Kg Sembulan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 Jan 2026 09:26:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kg Sembulan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kg Sembulan terima peruntukan RM663,000 kerja baik pulih kemudahan komuniti https://sabahmedia.com/2026/01/11/kg-sembulan-terima-peruntukan-rm663000-kerja-baik-pulih-kemudahan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2026/01/11/kg-sembulan-terima-peruntukan-rm663000-kerja-baik-pulih-kemudahan-komuniti/#respond Sun, 11 Jan 2026 09:25:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89540
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kampung Sembulan menerima peruntukan RM663,000 bagi kerja baik pulih dan penambahbaikan kemudahan komuniti menerusi Program Kampung Angkat MADANI (KAM).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pelaksanaan KAM Kampung Sembulan merangkumi projek fizikal dan bukan fizikal ymbulaang memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.

“Projek yang dilaksanakan melibatkan kerja menurap semua jalan kampung, baik pulih gelanggang sukan, pemasangan lampu termasuk lampu solar serta menaik taraf dewan serbaguna Kampung Sembulan bagi kegunaan masyarakat setempat.

“Kesemua projek ini bermula pada 22 September 2025 dan siap sepenuhnya pada 2 November, sekali gus memberi kesan segera kepada keselesaan dan keselamatan penduduk, khususnya pada waktu malam serta semasa aktiviti komuniti,” katanya ketika merasmikan Majlis Semarak MADANI di Dewan Pride, SMK Sanzac, pada Ahad.

Wan Ahmad (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada pengetua sekolah SMK Sanzac (tiga dari kanan). – Foto ihsan Penerangan

Menurut beliau, manfaat program KAM turut diperluas kepada sektor pendidikan dengan SMK Sanzac dan SK Sembulan menerima peruntukan tambahan RM36,000 untuk menaik taraf prasarana pembelajaran.

“Pelaburan dalam kemudahan sekolah ini penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar,” ujarnya.

Wan Ahmad juga memaklumkan projek bukan fizikal di bawah KAM Kg Sembulan melibatkan aspek kebajikan dan pembangunan sosial komuniti melalui Program Ziarah Kasih MADANI yang menyantuni 150 golongan asnaf dan 10 pesara kerajaan.

“Penganjuran Sukan Belia MADANI pula melibatkan lebih 500 belia berjaya menggalakkan gaya hidup sihat serta mengukuhkan hubungan sosial dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Kampung Sembulan adalah antara 43 Kampung Angkat MADANI di seluruh negara di bawah inisiatif nasional yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2024 bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah; Ketua Pengarah Perkhidmatan Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman; Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin. – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/11/kg-sembulan-terima-peruntukan-rm663000-kerja-baik-pulih-kemudahan-komuniti/feed/ 0 89540
Cadangan penduduk Kg Sembulan akan dibawa ke Kabinet Negeri – Dr Sabin https://sabahmedia.com/2024/10/08/cadangan-penduduk-kg-sembulan-akan-dibawa-ke-kabinet-negeri-dr-sabin/ https://sabahmedia.com/2024/10/08/cadangan-penduduk-kg-sembulan-akan-dibawa-ke-kabinet-negeri-dr-sabin/#respond Tue, 08 Oct 2024 07:54:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61884
Read Time:2 Minute, 30 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Seri Dr Sabin Samitha amat prihatin dan mendengar luahan serta cadangan yang dikemukakan oleh penduduk terlibat dalam isu Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan.

Sehubungan dengan itu, satu Sesi Libat Urus bersama Pemilik Berdaftar dalam Kawasan Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Sesi libat urus tersebut antara DBKK, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga wakil ahli-ahli politik serta penduduk Kampung Sembulan terlibat.

Dr Sabin (dua kiri) mendengar luahan penduduk Kg Sembulan yang terlibat semasa Sesi Libat Urus di SICC hari ini.

Dalam pada itu, Dr Sabin mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kg Sembulan kerana mereka telah meluangkan masa mereka untuk datang ke sesi libat urus tersebut.

Menurutnya, pada sesi itu pihak JTU juga telah memberikan penerangan dari segi undang-undang berkenaan dengan isu tanah-tanah yang telah luput tempoh pajakan dan juga tanah-tanah yang masih lagi ada tempoh pajakan dan juga kaedah-kaedah pengambilan tanah oleh kerajaan apabila kerajaan berhasrat untuk membangunkan sesuatu kawasan.

“Jadi projek Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan ini bukan satu projek yang baru sebenarnya, ia sudah lama, boleh tengok nantilah daripada kertas kerja yang disediakan oleh pengarah Jabatan Undang-Undang.

“Saya telah mendengar ke semua permintaan daripada penduduk Sembulan sama ada pajakan yang luput ataupun tidak luput.

“Pada hari ini cadangan-cadangan dan permohonan mereka itu akan kami bawa kepada Kabinet Negeri dalam masa terdekat dan sebagai makluman juga ada di antara lot-lot ini sama ada yang masih aktif ataupun telah luput,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi libat urus itu.

Selain itu, Dr Sabin turut berbangga dengan penduduk yang menyokong tindakan pihak DBKK merobohkan struktur rumah haram yang dibina di kawasan tersebut.

“Satu perkara yang amat membanggakan, mereka (penduduk Kg Sembulan) juga bersetuju dengan tindakan DBKK untuk meneruskan tindakan merobohkan struktur rumah haram yang dibina di kawasan tersebut,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan seramai 105 pemilik tanah di Kampung Sembulan Tengah yang terlibat dalam skim tersebut telah diberi notis pengusiran dan perobohan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta Jabatan Tanah dan Ukur selama 14 hari mulai 19 September 2024.

Sementara itu, penduduk Kg Sembulan memang bersetuju untuk kawasan ini dibangunkan oleh kerajaan namun mereka memerlukan beberapa perkara untuk dipertimbangkan sebelum mereka berpindah dari kawasan tersebut.

“Kita sangat mengalu-alukan pembangunan, cuma kita mahu Sembulan berwajah baru tapi yang paling penting, hak pemilik tanah itu perlu diberi perhatian, diberi keutamaan,” tegas Pengerusi Pertubuhan Penduduk dan Kebajikan Kg Sembulan, Osman Omar Khan.

Dalam pada itu, Osman bagi pihak penduduk terlibat turut merayu kepada pihak kerajaan agar notis untuk pengusiran dan perobohan rumah mereka yang berkuat kuasa pada 11 November ini ditangguhkan.

“Datuk Mayor berjanji bahawa beliau akan bertemu dengan Ketua Menteri untuk memperhalusi perkara ini dan akan kembalikan jawapannya kepada kita.

“Jadi kita juga ada tekankan bahawa 11 November itu, supaya diberi perhatian dulu dan jangan tergesa-gesa untuk merobohkannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/08/cadangan-penduduk-kg-sembulan-akan-dibawa-ke-kabinet-negeri-dr-sabin/feed/ 0 61884
Empat rumah setinggan atas air Kg Sembulan musnah terbakar https://sabahmedia.com/2024/02/02/empat-rumah-setinggan-atas-air-kg-sembulan-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/02/02/empat-rumah-setinggan-atas-air-kg-sembulan-musnah-terbakar/#respond Fri, 02 Feb 2024 01:01:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48842
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak empat buah rumah setinggan atas air musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sembulan Tengah di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.05 awal pagi tadi (2 Feb).

” Sepasukan Bomba dari Balai Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian, api berjaya dikawal pada jam 1.45 pagi.

“Bagaimanapun sebanyak empat buah rumah musnah terbakar. Turut terbakar dua buah kenderaan terkena bahang api iaitu Toyota Hilux terbakar 10 peratus dan Perodua Alza terbakar 5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu dan operasi ditamatkan pada jam 4.30 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/02/empat-rumah-setinggan-atas-air-kg-sembulan-musnah-terbakar/feed/ 0 48842