Kim Swee – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Oct 2021 10:24:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kim Swee – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sokongan Penonton Kekuatan Sabah FC Menentang JDT Jumaat ini – Kim Swee https://sabahmedia.com/2021/10/27/sokongan-penonton-kekuatan-sabah-fc-menentang-jdt-jumaat-ini-kim-swee/ https://sabahmedia.com/2021/10/27/sokongan-penonton-kekuatan-sabah-fc-menentang-jdt-jumaat-ini-kim-swee/#respond Wed, 27 Oct 2021 10:24:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7983
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU:  Sabah FC menghadapi cabaran cukup besar bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu apabila saingan TM Piala Malaysia 2021 bersambung semula 29 Oktober ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata ini merupakan perlawanan pertama beliau mengendalikan Sabah FC selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih bermula 1 Oktober lalu dan berharap persiapan rapi selama sebulan ini dapat diterjemahkan oleh anak-anak buahnya dengan keputusan yang positif.

Katanya dalam setiap perlawanan pasti ada kelemahan serta kekuatan namun semua pemain perlu fokus agar dapat menyaingi kekuatn pasukan JDT.

Kim Swee mengakui pasukannya mempunyai banyak kelemahan dan ada juga kekuatan.

“Tapi kelemahan paling ketara apabila dibolosi begitu banyak gol dalam saingan Liga Super lalu.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan dan kelemahan yang ada ketika bertemu JDT nanti dan percaya banyak perkara telah diperbaiki sepanjang tempoh rehat sebulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan skuad badak di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Kim Swee berkata ketika ini Sabah FC boleh meletakkan sasaran yang positif sekaligus tidak boleh membenarkan JDT untuk menguasai perlawanan jumaat nanti.

“Kita perlu yakin bahawa bermain di laman sendiri merupakan salah satu kekuatan yang kita ada disamping sokongan daripada para penyokong selepas dibenarkan hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 bermula Jumaat ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/27/sokongan-penonton-kekuatan-sabah-fc-menentang-jdt-jumaat-ini-kim-swee/feed/ 0 7983
Kim Swee Mampu Perbaiki Prestasi Sabah FC – Jelani https://sabahmedia.com/2021/10/07/kim-swee-mampu-perbaiki-prestasi-sabah-fc-jelani/ https://sabahmedia.com/2021/10/07/kim-swee-mampu-perbaiki-prestasi-sabah-fc-jelani/#respond Thu, 07 Oct 2021 03:42:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7243
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan menaruh harapan pasukan itu akan menjadi lebih baik di bawah kendalian ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee dalam menghadapi perlawanan dalam saingan Piala Malaysia.

Katanya, walaupun sasaran sebenar untuk memperbaiki prestasi pasukan dalam Liga Super musim depan namun tumpuan sekarang ialah untuk mengharungi baki empat perlawanan Piala Malaysia.

“Pencapaian kita menerusi dua perlawanan di luar sebelum ini boleh dikatakan baik, seri 1-1 dengan PJ City FC dan seri 2-2 dengan Kelantan FC dan kita berharap Sabah FC akan terus dapat memperbaiki prestasi,” katanya ketika menemui pemain-pemain dan staf kejurulatihan kelab itu di Stadium Likas, semalam (Rabu).

Kehadiran Jelani itu juga atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung SAFA yang baharu berikutan pelantikan beliau ke jawatan itu minggu lepas.

Beliau memberitahu, sungguhpun baru lebih kurang seminggu bersama pasukan sebelum menghadapi dua perlawanan Piala Malaysia di luar, sudah ada petanda pasukan memperlihatkan perubahan.

“Kita mahu melihat pasukan ini akan terus memberi cabaran khususnya dalam perlawanan menentang pasukan JDT di halaman sendiri (Stadium LIkas) pada 29 Oktober ini”, ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya akan memastikan SAFA dan Sabah FC mempunyai hubungan yang harmoni dan pada masa yang sama, kelab profesional itu dapat meningkatkan lagi pengurusan terutama dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

“Soal perancangan dan pembaikan prestasi dan teknikal dalam pasukan Sabah FC, kita serahkan kepada Kim Swee sebagai seorang jurulatih yang sangat berpengalaman,” katanya.

Jelani yakin ketua jurulatih itu mampu memperbaiki pasukan dan berharap beliau akan dapat melakukannya untuk musim depan.

Katanya, selaku setiausaha agung SAFA dan sekali gus sebagai Pengarah Sabah FC akan memudahkannya mengendalikan pengurusan pasukan tersebut agar menjadi lebih baik.

“SAFA sebagai badan induk bolasepak dan pemilik sepenuhnya Sabah FC sudah tentu kelab itu dapat dipantau dan menjadikan SAFA sebagai badan rujukan untuk menggerakkan lagi pasukan,” tegas Jelani.

Turut hadir ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat, bekas pemain skuad olimpik negara, Datuk James Wong dan para pegawai SAFA.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/07/kim-swee-mampu-perbaiki-prestasi-sabah-fc-jelani/feed/ 0 7243