khinzir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Jun 2026 22:38:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png khinzir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penternak khinzir kecil bakal terima bantuan makanan ternakan https://sabahmedia.com/2026/06/17/penternak-khinzir-kecil-bakal-terima-bantuan-makanan-ternakan/ https://sabahmedia.com/2026/06/17/penternak-khinzir-kecil-bakal-terima-bantuan-makanan-ternakan/#respond Tue, 16 Jun 2026 22:30:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98336
Read Time:1 Minute, 41 Second

TENOM: Kerajaan Negeri akan memperkenalkan bantuan sekali beri (one-off) dalam bentuk bekalan makanan ternakan kepada penternak khinzir berskala kecil di Sabah bagi membantu mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran ternakan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, berkata bantuan itu akan disalurkan kepada penternak yang memelihara 50 ekor khinzir dan ke bawah.

Menurut beliau, langkah berkenaan diambil selepas kerajaan mendapati industri ternakan khinzir sebelum ini kurang menerima perhatian berbanding sektor ternakan lain.

“Sebelum ini tidak pernah kita memberi bantuan kepada penternak khinzir kecil-kecilan. Kita bantu penternak lembu, kambing, ayam dan pengusaha akuakultur, tetapi industri ini terlepas pandang,” katanya.

Beliau berkata demikiian ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Guru di SM St Anthony di sini, pada Selasa.

Jamawi berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah diarahkan menyediakan peruntukan khas bagi melaksanakan bantuan tersebut dalam masa terdekat.

“Kita akan usahakan supaya mereka juga menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk makanan ternakan,” katanya.

Menurut beliau, bantuan itu penting memandangkan harga produk berasaskan khinzir seperti sinalau bakas semakin meningkat sehingga membebankan pengguna.

“Kita tahu sekarang ramai yang mengeluh kerana harga sinalau bakas telah mencecah kira-kira RM47 sekilogram,” katanya.

Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, kenaikan harga itu turut dipengaruhi kekurangan bekalan selepas kawalan terhadap pemburuan khinzir liar dilaksanakan sejak dua tahun lalu berikutan ancaman penyakit haiwan.

Katanya, kerajaan masih mengekalkan larangan pemburuan khinzir liar bagi memastikan populasi haiwan berkenaan dapat dipulihkan.

Dalam usaha memenuhi permintaan pasaran, beliau berkata kerajaan turut membenarkan enam syarikat mengimport daging khinzir dari luar negara.

Menurutnya, antara negara sumber import ialah Denmark dan Norway.

“Setiap pengimport dibenarkan membawa masuk dua kontena dan secara keseluruhannya kira-kira 10 kontena akan masuk setiap bulan bagi memenuhi keperluan tempatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan tetap komited mempertahankan industri ternakan khinzir tempatan melalui pelbagai bentuk bantuan, termasuk bekalan makanan kepada penternak berskala kecil.

“Mudah-mudahan apabila populasi khinzir liar semakin meningkat, kita dapat membuka semula aktiviti pemburuan secara terkawal, manakala industri ternakan tempatan terus berkembang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/17/penternak-khinzir-kecil-bakal-terima-bantuan-makanan-ternakan/feed/ 0 98336
Penternak Khinzir Disaran Peka Langkah Pencegahan ASF https://sabahmedia.com/2021/10/22/penternak-khinzir-disaran-peka-langkah-pencegahan-asf/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/penternak-khinzir-disaran-peka-langkah-pencegahan-asf/#respond Fri, 22 Oct 2021 04:30:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7796
Read Time:59 Second

PAPAR : Penternak khinzir disaran agar lebih peka dengan langkah-langkah pencegahan virus African Swine Fever (ASF).

Pegawai Daerah Papar, Hazlan Jablee berkata kesedaran perlu diterapkan khususnya dalam kalangan penternak khinzir yang terdedah kepada virus berkenaan.

“Kesedaran dalam kalangan penternak khinzir perlu diterapkan bagi mencegah virus ASF ini terus merebak.

“Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah perlu dititikberatkan oleh penduduk bagi memastikan virus ini dapat dikawal,” katanya.

Menurut Hadzlan, bermula 12 Oktober lalu, Papar diisytihar daerah wabak ASF setelah virus tersebut dikesan di Kampung Kogopon dan Kampung Purak. 

Hazlan memaklumkan demikian ketika ditemui  selepas Program Sepakat@Komuniti anjuran Pejabat Penerangan Daerah Papar di Tuhunon Bolotikon Riverside, disini semalam.

Terdahulu, dua taklimat berkaitan binatang ternakan dan kesihatan masing-masing disampaikan oleh Pegawai Penguasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, Norhaini Madin dan Penolong Pegawai Persekitaran dari Pejabat Kesihatan Daerah, Ismail Lakarina.

Turut diadakan dalam program terbabit, penyampaian bakul makanan sumbangan Jabatan Penerangan Sabah oleh Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Harun Maddasa kepada 10 Ketua Isi Rumah (KIR).

Hadir sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Limbahau Datuk Johnny Mositun, dan Pegawai Penerangan Daerah Papar Sam Mansibu./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/penternak-khinzir-disaran-peka-langkah-pencegahan-asf/feed/ 0 7796