khususnya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Mar 2023 08:45:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png khususnya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan diingatkan tidak pinggirkan anak-anak golongan OKU khususnya dalam pendidikan TVET – Bobbey https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-diiingatkan-tidak-pinggirkan-anak-anak-golongan-oku-khususnya-dalam-pendidikan-tvet-bobbey/ https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-diiingatkan-tidak-pinggirkan-anak-anak-golongan-oku-khususnya-dalam-pendidikan-tvet-bobbey/#respond Fri, 24 Mar 2023 08:36:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31416
Read Time:56 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar tidak meminggirkan anak-anak golongan kurang dan kelainan upaya (OKU) khususnya dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Menyentuh pemerkasaan Pendidikan TVET, Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey A.Suan mengingatkan kerajaan agar jangan meminggirkan anak-anak golongan OKU itu.

Beliau berkata demikian ketika membahas Titah Diraja pada Persidangan Dewan Negara di Kuala Lumpur, semalam.

Bobbey risau dan terkilan kerana Sabah yang berpopulasi seramai 3.4 juta orang, tetapi hanya sebuah Kolej Vokasional (KV) diwujudkan di Bahagian Pedalaman yang menawarkan TEVT Pendidikan Khas.

Katanya, ibu bapa yang mempunyai anak OKU di Sabah amat memerlukan KV TVET Pendidikan Khas supaya anak-anak syurga mereka dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi khusus dalam bidang TEVT.

“Selain itu anak-anak golongan OKU ini dapat berdikari untuk mencari rezeki serta pendapatan sendiri apabila ibu bapa mereka sudah tiada satu hari nanti.

“Justeru daripada membina KV yang baru, saya mencadangkan Kementerian Pendidikan supaya menaiktaraf KV sedia ada sama ada di Bahagian Pantai Barat, Bahagian Kudat, Bahagian Sandakan dan Bahagian Tawau termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan dengan menambah program TVET Pendidikan Khas untuk anak-anak OKU ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/24/kerajaan-diiingatkan-tidak-pinggirkan-anak-anak-golongan-oku-khususnya-dalam-pendidikan-tvet-bobbey/feed/ 0 31416
Sabah alu-alukan pelabur dari Arab Saudi khususnya di SOGIP – Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/#respond Tue, 28 Feb 2023 09:49:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30117
Read Time:1 Minute, 3 Second

TUARAN: Pengerusi Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Datuk Abdul Rahman Dahlan bertemu Menteri Pelaburan Arab Saudi Khalid AlFalih semasa lawatannya di Riyadh baru-baru ini.

Dalam pertemuan, Abdul Rahman berkata, mereka banyak membincangkan mengenai masa depan kedua-dua negara itu Malaysia dan Arab Saudi.

“Kami bincang banyak perkara mengenai masa depan kedua-dua negara. Saya juga maklumkan juga peluang-peluang besar untuk pelaburan dari Arab Saudi di Sabah, termasuk di kawasan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang yang dipengerusikan oleh saya,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya dua hari lepas.

Katanya, beliau berjumpa dengan sahabat lamanya, Khalid yang dipertanggungjawabkan oleh Raja Salman untuk menjadi salah satu menteri utama dalam merealisasikan Visi 2030 Arab Saudi.

“Seorang yang peramah, berpengalaman dan berpandangan jauh, hubungan kami sudah bertukar dari hubungan rasmi sebagai menteri kepada hubungan persahabatan yang akrab,” katanya.

Abdul Rahman turut berkata, pertemuan itu juga membincangkan peluang pelaburan dan perniagaan untuk syarikat-syarikat Malaysia di Arab Saudi.

“Dengan wujudnya projek-projek infra baru seperti The Line, NEOM City, lapangan terbang dan pelabuhan serta sistem pengangkutan darat, syarikat-syarikat Malaysia yang berpengalaman boleh mengambil peranan besar di Arab Saudi,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau turut berharap hubungan kedua-dua negara dipelihara oleh Allah SWT demi masa depan bersama.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/28/sabah-alu-alukan-pelabur-dari-arab-saudi-khususnya-di-sogip-rahman-dahlan/feed/ 0 30117