khairy jamaluddin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Sep 2021 12:32:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png khairy jamaluddin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPV Di Sabah Perlu Pastikan SOP Terus Diperketat https://sabahmedia.com/2021/09/06/ppv-di-sabah-perlu-pastikan-sop-terus-diperketat/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/ppv-di-sabah-perlu-pastikan-sop-terus-diperketat/#respond Mon, 06 Sep 2021 12:23:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5916
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Pengurusan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini perlu memastikan tahap penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terus diperketat bagi mengelak berlaku kesesakan yang teruk.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, meskipun pemberian vaksin secara ‘walk-in’ dibenarkan namun penguatkuasaan SOP termasuk penjarakkan fizikal perlu diperketat bagi memastikan proses pemberian berjalan lancar.

“Kita tidak boleh elak daripada berlakunya orang ramai untuk datang memandangkan kadar vaksinasi di negeri ini semakin meningkat.

“Semakin ramai yang tahu kesedaran menerima vaksinasi dan apabila dibuka untuk ‘walk-in’ maka berlakulah sedikit kesesakan tapi saya telah pesan kepada pengurus PPV dan juga pasukan terlibat dalam penguatkuasaan supaya SOP dikuatkuasakan dengan ketat supaya tidak berlaku kesesakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi tanah runtuh membabitkan beberapa bangunan di Kompleks C Hospital Queen Elizabeth (HQE) berikutan hujan lebat baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin dan Pengarah HQE Dr William Gotulis.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian kerosakan berhubung kerosakan bangunan HQE yang terjejas.

Katanya, kementeriannya akan mendapatkan anggaran kos daripada JKR untuk permohonan peruntukan bagi tujuan pembangunan serta pembaikan.

“JKR akan membuat ketetapan berkenaan Klinik Tibi dan juga bangunan yang ada disini sama ada bangunan ini diklasifikasikan sebagai tidak selamat buat masa ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/ppv-di-sabah-perlu-pastikan-sop-terus-diperketat/feed/ 0 5916
Kerajaan Sabah Adakan Mesyuarat Bersama KKM Isnin Ini, Bincang Atasi Masalah Peningkatan Jangkitan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/09/03/kerajaan-sabah-adakan-mesyuarat-bersama-kkm-isnin-ini-bincang-atasi-masalah-peningkatan-jangkitan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/09/03/kerajaan-sabah-adakan-mesyuarat-bersama-kkm-isnin-ini-bincang-atasi-masalah-peningkatan-jangkitan-covid-19/#respond Fri, 03 Sep 2021 11:41:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5773
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menambah baik sekali gus mengatasi masalah peningkatan jangkitan COVID-19 termasuk lebihan kapasiti katil bagi unit rawatan rapi (ICU) di hospital di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat itu akan diadakan pihaknya bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Isnin depan.

Malah menurutnya, mesyuarat bersama Khairy itu akan memperincikan jalan untuk mengatasi masalah tersebut sekali gus program imunisasi di Sabah.

“Kita akan melakukan sesuatu untuk mengatasi perkara ini (jumlah penggunaan katil ICU). Saya dimaklumkan bahawa Menteri Kesihatan akan melawat Sabah pada Isnin dan kita akan bermesyuarat.

“Saya akan berjumpa dengan beliau dan kita akan cari jalan untuk mengatasi masalah ini. Apa yang penting saya menasihati rakyat Sabah untuk kekal duduk di rumah dan mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Skybridge Kota Kinabalu, yang diadakan pada Jumaat.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga negeri iaitu Sabah, Kedah dan Perak merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus.

Sabah mempunyai kapasiti 145 katil ICU dengan penggunaannya, 126 peratus.

Selain itu, mengulas mengenai kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membantu lima negeri termasuk Sabah dalam menangani jangkitan kes COVID-19, Hajiji mengalu-alukan usaha itu.

Katanya, usaha itu termasuk membuka hospital medan dapat membantu kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan di hospital kerajaan.

Ditanya mengenai kenyataan daripada Pakatan Harapan Sabah yang mengatakan mereka telah mengemukakan usul khas bagi meluaskan bidang kuasa kesihatan negeri, Hajiji menjelaskan ia terpulang kepada Speaker DUN Sabah.

“Kita tengok nanti, kalau sudah dibawa ke mesyuarat DUN baru kita tahu. Tetapi apa-apa pun perkara yang terbaik untuk negeri dan rakyat Sabah, kita tiada halangan untuk berbincang serta melaksanakannya,” katanya lagi. – ASTRO AWANI

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/03/kerajaan-sabah-adakan-mesyuarat-bersama-kkm-isnin-ini-bincang-atasi-masalah-peningkatan-jangkitan-covid-19/feed/ 0 5773