Kg Kuala Abai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Jul 2024 02:23:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kg Kuala Abai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 18 pelajar mangsa kebakaran Kg Kuala Abai terima bantuan TPNS https://sabahmedia.com/2024/07/17/18-pelajar-mangsa-kebakaran-kg-kuala-abai-terima-bantuan-tpns/ https://sabahmedia.com/2024/07/17/18-pelajar-mangsa-kebakaran-kg-kuala-abai-terima-bantuan-tpns/#respond Wed, 17 Jul 2024 02:17:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57647
Read Time:2 Minute, 26 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA BELUD: Seramai 18 pelajar mangsa yang terlibat kejadian kebakaran di Kampung Kuala Abai baru-baru ini, menerima bantuan RM500 setiap seorang daripada Yayasan Sabah menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

Majlis penyampaian bantuan dan sumbangan kepada mangsa kebakaran terlibat disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Usukan di sini pada Selasa (16 Jul).

Selain Yayasan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah juga turut menyumbangkan bantuan RM1,000 berserta bakul makanan (MUIS) dan RM300 (Baitulmal) kepada 58 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran berkenaan.

Mohd Arifin (dua kanan) iiringi ADUN Pintasan Datuk Fairuz Renddan (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Kuala Abai semalam.

Mohd Arifin berkata, bantuan yang diberikan kepada mangsa kebakaran itu diharap serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Seramai 18 pelajar yang terlibat kita berikan kepada mereka sumbangan wang tunai untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah mereka yang telah musnah akibat kebakaran berkenaan.

“Diharap sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi kejadian kebakaran dan menyantuni mangsa yang terlibat.

Sementara itu, tiga beradik mangsa kebakaran yang juga pelajar SMK Usukan iaitu Mohd Sofian Abdul Rashid, 17, Norazizah Abdul Rashid, 16, dan Mohd Helmi Abdul Rashid, 13, masing-masing menduduki tingkatan 5, 4 dan 1, mengharapkan ada sinar untuk mereka mendapatkan tempat tinggal yang baru kerana buat sementara mereka tinggal di rumah kakak mereka.

Dari kiri Mohd Helmi, Mohd Sofian dan Norazizah.

“Kurang selesa untuk belajar kerana tempat tinggal kakak rumahnya agak kecil dan adik beradik kami ramai ada 11 orang, lagipun kakak sudah berumahtangga dan mempunyai anak-anaknya sendiri,” kata Norazizah.

Manakala Mohd Sofian pula berkata, kebakaran itu turut memusnahkan kelengkapan sukan untuk dia ke perlawanan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) mewakili daerah Kota Belud.

“Pada masa kejadian, saya tiada di rumah, saya menjalani latihan bola tampar untuk persediaan MSSD yang berlangsung tidak lama lagi.

“Saya dimaklumkan kejadian itu dan terus balik rumah, semua telah musnah terbakar termasuk kelengkapan sukan saya, saya harap untuk mendapatkan semula kelengkapan itu sebelum perlawanan bola tampar dan kalau tidak saya tidak akan dapat menyertainya,” kongsinya kepada pemberita.

Sehubungan dengan itu, Mohd Arifin yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga ada menyediakan khidmat kaunseling untuk pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam musibah kebakaran ini.

Selain itu, ditanya mengenai peralatan atau kelengkapan sukan pelajar yang turut musnah akibat kebakaran itu, beliau berkata, pihaknya akan mencari inisiatif lain membantu dan apa yang penting sekarang adalah memberi bantuan untuk keperluan asas persekolahan diutamakan.

“Insya Allah, saya fikir utamakan dahulu keperluan asas untuk pembelajaran mereka dan selebihnya kita akan fikirkan untuk membantu,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan turut mengiringi Mohd Arifin menyantuni mangsa kebakaran di Kg Kuala Abai semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/17/18-pelajar-mangsa-kebakaran-kg-kuala-abai-terima-bantuan-tpns/feed/ 0 57647
18 rumah musnah terbakar di Kg Kuala Abai https://sabahmedia.com/2024/07/09/18-rumah-musnah-terbakar-di-kg-kuala-abai/ https://sabahmedia.com/2024/07/09/18-rumah-musnah-terbakar-di-kg-kuala-abai/#respond Tue, 09 Jul 2024 12:41:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57291
Read Time:46 Second

KOTA BELUD: Kira-kira 18 buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Kuala Abai, dekat sini petang tadi (9 Jul).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.43 petang tadi.

Kira-kira 18 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kg Kuala Abai, Kota Belud petang tadi (9 Jul). – Foto ihsan JBPM Sabah

Katanya, komander operasi di lokasi kejadian melaporkan kebakaran melibatkan 18 buah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 3600 meter persegi bagi luas keseluruhan kawasan kebakaran.

“Difahamkan selain rumah yang dibina rapat, faktor angin yang kuat kerana rumah berhampiran laut juga menyebabkan api merebak dengan cepat.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera dan air terbuka (sungai) berhampiran.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa mangsa yang terlibat dilaporkan. Namun kerja-kerja memadam bara-bara api masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/09/18-rumah-musnah-terbakar-di-kg-kuala-abai/feed/ 0 57291