Kg Bahagia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Apr 2026 12:48:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kg Bahagia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah Electricity hulur sumbangan mangsa kebakaran Kg Bahagia, Sandakan https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/#respond Wed, 29 Apr 2026 12:48:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95819
Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti yang terlibat.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Sabarudin Akibe, Head Distribution (Operation & Maintenance) Zon Timur kepada wakil mangsa dalam satu program ringkas yang diadakan di Pusat Penempatan Sementara pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah diagihkan ke empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) iaitu PPS Batu Sapi, PPS SMK Batu Sapi, PPS SK Bahagia dan PPS Dewan Serbaguna Warga Tua bagi menyokong keperluan kebajikan mangsa yang terjejas, khususnya dalam menghadapi cabaran pasca bencana.

Menurut beliau, Sabah Electricity sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu dan menyantuni komuniti yang memerlukan.

“Sabah Electricity amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terlibat dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam meneruskan kehidupan seharian serta proses pemulihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 127 bakul makanan telah disampaikan bagi membantu 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas, sebagai usaha meringankan beban dan memastikan keperluan asas mereka terus terbela.

Selain bantuan segera, Sabah Electricity turut bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan bekalan elektrik di kawasan terjejas sentiasa terpelihara, termasuk pemeriksaan dan pemulihan infrastruktur yang terlibat.

Sabah Electricity akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa selamat, stabil dan boleh dipercayai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/sabah-electricity-hulur-sumbangan-mangsa-kebakaran-kg-bahagia-sandakan/feed/ 0 95819
200 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kg Bahagia https://sabahmedia.com/2026/04/19/200-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-bahagia/ https://sabahmedia.com/2026/04/19/200-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-bahagia/#respond Sun, 19 Apr 2026 02:22:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95138
Read Time:52 Second

SANDAKAN: Kira-kira 200 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian.

Katanya, setibanya pasukan ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan penempatan rumah atas air jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.

“Operasi pemadaman berdepan beberapa cabaran termasuk laluan sempit yang menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, katanya keadaan air laut yang surut menyukarkan pasukan mendapatkan sumber air terbuka, manakala faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat mempercepatkan api merebak.

“Operasi pemadaman itu memperolehi sumber air daripada water tanker dan pili bertekanan milik kilang IOl,” katanya.

Operasi membabitkan seramai 35 anggota iaitu 30 dari BBP Sandakan dan lima dari BBP Kinabatangan, dengan bantuan agensi lain termasuk Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/19/200-rumah-atas-air-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-bahagia/feed/ 0 95138