Khidmat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 05 Jun 2024 08:18:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Khidmat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Setiausaha digesa beri khidmat cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi – Roslina https://sabahmedia.com/2024/06/05/setiausaha-digesa-beri-khidmat-cekap-berintergriti-dan-berkualiti-tinggi-roslina/ https://sabahmedia.com/2024/06/05/setiausaha-digesa-beri-khidmat-cekap-berintergriti-dan-berkualiti-tinggi-roslina/#respond Wed, 05 Jun 2024 08:17:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55531
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Semua Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SSS) digesa untuk memberikan perkhidmatan kesetiausahaan dengan cekap, berintegriti dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya lebih teratur.

Pengerusinya, Rosalind @ Roslina Bumpin berkata, ini adalah untuk memastikan proses kerja sebagai Setiausaha memenuhi standard yang berkualiti selain bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat berjalan lancar.

“Setiausaha juga merupakan cerminan sesebuah pejabat, kerana kitalah yang berada di hadapan membantu majikan (boss) kita dalam memberi penerangan maklumat korporat dan khidmat nasihat umum kepada pelanggan, berperwatakan mesra pelanggan, ceria, peramah, berbudi bahasa, menghormati tetamu atau palanggan, berintegriti dan akauntablti,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Persatuan Setiausaha Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di sini pada Sabtu (1 Jun).

Majlis Makan Malam yang julung kali diadakan sejak penubuhan persatuan itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Rosaline Oliver, semua Ahli Jawatankuasa dan ahli SSS dari seluruh jabatan kerajaan.

Roslina berkata, majlis seumpama ini diharap akan memberi peluang kepada semua ahli untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim diantara mereka.

“Secara tidak langsung, ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk kita mengeratkan semangat perpaduan dan kekitaan serta mewujudkan perasaan saling memahami, menghormati dan menghargai erti persahabatan dan lebih-lebih lagi dapat bekerjasama dalam menjalankan tugas sebagai Setiausaha.

“Malah yang lebih penting kefahaman dan kerjasama menjadi tunjang kekuatan untuk kita lebih maju ke hadapan dalam menghadapi sebarang situasi semasa menjalankan tugas yang mana kita sering berhadapan dengan pelbagai ragam dan sifat pelanggan ataupun pegawai atasan,” katanya.

Menurutnya, Setiausaha juga harus memahami etiket dan protokol serta bertindak sebagai pegawai perhubungan semasa kehadiran tetamu di pejabat.

“Selain itu, Setiausaha juga harus melayan dengan baik semua tetamu, pelanggan dan rakan kerja yang datang berurusan di pejabat walaupun kadang kala tanpa temujanji.

“Masalah di rumah tidak seharusnya di bawa ke pejabat, tinggalkan sebenar masalah tersebut agar kita dapat fokus dalam menjalankan tanggungjawab kita di pejabat,” tegasnya.

Tambah Roslina, untuk Setiausaha yang senior juga hendaklah memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional serta menyelia setiausaha baru dalam teknik membuat keputusan, mengatasi permasalahan dan peningkatan kemahiran, menerapkan budaya pembelajaran berterusan melalui perbincangan, perkongsian ilmu dan pengalaman.

“Manakala Setiausaha junior pula jangan segan untuk meminta bantuan dan tunjuk ajar.

“Keakraban antara Setiausaha Senior dan Junior dapat mengajar kita erti perkongsian kegembiraan serta mengeratkan hubungan yang sedia ada terjalin dan memperbaharui ukhuwah sesama kita,” ujarnya.

Setakat ini seramai 92 orang keahlian menyertai persatuan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/05/setiausaha-digesa-beri-khidmat-cekap-berintergriti-dan-berkualiti-tinggi-roslina/feed/ 0 55531
Sumbangan Khidmat, Bakti dan Pengorbanan Para Pesara Tetap Akan Dikenang – Jonathan https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/ https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/#respond Fri, 04 Feb 2022 07:07:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11878
Read Time:1 Minute, 20 Second

RANAU: Segala sumbangan khidmat, bakti dan pengorbanan para pesara sama ada dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan, negeri atau swasta dalam aspek pembangunan masyarakat dan negara tetap akan dikenang selamanya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, meskipun mereka sudah bersara namun khidmat serta sumbangan mereka terhadap komuniti setempat amat diperlukan dan dihargai.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau menerima kunjungan hormat dari lapan orang Jawatankuasa  tertinggi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Daerah (5PMD) Ranau di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pada Jumaat. (4 Feb)

Dalam pertemuan itu, Jonathan menyatakan kepada para ahli persatuan itu agar sentiasa memupuk dan mengekalkan perpaduan serta persaudaraan sedia terjalin dikalangan mereka dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

“Para pesara juga boleh mempelbagai aktiviti seperti membantu sekolah melaksanakan bimbingan atau Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian kepada kanak-kanak yang memerlukan disesebuah sekolah”, jelasnya sambil meluluskan RM10 ribu kepada tabung 5PMD untuk menampung kos program atau aktiviti persatuan.

Sementara itu, Pengerusi 5PMD Ranau, Deen Erwan Gunda turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan kerana sudi meluangkan masa menerima kunjungan hormat yang julungkali diadakan itu.

“Kunjungan ini diharap menjadi landasan mengeratkan pepaduan dikalangan ahli persatuan dengan Datuk Jonathan dan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau seluruhnya.

“Saya mewakili Jawatankuasa Tertinggi dan para ahli persatuan merakam penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jonathan atas sumbangannya kepada tabung persatuan.

“Sumbangan RM10 ribu  itu amat bermakna kepada persatuan  menjayakankan program terutama untuk kami sumbangkan kepada keluarga ahli yang yang meninggal dunia serta sumbangan kebajikan yang lain seperti warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan,” jelas Deen.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/04/sumbangan-khidmat-bakti-dan-pengorbanan-para-pesara-tetap-akan-dikenang-jonathan/feed/ 0 11878