Khianat kabel – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Jan 2026 08:55:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Khianat kabel – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki ditahan kes khianat kabel Telekom di Penampang https://sabahmedia.com/2026/01/09/lelaki-ditahan-kes-khianat-kabel-telekom-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/01/09/lelaki-ditahan-kes-khianat-kabel-telekom-di-penampang/#respond Fri, 09 Jan 2026 08:55:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89443
Read Time:1 Minute, 13 Second

PENAMPANG: Polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun yang disyaki terlibat dalam kes khianat kabel Telekom Malaysia (TM) dalam satu operasi awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, tangkapan itu dibuat hasil maklumat dan risikan Pasukan Petugas Khas (Kes Curi Kabel) Balai Polis Penampang yang mengesan sekumpulan lelaki sedang memotong kabel telekom di Jalan Taman Bulan, sebelum melarikan diri menaiki kenderaan.

“Susulan kejadian itu, satu aksi kejar-mengejar berlaku dari kawasan Penampang hingga ke Kota Kinabalu dengan bantuan kenderaan peronda polis (MPV) IPD Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan oleh suspek berjaya ditahan, manakala beberapa rakan suspek lain berjaya meloloskan diri dan kini sedang dikesan.

Menurutnya, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai berkaitan kes antaranya segulung kabel telekom, pemotong besi serta sebuah kenderaan bagi tujuan siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgunaan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Sammy menegaskan bahawa Polis Daerah Penampang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah yang boleh menjejaskan kemudahan awam serta keselamatan masyarakat.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini atau mana-mana kes jenayah lain diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/09/lelaki-ditahan-kes-khianat-kabel-telekom-di-penampang/feed/ 0 89443
Polis giat jejaki suspek khianat kabel tular di media sosial https://sabahmedia.com/2025/06/16/polis-giat-jejaki-suspek-khianat-kabel-tular-di-media-sosial/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/polis-giat-jejaki-suspek-khianat-kabel-tular-di-media-sosial/#respond Mon, 16 Jun 2025 11:43:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75658
Read Time:48 Second

PENAMPANG: Polis kini giat menjejaki seorang suspek kes khianat terhadap kabel di sebuah kampung di daerah Penampang, selepas video insiden itu tular di media sosial sejak awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu hari ini (16 Jun).

“Menerusi hantaran beberapa video pendek yang dimuat naik di sebuah laman komuniti Facebook, kelihatan seorang individu sedang menarik kabel dipercayai perbuatan khianat.

“Siasatan masih dijalankan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Anis Abdullah di talian 013-6365734.

Polis turut menasihatkan masyarakat agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih di mana-mana platform media sosial kerana ia boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/polis-giat-jejaki-suspek-khianat-kabel-tular-di-media-sosial/feed/ 0 75658
12 lelaki ditahan, kes curi dan khianat kabel di Labuan https://sabahmedia.com/2025/02/07/12-lelaki-ditahan-kes-curi-dan-khianat-kabel-di-labuan/ https://sabahmedia.com/2025/02/07/12-lelaki-ditahan-kes-curi-dan-khianat-kabel-di-labuan/#respond Fri, 07 Feb 2025 02:13:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68163
Read Time:2 Minute, 30 Second

LABUAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan berjaya menahan 12 lelaki yang disyaki terlibat dalam kes kecurian dan khianat membencanakan kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan.

Kesemua penahanan itu menyelesaikan 12 laporan polis yang diterima antara Julai 2024 hingga Januari 2025, dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM88,290.00.

Menurut Ketua Polis Daerah W.P. Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, kes pertama dikesan pada 25 Julai 2024 melibatkan tiga lelaki tempatan berusia antara 35 hingga 42 tahun yang dipercayai ahli kumpulan Geng Bel Isham.

Katanya, mereka ditahan bersama rampasan sebuah kenderaan, satu guni berisi kabel tembaga, dan beberapa peralatan pecah rumah disyaki terlibat dalam aktiviti curi dan khianat membencanakan kabel TM sekitar Kampung Bukit Kalam dan Kampung Rancha-Rancha. Anggaran kerugian bagi kes ini adalah sekitar RM28,000.

“Dua daripada suspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, dan masing-masing dijatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Manakala kes kedua, beliau berkata, pada 7 Disember 2024, dua lelaki tempatan berusia 39 dan 53 tahun yang disyaki anggota Geng Salpau ditahan dipercayai terlibat dalam kes curi dan khianat membencanakan kabel TM di sekitar kawasan Batu Arang, Jalan Tanjung Aru, Kampung Sungai Keling dan Kampung Rancha-Rancha dengan kerugian lebih RM35,000.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah dan dikenakan hukuman penjara enam bulan serta denda RM2,200,” katanya.

Seterusnya kes ketiga, katanya, pada 24 Januari 2025, tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam Geng Fitri ditahan kerana kes curi dan khianat kabel di kawasan Lubok Temiang.

“Mereka berusia antara 20 hingga 35 tahun, dengan kerugian dianggarkan RM18,050. Mereka juga didapati positif dadah dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan serta denda RM1,300,” katanya.

Beliau berkata, kes keempat pada 23 Januari 2025, seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai anggota Geng Eul ditangkap kerana terlibat dalam dua kejadian curi kabel di Lubok Temiang.

“Suspek, yang positif dadah, ditahan reman hingga 7 Februari 2025 dan didakwa pada 6 Februari 2025 di Mahkamah Majistret W.P. Labuan.

“Manakala kes terbaru melibatkan tiga suspek dari Geng Arshad terdiri daripada dua lelaki tempatan dan seorang warga asing, berusia antara 18 hingga 60 tahun. Mereka ditahan pada 4 dan 5 Februari 2025 kerana terlibat dalam aktiviti membencanakan kabel TM di Rancha-Rancha sejak Disember 2024.

“Dua daripada mereka juga positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.

Berikutan dengan itu, Mohd Hamizi memaklumkan pihak polis turut merampas dua buah kenderaan dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan dalam aktiviti kecurian kabel.

Katanya, siasatan mendapati kabel yang dicuri dikupas dan dibakar di kawasan semak sebelum dijual ke premis barang lusuh di sekitar W.P. Labuan.

“Kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah terdahulu dan penahanan mereka berjaya menyelesaikan kes-kes yang dilaporkan,” ujarnya.

Mohd Hamizi turut menasihatkan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan sebarang maklumat jenayah, terutama kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan komunikasi, keselamatan awam, dan ekonomi negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/07/12-lelaki-ditahan-kes-curi-dan-khianat-kabel-di-labuan/feed/ 0 68163