khairy jamaludin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Dec 2021 15:33:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png khairy jamaludin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sela Masa Dos Penggalak Disingkatkan Kepada Tiga Bulan https://sabahmedia.com/2021/12/29/sela-masa-dos-penggalak-disingkatkan-kepada-tiga-bulan/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/sela-masa-dos-penggalak-disingkatkan-kepada-tiga-bulan/#respond Tue, 28 Dec 2021 23:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10425
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Sela masa bagi vaksinasi dos penggalak vaksin COVID-19 disingkatkan kepada tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ia membabitkan vaksin Pfizer dan AstraZeneca (AZ) selain Sinovac yang memang ditetapkan sela masa selama tiga bulan.

Katanya, kumpulan kerja teknikal telah menilai bukti sedia ada dan memberikan saranan baharu mengenai pemberian dos penggalak COVID-19.

“Semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima vaksin jenis  Pfizer, AZ dan Sinovac amat disyorkan untuk menerima vaksin penggalak mereka sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

“Individu yang mempunyai komorbiditi, penghuni serta petugas di pusat jagaan kesihatan jangka panjang dan individu dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer dengan mengikut turutan umur bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas, dan seterusnya 18 tahun ke atas,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Khairy berkata, hasil dapatan kajian klinikal dan kajian Real World termasuk ‘The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines Under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Programme’ (RECoVaM) yang telah dijalankan di Malaysia telah menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19 adalah berkurangan dengan masa.

Katanya, data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi.

“Selain itu, bukti kukuh yang telah terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron.

“Hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom telah menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan,” katanya.

Menurutnya, keputusan menyingkatkan sela masa itu adalah sama seperti yang dilakukan oleh badan-badan regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/sela-masa-dos-penggalak-disingkatkan-kepada-tiga-bulan/feed/ 0 10425
KKM Hantar Peralatan Perubatan Tambahan Ke Sabah Esok https://sabahmedia.com/2021/09/06/kkm-hantar-peralatan-perubatan-tambahan-ke-sabah-esok/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/kkm-hantar-peralatan-perubatan-tambahan-ke-sabah-esok/#comments Mon, 06 Sep 2021 09:40:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5902
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mula menghantar peralatan perubatan tambahan ke negeri ini bagi menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamalluddin berkata, penghantaran yang akan bermula esok akan dilaksanakan segera melalui bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara barangan peralatan perubatan yang akan dihantar termasuklah 480 unit silinder oksigen; 24 buah kotak Oxygen Regulator dan lima buah kotak ubat-ubatan COVID-19.  Kesemua ini dijangka akan tiba pada 7 September iaitu esok.

“Bagi menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah, tindakan intervensi yang lebih holistik dan tuntas mesti dilaksanakan. Ini termasuklah kesiapsiagaan dari segi kemudahan, bantuan peralatan dan sumber manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat CITF Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu disini hari ini.

Khairy berkata, dalam menangani pandemik COVID-19, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan penyampaian perkidmatan kesihatan melalui beberapa inisiatif.

Katanya, antara inisiatif itu termasuk menggunakan teknologi digital dalam pengurusan respons pandemik COVID-19 selain mempertingkatkan kapasiti makmal bagi ujian pengesanan COVID-19.

“Selain itu, kerajaan juga turut meningkatkan kapasiti kesihatan awam dan fasiliti perawatan secara berterusan dan mempergiat vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan proses peralihan ke fasa endemik adalah selamat dan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, dua strategi utama dalam menangani pandemik COVID-19 ialah dengan melaksanakan strategi kesihatan awam dan memebrikan vaksin kepada sebanyak mungkin populasi di Malaysia.

Katanya, antara strategi itu ialah strategi kesihatan awam yang akan memutuskan rantaian transmisi, mengurangkan morbiditi dan kematian serta memperkukuhkan diagnostik dan survelan.

“Selain itu, strategi vaksinasi dimana ingin saya tekankan juga di sini bahawa strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk di Malaysia bagi memastikan peralihan ke fasa endemik dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

“Lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Khairy menambah, sehingga 2 September lalu, sebanyak 27 buah Hospital COVID di Sabah dengan kapasiti 151 katil ICU COVID-19 dan 1,743 katil bukan ICU dan   31 PKRC Awam dan 4 PKRC Tahanan dengan kapasiti 7,143 katil.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/kkm-hantar-peralatan-perubatan-tambahan-ke-sabah-esok/feed/ 1 5902