khatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 May 2026 04:43:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png khatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 60 murid sertai Program Khatan Perdana SK Lupak https://sabahmedia.com/2026/05/23/60-murid-sertai-program-khatan-perdana-sk-lupak/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/60-murid-sertai-program-khatan-perdana-sk-lupak/#respond Sat, 23 May 2026 04:42:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97183
Read Time:1 Minute, 5 Second

BEAUFORT : Seramai 60 murid telah menyertai Program Khatan Perdana Sekolah Kebangsaan (SK)  Lupak ‘Selangkah Menuju Mukallaf’ yang berlangsung di Hospital Beaufort, di sini pada Sabtu.

Program itu turut melibatkan murid daripada SK Lupak serta beberapa sekolah berhampiran, termasuk anak-anak yatim dan golongan asnaf yang turut menerima perhatian dalam program tersebut.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.

Dalam ucapannya, beliau berkata program khatan perdana bukan sahaja memenuhi tuntutan agama dan aspek kesihatan, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan kekeluargaan dan perpaduan masyarakat setempat.

Menurut beliau, penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak sekolah, ibu bapa, petugas kesihatan dan sukarelawan mencerminkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan program berkenaan.

“Program seperti ini membantu meringankan beban keluarga, khususnya mereka yang kurang berkemampuan, di samping memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak yang terlibat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan para peserta agar membesar sebagai generasi berdisiplin dengan menjaga solat, menghormati ibu bapa dan guru serta menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.

Pada masa sama, Ruslan merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, pihak hospital, PIBG, agensi kerajaan serta sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam memastikan kelancaran program.

Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan generasi muda yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/60-murid-sertai-program-khatan-perdana-sk-lupak/feed/ 0 97183
Program khatan percuma bantu kurangkan kos kewangan ibu bapa https://sabahmedia.com/2026/05/23/program-khatan-percuma-bantu-kurangkan-kos-kewangan-ibu-bapa/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/program-khatan-percuma-bantu-kurangkan-kos-kewangan-ibu-bapa/#respond Sat, 23 May 2026 03:48:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97167
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Penganjuran program khatan perdana yang dilaksanakan secara percuma berjaya membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya sempena musim cuti sekolah yang bermula hari ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih berkata, program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) itu dilihat dapat memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Program pada hari ini merupakan satu program yang bagus selain dapat meringankan beban para ibu bapa.  Sebab kalau berkhatan diluar kosnya terutama di klinik hampir mencecah lebih RM200.

“Tapi hari ini kita buat, kita bagi percuma kepada semua dan peserta juga terdiri daripada mereka-mereka bukan saja di sekitar Kota Kinabalu, malahan turut terbuka daripada mana-mana yang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Khatan Perdana anjuran JHEAINS dengan kerjasama beberapa agensi lain di Masjid Negeri di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Awang Juri Awang Tahir,

Isnin berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada petugas kesihatan yang hadir membantu secara sukarela bagi memastikan program berjalan lancar.

“Saya ucap tahniah kepada pihak penganjur dan terima kasih kepada doktor-doktor serta semua agensi yang sudi membantu menjayakan program ini,” katanya.

Sementara itu, Awang Juri berkata, seramai 150 peserta telah menyertai program berkenaan melibatkan kanak-kanak sekitar daerah Kota Kinabalu.

Katanya, kejayaan penganjuran program itu turut disokong oleh kerjasama pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan sukarelawan yang membantu memastikan kelancaran majlis.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang memperluaskan program berkenaan ke daerah-daerah lain di Sabah sehingga penghujung tahun ini.

“Kita mengalu-alukan mana-mana pihak dan pemimpin tempatan di seluruh daerah untuk bersama-sama menganjurkan program seperti ini demi manfaat masyarakat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/program-khatan-percuma-bantu-kurangkan-kos-kewangan-ibu-bapa/feed/ 0 97167
Manfaat cuti sekolah, 150 kanak-kanak sertai Khatan Perdana https://sabahmedia.com/2025/02/01/manfaat-cuti-sekolah-150-kanak-kanak-sertai-khatan-perdana/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/manfaat-cuti-sekolah-150-kanak-kanak-sertai-khatan-perdana/#respond Sat, 01 Feb 2025 04:55:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67816
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Golongan ibu bapa memanfaatkan peluang musim cuti persekolahan bagi menyertai program khatan perdana 2025 untuk anak mereka khususnya di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) itu disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan ketika ditemui berkata, seramai lebih 150 kanak-kanak terdiri dari golongan mualaf, asnaf dan anak-anak kakitangan agensi terlibat menyertai program yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah.

Katanya, program anjuran bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS);Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan beberapa agensi lain itu turut memberi ruang dan peluang kepada mereka yang memerlukan untuk mendapatkan perkhidmatan dengan lebih selesa.

“Pada hari ini kita telah pun mengadakan satu majlis program khatan perdana 2025 dan seramai 150 anak-anak telah pun mendaftarkan diri untuk berkhatan dan di kalangan mereka ini adalah saudara-saudara baru dan juga mualaf, golongan B40 dan juga anak-anak kakitangan kerajaan.

“Saya lihat semangat mereka memang sangat tinggi untuk di khatankan dan ibu bapa mereka juga merasakan gembira apabila anak-anak mereka dikhatankan, ibu bapa telah pun menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengkhatankan anak-anak mereka.

“Khatan ini juga adalah menjadi satu kewajipan kita sebagai orang Islam dan bukan sahaja dalam Islam itu sendiri, tetapi dalam segi kebersihan rohani dan jasmani itu adalah sangat  dekat Islam itu sendiri,” katanya.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, pihaknya turut mencadangkan agar program seumpama itu dapat dilaksanakan dua kali dalam setahun.

“Mungkin kita akan memperkasakan lagi progranm ini untuk melaksanakan dalam setahun dua kali.  Sebab bila kita lihat program kita hari ini hanya 150 peserta.

“Jadi sudah tentu di luar sana ramai lagi yang berkeinginan untuk mendapatkan perkhidmatan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/manfaat-cuti-sekolah-150-kanak-kanak-sertai-khatan-perdana/feed/ 0 67816
48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai https://sabahmedia.com/2024/12/19/48-murid-sk-sembulan-sertai-program-khatan-beramai-ramai/ https://sabahmedia.com/2024/12/19/48-murid-sk-sembulan-sertai-program-khatan-beramai-ramai/#respond Thu, 19 Dec 2024 01:28:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65676
Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Seramai 48 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini menyertai Program Khatan beramai-ramai yang dianjurkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Program yang disertai pelajar darjah empat hingga enam itu disempurnakan Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran.

Ketika ditemui Arif berkata, penganjuran program itu adalah sangat baik dan turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada ibu bapa murid yang menyertai.

Katanya, program yang memasuki tahun ke-10 sejak 2014 itu wajar diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Arif bergambar kenangan bersama guru dan peserta khatan yang terlibat

“Pada hari ini saya menyempurnakan program berkhatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama PIBG. Di mana kita ketahui berkhatan ini adalah satu ibadat yang wajib kepada seorang lelaki muslim.

“Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada sekolah kerana dapat menganjurkan satu program yang begitu baik dan ianya turut mendapat kerjasama PIBG,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut membantu dalam membuat simbolik ‘siraman air’ kepada peserta terlibat.

“Pihak bomba juga terlibat hari ini dalam melakukan simbolik siraman air dan ini merupakan satu simbolik yang dilihat secara psikologi untuk memberikan semangat kepada murid-murid supaya tidak merasa takut, gentar semasa berkhatan nanti,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Arif berkata, menerusi penganjuran program itu ianya dapat membantu ibu bapa meringankan bebanan kewangan tanpa perlu mencari pusat berkhatan untuk anak mereka.

“Pihak sekolah dan PIBG bekerjasama dengan pihak hospital untuk memudahkan urusan ibu bapa hanya di sekolah sahaja.

“Saya difahamkan, hanya beberapa buah sekolah sahaja di Negeri Sabah yang menganjurkan program sebegini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/19/48-murid-sk-sembulan-sertai-program-khatan-beramai-ramai/feed/ 0 65676
150 Kanak-Kanak Sertai Majlis Berkhatan https://sabahmedia.com/2021/12/12/150-kanak-kanak-sertai-majlis-berkhatan/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/150-kanak-kanak-sertai-majlis-berkhatan/#respond Sun, 12 Dec 2021 03:56:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9771
Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Seramai 150 orang kanak-kanak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat menyertai Majlis Berkhatan beramaiu-ramai sempena cuti persekolahan.

Majlis yang dianjurkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Keramat itu diadakan di Masjid Daerah Putatan dan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya disini semalam.

Shahelmey berkata, majlis itu berupaya menjadi satu wadah mengerat hubungan silaturahim antara masyarakat setempat.

Katanya, selain itu, program tersebut turut dilihat dapat membantu golongan ibu bapa melaksanakan tuntutan agama kepada anak-anak mereka.

“Kali ini kita mensasarkan seramai 150 orang peserta akan menyertai majlis berkhatan ini termasuklah dari Kem Lok Kawi yang berada dalam kawasan Tanjung Keramat.

“Usaha ini adalah untuk kita sama-sama meringankan beban keluarga dalam membiayai kos program atau operasi berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang meningkat dewasa yang ada di kawasan Tanjung Keramat dan daerah Putatan secara amnya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berharap anjuran program ini akan memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat di Putatan.

“Adalah menjadi harapan saya bahawa program sosial anjuran UPPM Tanjung Keramat akan memberi impak positif kepada masyarakat setempat yang ada dalam kawasan Tanjung Keramat dan juga daerah Putatan secara amnya,” katanya.

Program berkhatan kali ini merupakan yang kedua kali dianjurkan semenjak beliau menjadi wakil rakyat Tanjung Keramat hujung tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/150-kanak-kanak-sertai-majlis-berkhatan/feed/ 0 9771