Kilang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 01 Aug 2025 11:51:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kilang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gangguan bekalan elektrik tanpa notis di Taman Perindustrian Kolombong cetus kekecewaan – FMM Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/01/gangguan-bekalan-elektrik-tanpa-notis-di-taman-perindustrian-kolombong-cetus-kekecewaan-fmm-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/01/gangguan-bekalan-elektrik-tanpa-notis-di-taman-perindustrian-kolombong-cetus-kekecewaan-fmm-sabah/#respond Fri, 01 Aug 2025 11:41:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78376
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Cawangan Sabah menyatakan kekecewaan mendalam terhadap gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba dan tanpa notis yang berlaku pada Selasa, 29 Julai lalu di Taman Perindustrian BDC Perkasa, Kolombong, Sabah.

Pengerusi FMM Sabah, Liew Hian Guang (廖显光), dalam satu kenyataan hari ini berkata gangguan tersebut telah menjejaskan operasi perniagaan secara serius, dengan beberapa kilang terpaksa menanggung kerugian akibat bahan mentah yang rosak, pengeluaran tergendala, dan produk siap yang ditolak oleh pelanggan.

“Lebih membimbangkan, kakitangan juga terpaksa bekerja lebih masa untuk mengejar jadual penghantaran, sekaligus meningkatkan kos operasi. Gangguan seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengeluar tempatan, malah boleh mencetuskan kesan berantai terhadap rantaian bekalan yang lebih luas,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa berkaitan agar mengambil langkah segera bagi memastikan gangguan seperti ini tidak berulang, termasuk menyediakan notis awal kepada pengguna industri bagi membolehkan mereka membuat persediaan sewajarnya.

FMM Sabah menekankan bahawa kestabilan bekalan elektrik merupakan komponen penting dalam menjamin kelangsungan dan daya saing industri pembuatan di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/01/gangguan-bekalan-elektrik-tanpa-notis-di-taman-perindustrian-kolombong-cetus-kekecewaan-fmm-sabah/feed/ 0 78376
Kebakaran musnahkan kilang dan rumah sewa, penyewa dan pekerja selamat https://sabahmedia.com/2025/04/29/kebakaran-musnahkan-kilang-dan-rumah-sewa-penyewa-dan-pekerja-selamat/ https://sabahmedia.com/2025/04/29/kebakaran-musnahkan-kilang-dan-rumah-sewa-penyewa-dan-pekerja-selamat/#respond Tue, 29 Apr 2025 12:14:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72908
Read Time:2 Minute, 31 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Suasana cemas menyelubungi seramai 27 pekerja dan penyewa di kawasan kilang di Jalan Kokol, Menggatal dalam kebakaran awal pagi tadi (29 April).

Insiden yang berlaku sekitar jam 3.50 pagi itu menyebabkan penyewa termasuk pekerja kilang menyelamatkan diri apabila api mula marak di tengah kawasan antara dua lot kilang di kawasan itu.

Pengurus kawasan kilang, Valliant Ho, 32, berkata kawasan kilang itu mempunyai sebanyak 25 lot.

Ho (tengah) menjelaskan kejadian kepada anggota bomba.

Seramai 12 penyewa kilang telah menyewa beberapa lot kilang, sementara selebihnya dijadikan rumah pekerja, rumah sewa dan bilik sewa.

Ho berkata, pada awal kejadian dia dikejutkan oleh pekerjanya yang menyedari kebakaran itu pada jam 3 lebih pagi dan terus bertindak mengejutkan semua penghuni serta membawa keluarganya keluar dari kawasan berkenaan.

“Saya nampak api marak di tengah-tengah antara dua lot kilang di kawasan itu. Kami terus hubungi bomba dan polis, kami juga cuba padamkan api tetapi tidak ada air langsung kerana gangguan bekalan air,” katanya kepada Sabah Media di lokasi kejadian.

Ho turut cuba menyelamatkan beberapa barang penting dan memindahkan kenderaan, namun sebahagian besar gagal diselamatkan kerana api merebak terlalu cepat.

Mus (kiri) dan Liew (kanan) berada berada di lokasi kejadian selepas mendapat panggilan dari pengurus kawasan kilang.

Sementara itu, penyewa empat lot kilang di kawasan itu, Liew Man Ken, 28, yang tidak menetap di situ, berkata dia hanya mengetahui tentang kebakaran tersebut selepas dihubungi oleh pengurus kawasan sekitar jam 6 pagi.

“Saya ada tempahan keseluruhan hampir 300 pintu yang perlu disiapkan. Semua kayu, mesin, peralatan lain dan sebuah kereta musnah terbakar. Saya akan hubungi pelanggan sama ada mereka boleh tunggu sehingga semua selesai atau saya akan pulangkan deposit mereka,” katanya.

Mus Ismenyah, 43, yang juga pengusaha perabot turut terkesan apabila tempahan perabot pasang siap miliknya musnah sepenuhnya. Katanya, dia kini sedang mempertimbangkan untuk membeli semula kelengkapan perniagaan bagi menyiapkan tempahan pelanggan yang tertangguh.

“Saya ada lima tempahan perabot pasang siap daripada pelanggan. Saya akan minta masa tambahan daripada pelanggan untuk siapkan tempahan. Kalau mereka tidak boleh tunggu, saya akan pulangkan deposit,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba Agustavia Joe Guasi, dalam kenyataannya berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 pagi dan jentera pertama tiba sepuluh minit kemudian, sejauh lapan kilometer dari Balai Bomba Lintas.

Kebakaran melibatkan keseluruhan struktur kilang musnah. Turut musnah ialah lapan kenderaan iaitu sebuah lori tanker air 16,000 liter, tiga buah forklift, sebuah motosikal Honda Cup, sebuah Proton Satria Neo, sebuah Toyota Land Cruiser 4×4, dan sebuah Isuzu Invader 4×4.

Pasukan bomba menggunakan sumber dari jentera water tanker bomba dan pili berhampiran. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.08 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 2.23 petang.

Operasi melibatkan kekuatan 44 anggota daripada tiga Balai Bomba, termasuk 22 dari Lintas, sembilan dari Kota Kinabalu, dan dua dari Tuaran.

Turut membantu ialah pasukan dari PDRM (empat anggota) dan Sabah Electricity (dua pegawai).

Menurut Agustavia, punca kebakaran masih dalam siasatan bahagian forensik bomba.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/29/kebakaran-musnahkan-kilang-dan-rumah-sewa-penyewa-dan-pekerja-selamat/feed/ 0 72908
Kilang simen dalam hutan lebih sesuai, elak pencemaran di bandar – Masiung https://sabahmedia.com/2025/04/21/kilang-simen-dalam-hutan-lebih-sesuai-elak-pencemaran-di-bandar-masiung/ https://sabahmedia.com/2025/04/21/kilang-simen-dalam-hutan-lebih-sesuai-elak-pencemaran-di-bandar-masiung/#respond Mon, 21 Apr 2025 06:26:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72393
Read Time:2 Minute, 3 Second

TONGOD: Pembinaan kilang simen di kawasan hutan lebih sesuai berbanding di bandar kerana ia mampu mengelakkan masalah pencemaran dan gangguan alam sekitar kepada penduduk, kata Pengerusi Borneo Cement Sabah (BCS) Sdn Bhd, Datuk Masiung Banah.

“Apa masalahnya kilang simen dibina dalam hutan, takkan kita nak bina dalam bandar pula,” tegas beliau ketika ditemui media selepas merasmikan Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kampung Sogo-Sogo pada 15 April lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini.

Menurut Masiung yang juga naib presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, pemilihan lokasi di kawasan hutan bagi zon perindustrian simen di Tongod adalah lebih praktikal memandangkan bahan mentah utama seperti batu kapur, tanah liat, pasir dan batu turut tersedia di sekitar kawasan tersebut.

“Jika kilang ini dibina berhampiran kawasan bandar, sudah tentu timbul isu sisa pepejal dan pencemaran udara yang lebih kritikal,” katanya.

Dalam persidangan DUN minggu lalu, Bung secara sinis mempersoalkan kewajaran pembinaan kilang berkenaan yang didirikan di kawasan hutan tanpa bekalan asas seperti elektrik, air dan akses jalan raya. Ketua Perhubungan UMNO Sabah itu turut mendakwa pelabur utama telah menarik diri dan aktiviti pembalakan sedang berlaku di lokasi terbabit.

Menjawab dakwaan tersebut, Masiung yang juga ADUN Kuamut menyifatkan kenyataan Bung sebagai tidak berasas dan berkemungkinan bermotifkan agenda politik tertentu.

“Saya hairan kenapa Bung tidak menyokong projek ini sedangkan ia membawa manfaat besar kepada rakyat Tongod, termasuk peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 penduduk tempatan serta membuka ruang perniagaan kepada komuniti setempat.

“Sebagai Ahli Parlimen kawasan ini, sepatutnya beliau menyokong usaha murni tersebut, bukannya menyebarkan persepsi negatif berdasarkan cerita kedai kopi,” katanya.

Masiung turut menafikan wujud sebarang aktiviti pembalakan di kawasan pembinaan kilang tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa kawasan itu kebanyakannya terdiri daripada formasi batu kapur.

Katanya lagi, pelabur utama dari China, Sinoma International Engineering Co. Ltd bersama BCS kini sedang giat menjalankan kerja-kerja awal termasuk pembinaan jalan dari tapak kilang di Kampung Kayawoi ke jalan utama di Kampung Matiku, Nabawan.

Kerja-kerja penyambungan elektrik, bekalan air dan pembinaan menara telekomunikasi optik juga sedang dijalankan serentak bagi menyokong pembangunan infrastruktur kilang berkenaan.

Projek kilang klinker dan simen berimpak tinggi itu dianggarkan bernilai RM1.2 bilion dan telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada April tahun lalu.

Dalam majlis yang sama, Masiung turut menerima kemasukan 112 ahli baharu menyertai Parti Gagasan Rakyat Kuamut yang diketuai bekas guru, Micheal Tamoi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/21/kilang-simen-dalam-hutan-lebih-sesuai-elak-pencemaran-di-bandar-masiung/feed/ 0 72393
Bekas pengurus kanan kilang di dakwa di mahkamah, kes tuntutan palsu https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/ https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/#respond Wed, 13 Sep 2023 07:43:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41770
Read Time:1 Minute, 31 Second

TAWAU: Seorang bekas pengurus kanan kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini, membabitkan tiga pertuduhan kes tuntutan palsu berjumlah RM25,510 antara November 2017 hingga Januari 2018.

Tertuduh, Hasnawi Dawi, 48, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut ketiga-tiga kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa melanggar tatacara pengurusan kewangan Peruntukan Alat Ganti/Alat Tulis (Senggaraan) yang pada ketika itu tertuduh adalah sebagai Pengurus Kanan Gred 6 di Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, iaitu pertuduhan pertama pada 11 Disember 2017, dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,000.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 622, manakala pertuduhan kedua pada 19 Januari 2018,dengan curangnya telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM7,500.00 bagi kerja-kerja Penggantian Insulation Pipeline Pump 2622, dan pertuduhan ketiga pada 30 November 2017 dengan curangnya tertuduh telah melepaskan harta itu iaitu wang berjumlah RM9,010.00 bagi kerja-kerja Membekal dan Menyediakan Tenaga Kerja, Bahan Serta Pengangkutan untuk Membuat Kerja- Kerja Menggantikan Lantai 1st Floor Bangunan Plant yang reput di dalam Kawasan Kilang FVOPSB-Sahabat Oil Products.

Ketiga-tiga perbuatan tersebut dilakukan di Pejabat Sahabat Oil Products, FGV Refineries Sdn. Bhd, di dalam Daerah Lahad Datu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, manakala tertuduh diwakili peguam dari Chang & Kamaruddin Co.

Ketiga-tiga pertuduhan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 Kanun yang sama.

Mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dan RM3,000 didepositkan ke akaun mahkamah untuk kesemua pertuduhan beserta seorang penjamin tempatan.

Manakala, tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM terdekat setiap dua bulan sekali dan pasport antarabangsa diserahkan kepada Mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan tarikh
sebutan, PTCM Sek. 51(A) CPC pada 17 Oktober 2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/13/bekas-pengurus-kanan-kilang-di-dakwa-di-mahkamah-kes-tuntutan-palsu/feed/ 0 41770
Kilang curi karan dikenakan tindakan https://sabahmedia.com/2023/06/28/kilang-curi-karan-dikenakan-tindakan/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/kilang-curi-karan-dikenakan-tindakan/#respond Wed, 28 Jun 2023 11:59:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37345
Read Time:50 Second

PENAMPANG: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bertindak memotong bekalan elektrik di sebuah kilang dipercayai melakukan sambungan elektrik secara haram untuk beroperasi dalam kejadian di Jalan Nosoob dekat sini baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikeluarkan dari Facebook SESB Careline, pemilik kilang itu didapati mencuri arus elektrik walaupun permohonan secara sah telah dibuat untuk penyambungan meter elektrik.

Meter tidak dipasang.
Sambungan wayar secara haram untuk mencuri arus elektrik di kilang tersebut. – Foto ihsan facebook SESB Careline

“Bagaimanapun, sambungan wayar secara haram itu telahpun dipotong oleh pasukan teknikal SESB.

“Tindakan saman mahkamah sedang diambil ke atas pemilik kilang tersebut,” kata kenyataan di Facebook berkenaan pada Selasa.

Pada masa sama, turut dimuat naik beberapa gambar melibatkan sebuah kilang dan kerja pemotongan wayar sambungan secara haram oleh pasukan teknikal SESB.

Sehubungan dengan itu, SESB turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan penyambungan haram untuk mencuri arus elektrik.

Kegiatan mencuri arus elektrik ini juga boleh mengancam keselamatan manusia selain kerugian yang lebih besar jika berlakunya litar pintas yang menyebabkan kebakaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/kilang-curi-karan-dikenakan-tindakan/feed/ 0 37345
COVID-19: Kluster Tercetus Melibatkan Pekerja Kilang Papan Di Sandakan https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/#respond Sat, 04 Sep 2021 14:38:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5828
Read Time:48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja merekodkan 116 kes positif termasuk 103 kes baharu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Semawang, Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif COVID-19 kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Sandakan.

Kes indeks Kluster Semawang, Sandakan adalah pekerja lelaki, 40, bukan warganegara, dikesan COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100%
dalam saringan pekerjaan.

Susulan dari kes tersebut, pada 27 Ogos 2021, tiga lagi kes baharu dikesan di lokaliti sama. Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376 pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif COVID-19 melalui kaedah ujian RTK AG.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/covid-19-kluster-tercetus-melibatkan-pekerja-kilang-papan-di-sandakan/feed/ 0 5828