memajukan pelancongan dan fokus kita seterusnya ialah menjadikan Kiulu sebagai hub hasil pertanian.

“Mudah-mudahan dalam masa terdekat kita dapat mendirikan kilang memproses hasil pertanian yang kesemuanya menjurus kepada pemerkasaan ekonomi.

“Saya akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan tahunan ADUN untuk membina dan menambah baik jalan-jalan pertanian di kawasan Kiulu,” kata Joniston.

Menurut Presiden Persatuan Pelancongan Kiulu Meijin Maggingow daerah Kecil Kiulu kini mempunyai lebih daripada 80 pengusaha pelancongan yang berjaya mewujudkan 400 peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jeffrey Jimit turut hadir dalam program itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/24/adun-kiulu-wujud-tabung-keusahawanan-kepimpinan-belia/feed/ 0 64337
Usahawan wanita perlu tingkatkan pengetahuan dalam bidang keusahawanan https://sabahmedia.com/2023/06/17/usahawan-wanita-perlu-tingkatkan-pengetahuan-dalam-bidang-keusahawanan/ https://sabahmedia.com/2023/06/17/usahawan-wanita-perlu-tingkatkan-pengetahuan-dalam-bidang-keusahawanan/#respond Sat, 17 Jun 2023 10:33:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36553
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Usahawan wanita perlu meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, pentadbiran perniagaan dan pemasaran bagi membantu menentukan hala tuju perniagaan mereka.

Justeru, Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, percaya pelaksanaan Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) dapat meningkatkan ilmu keusahawanan peserta, bukan saja dalam aspek menambah pendapatan malah
mempromosikan produk yang telah dihasilkan.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag (kanan) ketika melawat gerai pameran sempena Majlis Perasmian Program Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS) KEMAS Negeri Sabah 2023, di Suria Sabah pada Sabtu. – Foto ihsan JKM

“Program pada hari ini amat bermakna khususnya kepada usahawan wanita. Saya berharap program ini akan memberi peluang kepada usahawan wanita berkongsi pengalaman dan pandangan antara satu sama lain bagi memajukan perniagaan masing-masing.

“Bidang keusahawanan juga memerlukan komitmen yang tinggi, justeru saya menggesa agar usahawan wanita memanfaatkan teknologi terkini untuk memajukan lagi bidang keusahawanan yang diceburi.

“Sekiranya teknologi terkini dikuasai sepenuhnya, ia bukan sahaja menjimatkan masa, tenaga dan wang bahkan berupaya melipatgandakan keuntungan dan mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Program WINS dari Desa ke Global peringkat negeri Sabah Tahun 2023 di Suria Shopping Mall, di sini pada Sabtu.

Katanya, bagi memastikan usahawan wanita terus kekal bersaing pada masa hadapan, mereka harus menambah nilai produk yang dihasilkan.

“Saya berharap menerusi Program WINS ini, ia akan membantu golongan wanita untuk terus bersaing sebagai usahawan, bukan saja di negeri ini malah hingga ke peringkat gobal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/17/usahawan-wanita-perlu-tingkatkan-pengetahuan-dalam-bidang-keusahawanan/feed/ 0 36553
Kerajaan Negeri Menaja OKU Penglihatan Sertai Program Keusahawanan Dalam Kemahiran Urut Terapi https://sabahmedia.com/2022/03/30/kerajaan-negeri-menaja-oku-penglihatan-sertai-program-keusahawanan-dalam-kemahiran-urut-terapi/ https://sabahmedia.com/2022/03/30/kerajaan-negeri-menaja-oku-penglihatan-sertai-program-keusahawanan-dalam-kemahiran-urut-terapi/#respond Wed, 30 Mar 2022 07:59:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13667
Read Time:2 Minute, 43 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menaja sejumlah RM12,962 kepada 29 Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya OKU penglihatan di negeri ini untuk menyertai program keusahawanan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Urut Terapi Tahap 3 anjuran Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan (PERKUM) Malaysia, di sini, hari ini.

Penasihat PERKUM Malaysia, Datuk Seri Hisham Wahab berkata, program ini adalah bertujuan merealisasikan impian semua peserta agar sijil kemahiran tahap 3 ini digunapakai sebagai panduan untuk diiktiraf sebagai peserta yang berkemahiran.

Penasihat PERKUM Malaysia, Datuk Seri Hisham Wahab.

“Saya berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sangat prihatin dan menyokong dalam melaksanakan program yang bermula hari ini.

“Ini adalah julung kali program ini diadakan di Sabah bertujuan untuk membimbing golongan OKU menjadi usahawan yang berjaya dan sama taraf dengan OKU di Semenanjung yang tidak ketinggalan walau sedikitpun.

“Saya berharap OKU di Sabah, apa yang paling penting sentiasa mendapat sokongan dan dorongan dari Kerajaan Negeri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Urut Terapi di Pusat Urut Tradisional (Cacat Penglihatan) di Plaza Kingfisher, Likas hari ini.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat, (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah Azrul Ibrahim mewakili Ketua Menteri menyerahkan sumbangan kepada PERKUM yang diwakili oleh Penasihat PERKUM Datuk Seri Hisham Wahab di Menara Kinabalu hari ini.

Sementara itu, Presiden PERKUM Malaysia Mohammad Faiz Asangku Abdullah, 47, berkata, beliau sebagai anak jati Sabah ingin menabur bakti dan berjasa kepada golongan OKU penglihatan di negeri ini dengan cara melaksanakan satu program keusahawanan untuk mereka.

Presiden PERKUM Malaysia, Mohammad Faiz Asangku Abdullah.

“Sekiranya ada kursus-kursus atau latihan yang diadakan di Semenanjung mereka terpaksa berfikir 10 kali untuk pergi ke sana di atas kekangan kos, jadi mengambil iktibar dari kepayahan dan kesusahan rakan-rakan di negeri ini, PERKUM mengambil keputusan untuk membuka satu pusat, di mana pusat ini digunakan untuk bimbingan dan latihan kepada peserta-peserta juru urut yang berada di Sabah.

“Bagaimanapun bukan sahaja kemahiran dalam bidang urut, PERKUM juga mengambil inisiatif jika ada usahawan-usahawan ingin membuka kedai runcit, mini market atau apa sahaja pekerjaan yang dibangunkan oleh OKU penglihatan itu sendiri, jikalau ingin mendapat bantuan atau surat sokongan, pertubuhan sanggup bersama-sama untuk projek-projek yang anda lakukan,” kata Faiz.

Faiz yang juga seorang OKU penglihatan berkata, golongan seperti mereka adalah terhad dalam memilih pekerjaan jadi inisiatif seperti ini adalah sangat baik untuk menonjolkan golongan ini ke arah menjadikan golongan OKU berkualiti dan berdayasaing di luar sana.

“Harapan saya khususnya kepada Kerajaan Negeri agar memberikan ruang atau tempat untuk OKU penglihatan menyewa di kompleks-kompleks milik kerajaan untuk mereka menjalankan perniagaan mereka,”katanya.

Hisham menerima borang penyertaan dari salah seorang peserta.
Hisham dan Ustaz Zaki mendapatkan khidmat urutan kaki.
Hisham menerima borang penyertaan dari salah seorang peserta.
Peerta Sarail Akil.

Beliau juga menyarankan kepada kerajaan agar menempatkan seniman-seniman jalanan (buskers) OKU penglihatan di kawasan yang strategik, di mana tumpuan orang ramai dan pelancong untuk mereka membuat persembahan oleh kerana mereka (OKU penglihatan) terpaksa bersaing dengan buskers yang celik (tidak buta).

Dalam pada itu, salah seorang peserta, Sarail Akil, 45, dari Tuaran turut berterima kasih kepada PERKUM dan kerajaan negeri kerana memberi peluang kepada mereka (OKU penglihatan) menyertai bengkel SKM tahap 3 itu dan kali ini diadakan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/30/kerajaan-negeri-menaja-oku-penglihatan-sertai-program-keusahawanan-dalam-kemahiran-urut-terapi/feed/ 0 13667