Khat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Jul 2025 07:40:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Khat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mahrajan Persuratan Islam Nusantara angkat seni khat ke peringkat dunia https://sabahmedia.com/2025/07/04/mahrajan-persuratan-islam-nusantara-angkat-seni-khat-ke-peringkat-dunia/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/mahrajan-persuratan-islam-nusantara-angkat-seni-khat-ke-peringkat-dunia/#respond Fri, 04 Jul 2025 07:39:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76680
Read Time:32 Second

Membakut : Seramai 70 peserta telah menyertai Perkampungan Khattat Sedunia sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Malaysia di sini pada Jumaat.

Perkampungan yang berlangsung di Dewan Kesenian Islam di sini turut disertai dari Malaysia termasuklah dari Thailand; Brunei dan Indonesia.

Acara itu turut melibatkan tokoh khas dunia antaranya tokoh khat dari Qatar, Indonesia, Brunei dan Thailand termasuk tuan rumah Malaysia.

Selain itu, perkampungan khattat itu turut diisi dengan bengkel, ceramah dan praktikal khat selain penganjuran khat spontan peringkat borneo dan Nusantara.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif turut meluangkan masa melihat para peserta yang turut serta pada perkampungan khattat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/mahrajan-persuratan-islam-nusantara-angkat-seni-khat-ke-peringkat-dunia/feed/ 0 76680
Martabat tulisan jawi, lahir pakar khat di Sabah https://sabahmedia.com/2022/06/15/martabat-tulisan-jawi-lahir-pakar-khat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/06/15/martabat-tulisan-jawi-lahir-pakar-khat-di-sabah/#respond Tue, 14 Jun 2022 22:44:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=16922
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Bengkel kaligrafi khat mampu memartabatkan penulisan jawi serta melahirkan pakar khat Negeri Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata,  usaha murni tersebut dapat dijayakan menerusi pelbagai bengkel dan pendedahan yang tentunya akan dapat memartabatkan tulisan jawi.

“Penganjuran pelbagai program dan promosi yang berkaitan juga perlu diadakan supaya dapat menarik minat lebih ramai penggiat seni untuk menceburi bidang khat ini dan dapat menghasilkan karya sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Manfaatnya amat besar bukan sahaja dalam penulisan kaligrafi khat itu sendiri tetapi juga dalam dunia penulisan jawi secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Kaligrafi Khat di Muzium Tamadun Islam, di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Sr. Mohd Yusrie Abdullah dan Pengarah Muzium Negeri Sabah, Arif Abd Hamid.

Jafry berkata, pihaknya berharap usaha seumpama itu akan dapat memartabatkan lagi seni kaligrafi khat jawi sehingga ia berjaya dikembangkan di negeri ini dan sekaligus berupaya menghasilkan lebih karya kepada para penggiatnya.

Bengkel sehari itu melibatkan seramai 55 pelajar sekolah iaitu dari Sekolah Kebangsaan(SK) Tanjung Aru I, SK Tanjung Aru II, Sk Inanam II, SK Pengalat Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah, SMAN Islamiyah Papar dan SMAN Beaufort.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/06/15/martabat-tulisan-jawi-lahir-pakar-khat-di-sabah/feed/ 0 16922