Kimanis Power Sdn Bhd – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 29 Sep 2024 04:19:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kimanis Power Sdn Bhd – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kimanis Power Sdn Bhd serah 28 panel solar kepada penduduk Kg Katalirus https://sabahmedia.com/2024/09/29/kimanis-power-sdn-bhd-serah-28-panel-solar-kepada-penduduk-kg-katalirus/ https://sabahmedia.com/2024/09/29/kimanis-power-sdn-bhd-serah-28-panel-solar-kepada-penduduk-kg-katalirus/#respond Sun, 29 Sep 2024 04:19:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61431
Read Time:1 Minute, 18 Second

NABAWAN: Kimanis Power Sdn Bhd telah menyerahkan 28 sistem tenaga solar yang menjadi sebahagian daripada program impak sosialnya pada di Kampung Katalirus di sini pada Khamis lalu. (26 Sept).

Program di bawah ‘Menerangi Kehidupan Rakyat Sabah’ (Illuminating Lives of Sabahans) itu bertujuan untuk memperkasa komuniti terpencil di Sabah melalui pemudahan akses kepada penyelesaian tenaga mampan, dengan objektif meningkatkan kualiti hidup serta mempromosi kelestarian alam sekitar.

Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kimanis Power Sdn Bhd, Rozali Khamis dan disaksikan oleh wakil daripada Kumpulan Yayasan Sabah dan PETRONAS Gas Berhad sebagai pemegang saham syarikat, pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Pejabat Daerah Nabawan, serta pegawai dan kakitangan PETRONAS dan penduduk Kg Katalirus.

Dalam majlis berkenaan, Kimanis Power Sdn Bhd telah menyerahkan sistem tenaga solar yang akan membekalkan tenaga elektrik kepada 25 buah rumah, serta masing-masing sebuah balai raya, sekolah dan gereja yang akan memberi kesan positif kepada kehidupan 329 penduduk di Kampung Katalirus.

Rozali dalam ucapannya pada majlis itu berkata, kehadiran tenaga solar ini adalah satu langkah penting dalam membawa perubahan positif kepada kehidupan penduduk yang selama ini tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

“Dengan pemasangan sistem solar ini, penduduk Kg Katalirus kini dapat menikmati manfaat tenaga bersih dan mampan, yang akan meningkatkan lagi kehidupan harian mereka,” katanya.

Sementara itu Ketua Kampung Kg Katalirus, Baginda Biong berkata sebelum ini, kami bergantung kepada lampu minyak tanah, manakala yang berkemampuan akan menggunakan mesin janakuasa. Tetapi dengan pemasangan sistem tenaga solar oleh Kimanis Power Sdn Bhd, kini penduduk kampung dapat menikmati bekalan tenaga yang stabil siang dan malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/29/kimanis-power-sdn-bhd-serah-28-panel-solar-kepada-penduduk-kg-katalirus/feed/ 0 61431
Kimanis Power Sdn Bhd bayar RM20 juta dividen kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd https://sabahmedia.com/2023/02/14/kimanis-power-sdn-bhd-bayar-rm20-juta-dividen-kepada-nrg-consortium-sabah-sdn-bhd/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/kimanis-power-sdn-bhd-bayar-rm20-juta-dividen-kepada-nrg-consortium-sabah-sdn-bhd/#respond Tue, 14 Feb 2023 04:46:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29537
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan pembayaran dividen berjumlah RM20 juta untuk tahun 2022 daripada Kimanis Power Sdn.Bhd kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn.Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah (YS) di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Pengerusi Kimanis Power Sdn.Bhd, Abdul Aziz Othman menyerahkan dividen
itu kepada Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn.Bhd (ICSB), Datuk Jasni
Daya.

Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua (Pembangunan Perniagaan dan Komersial) PETRONAS Gas Berhad,
Hisham Maaulot, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimanis Power Sdn.Bhd, Rozali Khamis, Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab dan
Pengarah ICSB, Joshua Ho.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/kimanis-power-sdn-bhd-bayar-rm20-juta-dividen-kepada-nrg-consortium-sabah-sdn-bhd/feed/ 0 29537
Kimanis Power Sdn Bhd Bayar Dividen RM30 Juta https://sabahmedia.com/2022/01/10/kimanis-power-sdn-bhd-bayar-dividen-rm30-juta/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/kimanis-power-sdn-bhd-bayar-dividen-rm30-juta/#respond Mon, 10 Jan 2022 11:07:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10973
Read Time:24 Second

KOTA KINABALU: Kimanis Power Sdn Bhd membayar dividen RM30 juta bagi tahun 2021 kepada NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah.

Syarikat itu membayar RM12 juta untuk dividen interim pertama bagi 2021 tahun lalu, manakala RM18 juta lagi dibayar sebagai dividen interim kedua pada Isnin.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyampaian cek dividen interim kedua daripada Pengerusi Kimanis Power, Abdul Aziz Othman kepadaTimbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sam Mannan di pejabatnya di Menara Kinabalu dekat sini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/kimanis-power-sdn-bhd-bayar-dividen-rm30-juta/feed/ 0 10973