Khairul Firdaus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Jun 2025 08:19:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Khairul Firdaus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak muda perlu diberi peluang pimpin Sabah – Khairul Firdaus https://sabahmedia.com/2025/06/22/anak-muda-perlu-diberi-peluang-pimpin-sabah-khairul-firdaus/ https://sabahmedia.com/2025/06/22/anak-muda-perlu-diberi-peluang-pimpin-sabah-khairul-firdaus/#respond Sun, 22 Jun 2025 08:19:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75959
Read Time:2 Minute, 5 Second

Oleh Normimie Diun

PENAMPANG: Golongan muda perlu diberi ruang untuk menyumbang kepada kepimpinan negeri Sabah demi membawa perubahan lebih besar dan memenuhi aspirasi rakyat, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Menurut beliau, barisan kepimpinan baharu yang merangkumi anak muda berwibawa dan berwawasan sangat penting bagi membawa negeri ini ke tahap yang lebih maju.

“Ramai pemimpin kita hari ini sudah terlalu lama berada di tampuk kuasa. Ada antara mereka yang mungkin sudah hilang kepekaan terhadap kehendak rakyat. Rakyat pula semakin penat dengan janji yang sama berulang kali.

“Sebab itu, kita perlu beri peluang kepada muka baharu untuk tampil menyumbang tenaga, idea dan pemikiran baharu. Kita mahu Sabah dikenali sebagai negeri yang progresif, bukan terus ketinggalan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Tahunan Bahagian N.26 Moyog 2025 Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di ITCC Penampang, hari ini.

Khairul turut memuji sikap terbuka pemimpin veteran, Datuk John Ambrose, yang menyerahkan kepimpinan bahagian kepada tokoh muda, Datuk Ceasar Mandela Malakun selaku Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat N.26 Moyog.

“Ini satu contoh teladan pemimpin berjiwa besar yang memahami pentingnya memberi laluan kepada generasi baharu,” katanya.

Mengulas kedudukan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam politik negeri, Khairul berkata, parti perlu bersikap realistik terhadap penerimaan rakyat.

“Jika rakyat tidak lagi menaruh keyakinan terhadap GRS atau PGRS, maka tiada keperluan untuk kita teruskan. Rakyat Sabah terkenal dengan keterbukaan mereka dalam memberi peluang kepada pelbagai parti politik.

“Namun secara peribadi, saya percaya GRS adalah pilihan terbaik kerana dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Noor yang terbukti berjiwa rakyat, terbuka kepada pandangan serta sudah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan negeri,” ujarnya.

Beliau juga menyeru agar rakyat Sabah memberikan mandat kepada barisan kepimpinan baharu untuk sekurang-kurangnya satu penggal.

“Harapan saya pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 akan datang, kita mohon pertimbangan YAB Ketua Menteri agar beri peluang kepada muka-muka baharu khususnya golongan muda yang mampu memacu Sabah ke tahap membanggakan.

“Kita mahu apabila orang luar menyebut tentang Sabah, mereka melihat kita sebagai negeri yang berani memperjuangkan perkara betul,” katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya kepimpinan baharu gagal dalam tempoh satu penggal, rakyat berhak membuat perubahan.

“jika kami gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam tempoh satu penggal, “kick us out”,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Khairul turut menyeru semua pihak menghentikan perbalahan sesama sendiri dan fokus kepada masa depan negeri.

“Jika ada individu menjadikan jawatan Ketua Menteri sebagai matlamat peribadi semata-mata, maka tiada apa yang boleh kita bantu. Semoga Tuhan memberkati mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/22/anak-muda-perlu-diberi-peluang-pimpin-sabah-khairul-firdaus/feed/ 0 75959
Manfaatkan sidang DUN demi rakyat – Khairul Firdaus https://sabahmedia.com/2021/09/19/manfaatkan-sidang-dun-demi-rakyat-khairul-firdaus/ https://sabahmedia.com/2021/09/19/manfaatkan-sidang-dun-demi-rakyat-khairul-firdaus/#respond Sun, 19 Sep 2021 12:38:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6605
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Semua pihak diseru untuk memanfaatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa hadapan sebagai wadah memperjuangkan rakyat dan kemakmuran negeri ini dalam pasca pandemik Covid-19.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, rakyat di negeri ini dilihat ternanti-nanti dengan penuh harapan sidang berkenaan digunakan menjadi medan perjuangan semua masyarakat.

“Isu-isu membabitkan ekonomi Sabah perlu diperdebatkan dengan lebih holistik, baik dari sudut mikro ataupun makro.

“Banyak pihak yang cukup terkesan dengan keadaan semasa yang seakan akan belum ada ‘cahaya di hujung terowong’.

“Pakej Khas rangsangan ekonomi negeri Sabah perlu di percepatkan untuk menghadapi kelembapan ekonomi di lapangan, “katanya.

Ujar beliau, geran-geran khas wajib di sediakan demi memastikan kelangsungan peluang pekerjaan, bahkan ‘reskilling’ untuk anak-anak muda mesti diperbanyakkan dan digerakkan oleh agensi agensi kerajaan negeri.

“Sememangnya cabaran dan pengurusan kerajaan negeri Sabah juga akan berubah daripada proses sebelumnya di sebabkan pandemik Covid-19, maka dengan itu sains dan teknologi akan memainkan peranan yang cukup besar.

“Kerajaan negeri juga harus mewujudkan jawatankuasa digital Sabah yang dibarisi oleh pakar pakar sains dan teknologi untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk kita mendepani dunia digital ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Firdaus turut mendedahkan isu perumahan dan pendidikan di negeri ini yang dilihat sekian lama terpinggir perlu diperkasakan.

Jelasnya lagi, ramai keluarga di negeri ini tidak mampu membeli dan punyai rumah pertama disebabkan kos yang terlalu tinggi.

“Sewajarnya untuk kerajaan negeri memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik supaya masalah pokok yang sekian lama dapat diselesaikan.

“Bersatu Sabah percaya dengan kerjasama yang erat di antara kerajaan negeri dan pelabur-pelabur antarabangsa pastinya ada formula yang cukup baik untuk rakyat kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyentuh mengenai isu pendidikan yang dilihat aset yang paling berharga untuk negeri Sabah.

Tambahnya, kerajaan harus memberikan biasiswa secara agresif kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dengan automatik tanpa melihat latar belakang bangsa mahupun agama.

“Kekurangan celik pandai di negeri kita kelak boleh membawa ‘brain drain’ kepada negeri Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Khairul Firdaus, rakyat Sabah merupakan rakyat yang paling matang di Malaysia.

“Manakah tidak sudah 7 kerajaan negeri telah bertukar. Dengan itu, sebagai pemimpin politik kita juga harus terima kematangan tersebut.

“Alangkah manisnya kalau jawatan ketua menteri hanya di hadkan selama dua penggal untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dapat di teruskan.

“Semoga persidangan DUN ini dapat di manfaatkan oleh semua pihak di blok kerajaan dan negeri demi Sabah kita yang tercinta,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/19/manfaatkan-sidang-dun-demi-rakyat-khairul-firdaus/feed/ 0 6605