Kg titingan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 Jul 2026 11:28:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kg titingan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kg Titingan dipilih perintis Program Kampung Siaga 221 tingkat siap siaga bencana https://sabahmedia.com/2026/07/05/kg-titingan-dipilih-perintis-program-kampung-siaga-221-tingkat-siap-siaga-bencana/ https://sabahmedia.com/2026/07/05/kg-titingan-dipilih-perintis-program-kampung-siaga-221-tingkat-siap-siaga-bencana/#respond Sun, 05 Jul 2026 11:28:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99409
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kampung Titingan dipilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memperkukuh kesiapsiagaan penduduk menghadapi pelbagai risiko bencana.

Program yang berlangsung selama dua hari itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di perkarangan Balai Raya Kampung Titingan, di sini hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan program itu bertujuan melahirkan komuniti yang lebih bersedia, memahami peranan masing-masing serta mampu bertindak pantas apabila berdepan sebarang musibah atau bencana.

“Program ini amat baik kerana ia memberi pendedahan kepada masyarakat tentang langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya bencana. Dengan ilmu yang diperoleh sepanjang latihan, penduduk dapat membantu mengurangkan risiko serta mengawal keadaan lebih awal sebelum menjadi lebih serius,” katanya.

Beliau berkata, Kampung Titingan dipilih kerana mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dengan dianggarkan hampir 10,000 penduduk selain kedudukannya berhampiran pantai yang menjadikannya antara kawasan berisiko tinggi terhadap kejadian seperti kebakaran, ribut dan air pasang.

Sehubungan itu, beliau berharap komuniti setempat dapat memainkan peranan sebagai barisan hadapan dalam membantu agensi keselamatan dan penyelamat sekiranya berlaku kecemasan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nizam turut mengumumkan cadangan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di Kampung Titingan sebagai usaha meningkatkan tahap kebersihan kawasan berkenaan.

Katanya, meskipun kampung tersebut sering menerima longgokan sampah yang dihanyutkan ombak dari laut, usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan kawasan pantai sentiasa bersih dan selamat.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bagi melaksanakan kempen kebersihan selama satu hingga dua bulan sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

“Kita mahu memupuk kesedaran bahawa menjaga kebersihan bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu bermula dari rumah, halaman dan kawasan kampung masing-masing.

“Persekitaran yang bersih bukan sahaja mewujudkan suasana lebih selesa, malah mampu mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit,” ujarnya.

Menyentuh pembangunan di Kampung Titingan, beliau memaklumkan beberapa projek sedang dan akan dilaksanakan termasuk kerja pemasaran sungai, menaik taraf jambatan kepada struktur konkrit serta menambak beberapa kawasan yang sebelum ini menggunakan jambatan kayu.

Menurutnya, usaha itu akan meningkatkan keselesaan dan keselamatan penduduk, selain mengubah sebahagian kawasan yang dahulunya berada di atas air menjadi kawasan daratan yang lebih kondusif untuk didiami.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/05/kg-titingan-dipilih-perintis-program-kampung-siaga-221-tingkat-siap-siaga-bencana/feed/ 0 99409
56 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Titingan (Blok 9,10 dan 11), Tawau https://sabahmedia.com/2021/07/19/56-buah-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-titingan-blok-910-dan-11-tawau/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/56-buah-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-titingan-blok-910-dan-11-tawau/#respond Mon, 19 Jul 2021 14:05:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3304
Read Time:39 Second

TAWAU: Sebanyak 56 buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kg Titingan (Blok 9,10 dan 11) dekat sini pada Isnin (19 Julai 2021).

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, pihak balai menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.33 pagi.

Katanya, seramai 50 anggota bomba diketuai Ketua Zon, JBPM Zon Tawau, Penguasa Kanan Bomba II, Sukur Hatta bersama sembilan buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba dapat mengawal api dari merebak pada jam 10.55 pagi dan operasi memadamkan api tamat sepenuhnya pada jam 2.20 petang.

“Walau bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan pasukan bahagian penyiasatan JBPM masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca serta jumlah keseluruhan kerugian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/56-buah-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kg-titingan-blok-910-dan-11-tawau/feed/ 0 3304