SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengenakan denda RM15,000 terhadap sebuah kilang kelapa sawit kerana melepaskan efluen melebihi had ditetapkan.
Hakim Noor Hafizah membuat keputusan itu selepas wakil syarikat mengaku bersalah melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had yang ditentukan di bawah Syarat Jadual Pematuhan Lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127).
Berdasarkan pertuduhan, kilang kelapa sawit yang beroperasi di Sandakan itu didapati telah melepaskan efluen dengan kepekatan oksigen biokimia yang diperlukan (BOD), 30⁰C melebihi had 20 mg/l yang ditetapkan dalam lesen, selama tiga hari.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah Jissamy Jimmy.
JAS menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Sawit Biru, Kinabatangan merupakan kluster jenis tempat kerja.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tercetus dari tempat kerja melibatkan sebuah kilang sawit di Kinabatangan.
“Kes indeks merupakan seorang wanita bukan warganegara berumur 41 tahun bekerja sebagai pembersihan di kilang sawit berkenaan.
“Beliau didapati positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan RTK-Ag di klinik swasta di Lahad Datu pada 22 November 2021 dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.
Susulan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapatiseramai 13 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan telah didapati positif COVID-19 dan telah di kuarantin serta diberi rawatan yang sesuai.
Manakala jumlah kumulatif kes positif untuk kluster ini adalah seramai 14 orang.
]]>