kewangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 31 Jul 2025 06:09:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kewangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Orang Ramai Diingatkan Waspada Penipuan Pendaftaran Inisiatif SARA – MOF https://sabahmedia.com/2025/07/31/orang-ramai-diingatkan-waspada-penipuan-pendaftaran-inisiatif-sara-mof/ https://sabahmedia.com/2025/07/31/orang-ramai-diingatkan-waspada-penipuan-pendaftaran-inisiatif-sara-mof/#respond Thu, 31 Jul 2025 06:09:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78279
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kuala Lumpur — Kementerian Kewangan mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan atau ‘scam’ yang mendakwa kononnya terdapat keperluan untuk mendaftar bagi menerima inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan oleh Kerajaan Madani.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, tiada sebarang pendaftaran atau permohonan diperlukan kerana kelayakan inisiatif berkenaan ditentukan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi semua warganegara dewasa pemegang MyKad.

“Kerajaan akan menyalurkan RM100 secara sekali gus (one-off) kepada setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (lahir pada 2007 dan ke bawah). Pengkreditan akan dibuat terus ke dalam sistem MyKad,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, langkah itu dijangka memberi manfaat kepada 22 juta rakyat Malaysia dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM2 bilion.

Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berhubung proses kelayakan untuk menerima bantuan di bawah inisiatif tersebut.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Amir Hamzah memaklumkan bahawa kerajaan menggalakkan lebih ramai peniaga kecil mendaftar di bawah Yayasan MyKasih untuk menjual barangan keperluan yang diluluskan di bawah inisiatif SARA.

“Setakat 29 Julai, sebanyak 4,500 premis runcit berdaftar menawarkan lebih 90,000 barangan keperluan harian merangkumi 14 kategori seperti makanan asas, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan produk kebersihan diri dan rumah,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga menyediakan pelbagai skim sokongan lain untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi merancakkan lagi sektor peruncitan tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/31/orang-ramai-diingatkan-waspada-penipuan-pendaftaran-inisiatif-sara-mof/feed/ 0 78279
Pertumbuhan 4.4%, Inflasi Terkawal: Malaysia Tunjuk Prestasi Ekonomi Teguh https://sabahmedia.com/2025/05/26/pertumbuhan-4-4-inflasi-terkawal-malaysia-tunjuk-prestasi-ekonomi-teguh/ https://sabahmedia.com/2025/05/26/pertumbuhan-4-4-inflasi-terkawal-malaysia-tunjuk-prestasi-ekonomi-teguh/#respond Mon, 26 May 2025 02:07:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74524
Read Time:3 Minute, 58 Second

oleh – Wan Azrain Adnan

Agenda Ekonomi MADANI terus mencatat kejayaan signifikan, terutamanya dalam pengukuhan kedudukan fiskal negara. Laporan Ekonomi Malaysia bagi Suku Pertama 2025 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai prestasi ekonomi semasa.

Laporan tersebut menonjolkan penurunan defisit fiskal sebanyak 17% kepada RM21.9 bilion, berbanding RM26.4 bilion pada suku yang sama tahun lalu.

Ini hasil daripada peningkatan kutipan hasil sebanyak 3% kepada RM72.1 bilion – dipacu oleh cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta cukai pendapatan individu – serta penurunan perbelanjaan sebanyak 2.5% kepada RM92.4 bilion, sejajar dengan pelaksanaan subsidi bersasar dan keberkesanan operasi kerajaan.

Pertumbuhan KDNK

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 4.4%, meningkat sedikit berbanding 4.2% pada Suku Pertama 2024. Pertumbuhan ini disumbangkan oleh aktiviti ekonomi yang stabil dari kedua-dua sisi permintaan dan penawaran.

Dari sudut permintaan, perbelanjaan swasta kekal kukuh – terutamanya dalam sektor pengangkutan, restoran & hotel serta makanan & minuman bukan alkohol. Di sisi penawaran pula, semua sektor mencatat peningkatan kecuali sektor Perlombongan & Pengkuarian.

PerkaraPenggunaan SwastaPelaburan SwastaPenggunaan AwamPelaburan Awam
S1 20255%9.2%4.3%11.6%
S1 20244.7%9.2%7.3%11.5%

Manakala, bagi supply-side, semua sektor ekonomi telah merekodkan peningkatan kecuali Perlombongan & Pengkuarian.
 
SektorPerkhidmatanPembuatanPertanianPembinaanPerlombongan & Pengkuarian
S1 20255%4.1%0.6%14.2%– 2.7%
S1 20244.8%2.1%1.9%11.9%4.3%

Pertumbuhan besar sektor Pembinaan di sumbang oleh pertumbuhan subsektor Bangunan Kediaman (16.6%), dan subsektor Bangunan Bukan Kediaman (21.4%) yang di dorong oleh pembinaan pesat Pusat Data di Johor dan kilang di beberapa negeri. 

Inflasi & Kadar Faedah Kekal Terkawal

Kadar inflasi Malaysia kekal rendah pada 1.5%, menurun dari 1.7% pada tempoh sama tahun lalu dan jauh lebih rendah berbanding 3.6% dua tahun sebelumnya. Trend ini memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3% bagi kali ke-12 berturut-turut sejak Mei 2023.

Kadar pengangguran juga dilihat menurun kepada 3.1%, menandakan penggunaan penuh tenaga kerja (full employment), dengan penciptaan lebih 140,000 pekerjaan baru.

Sektor perkhidmatan dan pembuatan, yang menyumbang lebih 80% tenaga kerja, mencatat peningkatan gaji sebanyak 4.1% dan 1.8% masing-masing – lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa.

Subsidi Rasional, Bantuan Bersasar

Penjimatan fiskal membolehkan kerajaan memperluaskan program bantuan tunai bersasar. Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas daripada 700,000 kepada 5.4 juta penerima, dengan peruntukan STR dan SARA mencecah RM13 bilion untuk 2025. Bantuan bulanan antara RM50 hingga RM200 diagihkan selama 9 hingga 12 bulan.

Langkah rasionalisasi subsidi seperti pengurangan dan pemansuhan subsidi telur ayam dijangka menjimatkan kerajaan berbilion ringgit – dengan perbelanjaan subsidi telur sebelum ini mencecah RM2.5 bilion dalam 35 bulan.

Dengan rasionalisasi subsidi telur ayam ini, Kerajaan Malaysia akan dapat menjimatkan berbilion Ringgit. Dalam tempoh masa 35 bulan (Februari 2022 – Disember 2024), perbelanjaaan subsidi telur ayam mencecah hampir RM 2.5 bilion, iaitu sekitar RM 70 juta sebulan.

Seterusnya, penjimatan besar ini boleh di salurkan kepada program-program untuk membina kesejahteraan hidup rakyat di seluruh negara.

Cabaran Global, Respons Proaktif
Walaupun ekonomi negara telah merekodkan pencapaian yang memberangsangkan, negara mesti bersedia mendepani cabaran ekonomi dan geo-politik global yang bergolak susulan ‘perang tarif’ yang di umumkan oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pada awal bulan April 2025, Amerika Syarikat telah mengenakan Kadar Tarif yang lebih tinggi ke atas import barangan dari negara-negara seluruh dunia.

Malaysia telah di kenakan Kadar Tarif Asas (10%) dan Kadar Tarif Timbal Balik/ Reciprocal Tariff (24%), yang di jangka akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Tatkala rundingan bersama Amerika Syarikat di jalankan bagi mencari penyelesaian win-win, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan impak negatif kepada negara.  

Pada 5 Mei 2025, semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa inisiatif bagi melonjakkan penjanaan aktiviti ekonomi domestik menerusi pembiayaan perniagaan dan projek pembangunan .

Antaranya: peningkatan jaminan kerajaan sebanyak RM 1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP); penambahan Dana Pembiayaan Mudah sebanyak RM 500 juta; percepat pelaksanaan projek yang di luluskan terutamanya berkaitan tebatan banjir, pembinaan klinik, penambah-baikan sekolah daif.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun/ Statutory Reserve Requirement (SRR) ke atas bank-bank di turunkan dari 2% kepada 1% bermula 16 Mei 2025.

Penurunan ini, yang di jangka akan menambah mudah tunai sebanyak RM 19 bilion ke dalam sistem perbankan negara, membolehkan bank-bank menjana pertumbuhan ekonomi negara menerusi pelaburan dan pembiayaan pinjaman.

Agenda Ekonomi MADANI untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara telah menghasilkan kejayaan awal. Usaha berterusan sedang di laksanakan ketika ekonomi negara mendepani cabaran besar yang memerlukan ketabahan dan kesabaran. Serta keberanian untuk mengambil keputusan yang sukar tetapi dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara untuk jangka masa panjang.  

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/26/pertumbuhan-4-4-inflasi-terkawal-malaysia-tunjuk-prestasi-ekonomi-teguh/feed/ 0 74524
Prestasi Kewangan Kerajaan Persekutuan Lebih Baik Pada 2023, Catat Lebihan Hasil Dan Penurunan Defisit – Laporan Audit https://sabahmedia.com/2024/10/14/prestasi-kewangan-kerajaan-persekutuan-lebih-baik-pada-2023-catat-lebihan-hasil-dan-penurunan-defisit-laporan-audit/ https://sabahmedia.com/2024/10/14/prestasi-kewangan-kerajaan-persekutuan-lebih-baik-pada-2023-catat-lebihan-hasil-dan-penurunan-defisit-laporan-audit/#respond Mon, 14 Oct 2024 04:28:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62178
Read Time:2 Minute, 4 Second

BERNAMA

Kerajaan Persekutuan mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2023 berbanding 2022 dengan peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion.

Ini menjadikan nisbah defisit negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun kepada 5.0 peratus pada 2023 berbanding 5.5 peratus pada tahun 2022, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2023 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023 yang di bentangkan dalam Dewan Rakyat hari ini.

“Baki defisit Kumpulan Wang Pembangunan sejumlah RM10.217 bilion menunjukkan penurunan sejumlah RM1.734 bilion (14.5 peratus) berbanding RM11.951 bilion pada tahun 2022.

“Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian terhadap trend peningkatan liabiliti persekutuan yang terdiri daripada hutang persekutuan dan liabiliti kewangan yang meningkat sejumlah RM92.038 bilion (6.6 peratus) kepada RM1.492 trilion berbanding RM1.400 trilion pada tahun 2022,” kata laporan itu.

Selain itu, laporan Ketua Audit Negara itu turut mendedahkan komitmen jaminan kerajaan Persekutuan terhadap 13 syarikat telah meningkat sejumlah 1.5 peratus tahun-ke-tahun kepada RM3.288 bilion pada tahun 2023 berbanding RM224.116 bilion pada tahun 2022. 

Dalam pada itu, dividen yang diterima oleh kerajaan Persekutuan telah menunjukkan penurunan ketara sejumlah RM9.756 bilion (17.5 peratus) berbanding sejumlah RM55.815 bilion pada tahun sebelumnya.

Berhubung pengurusan liabiliti Persekutuan, laporan tersebut menunjukkan trend peningkatan dengan nisbah liabiliti Persekutuan kepada KDNK meningkat kepada 81.8 peratus berbanding 78.0 peratus pada tahun 2022.

Nisbah hutang Persekutuan kepada KDNK pada tahun 2023 pada kedudukan 64.3 peratus juga meningkat berbanding 60.2 peratus pada tahun 2022.

Manakala, nisbah statutori hutang kepada KDNK adalah 62.1 peratus pada tahun 2023 berbanding 57.5 peratus pada tahun 2022, menurut laporan itu.

“Jabatan Audit Negara (JAN) mengambil maklum inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan bagi memastikan pengurusan hutang Persekutuan yang berhemat, terutamanya menerusi pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober 2023.

“Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil langkah rasionalisasi dan konsolidasi defisit secara berperingkat dengan unjuran defisit fiskal kepada 4.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2024,” katanya.

Bagi menambah baik prestasi kewangan kerajaan Persekutuan, Ketua Audit Negara mengesyorkan beberapa perkara untuk diambil perhatian.

Ini termasuk kerajaan Persekutuan disarankan untuk meneruskan usaha meningkatkan hasil pendapatan melalui pelbagai sumber, meningkatkan tadbir urus dalam pengurusan perbelanjaan awam supaya kedudukan kewangan berada dalam keadaan lebih kukuh.

Kerajaan Persekutuan juga perlu memastikan pengurusan hutang awam yang berhemat bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman baharu, menurut laporan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/14/prestasi-kewangan-kerajaan-persekutuan-lebih-baik-pada-2023-catat-lebihan-hasil-dan-penurunan-defisit-laporan-audit/feed/ 0 62178
FSA Labuan berdepan ‘insiden’ keselamatan siber https://sabahmedia.com/2023/05/18/fsa-labuan-berdepan-insiden-keselamatan-siber/ https://sabahmedia.com/2023/05/18/fsa-labuan-berdepan-insiden-keselamatan-siber/#respond Thu, 18 May 2023 04:00:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34626
Read Time:43 Second

CYBERJAYA : Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) Labuan mengesahkan ia menghadapi “insiden” keselamatan siber Khamis lalu yang menjejaskan sistem dalam taliannya.

Katanya, ia mengambil langkah segera untuk melindungi sistemnya daripada akses tidak dibenarkan, manakala pihak berkuasa berkaitan dimaklumkan segera berhubung insiden itu.

Badan berkanun bawah Kementerian Kewangan itu turut melantik firma keselamatan siber global, Mandiant untuk bekerjasama dengan pasukan IT dan vendor aplikasinya bagi menjalankan siasatan menyeluruh ke atas insiden itu.

“Buat masa ini, FSA Labuan sedang berusaha mengenal pasti kesan penuh insiden itu ke atas sistem kami,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, katanya, ia akan menggantung sementara sistem operasi tertentu bagi mengelakkan risiko lanjut sambil mengekalkan operasi untuk menyokong pelanggan dengan gangguan minimum.

“Penyelesaian insiden itu akan mengambil masa dan FSA Labuan memohon maaf atas gangguan terhadap perkhidmatan mereka.

“FSA Labuan akan memberikan butiran tambahan memandangkan mereka mempunyai lebih banyak maklumat untuk dikongsi.”

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/18/fsa-labuan-berdepan-insiden-keselamatan-siber/feed/ 0 34626