Kimanis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 03 May 2025 07:07:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kimanis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Petrol RON97 mula dijual di Petronas Kimanis untuk kemudahan pelawat Brunei https://sabahmedia.com/2025/05/03/petrol-ron97-mula-dijual-di-petronas-kimanis-untuk-kemudahan-pelawat-brunei/ https://sabahmedia.com/2025/05/03/petrol-ron97-mula-dijual-di-petronas-kimanis-untuk-kemudahan-pelawat-brunei/#respond Sat, 03 May 2025 07:07:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73104
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh Normimie Diun

KIMANIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) memulakan ujian rintis penjualan petrol RON97 di Stesen Petronas Kimanis susulan aduan kesukaran mendapatkan bekalan bahan api itu, khususnya daripada pelawat dan pelancong dari Brunei Darussalam.

Armizan (dua kanan) semasa pelancaran Mini PCS RON97 di Petronas Kimanis di sini, hari ini.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ujian rintis itu menggunakan sistem Mini Portable Container System (PCS) berkapasiti 5,000 liter dan akan berlangsung selama enam bulan bermula hari ini.

“Daripada 260 stesen minyak di seluruh Sabah, hanya 37 membekalkan RON97. Banyak stesen tidak menyediakan bahan api ini kerana permintaan rendah serta risiko kerugian.

“Pelawat dari Brunei hanya dibenarkan membeli petrol RON97 tidak bersubsidi yang dijual pada harga RM3.18 seliter. Kekurangan bekalan di laluan masuk ke Sabah menimbulkan kesukaran kepada mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mini PCS RON97 di sini, hari ini.

Menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia, sebanyak 156,000 kenderaan berdaftar Brunei memasuki Malaysia melalui sempadan darat sepanjang 2023 hingga 2024.

Katanya, Stesen Petronas Kimanis dipilih kerana lokasinya yang strategik di laluan utama dari Bandar Seri Begawan ke Kota Kinabalu melalui Lebuh Raya Pan Borneo, dengan jarak sekitar 205 kilometer dari sempadan Brunei.

“Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kemudahan kepada pelancong asing dan pengguna tempatan, sambil menilai kestabilan bekalan, corak permintaan serta keperluan logistik untuk pelaksanaan jangka panjang,” katanya.

Dalam masa sama, KPDN turut melaksanakan mekanisme Rekod Log Pemantauan bermula 1 Januari 2025 melibatkan 538 stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi menangani isu ketirisan barang kawalan.

Langkah itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan penguatkuasaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof pada 14 Disember 2024.

Hadir sama pada majlis pelancaran inisiatif itu ialah Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam; Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin; Ketua Pegawai Operasi PETRONAS Dagangan Berhad, Azureen Azita Abdullah serta Rakan Niaga AJ Petromart merangkap pemilik Stesen Petronas Kimanis, Josephine Lim.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/03/petrol-ron97-mula-dijual-di-petronas-kimanis-untuk-kemudahan-pelawat-brunei/feed/ 0 73104
Ketua Balai Bomba Kimanis Parah Dalam Kemalangan Jalanraya Di Kinabatangan https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/#respond Wed, 29 Dec 2021 13:54:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10450
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KINABATANGAN: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan antara yang cedera parah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Paris Satu, dekat sini, pada Rabu.

Ketua BBP Kinabatangan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Shah Jamaluddin ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian.

Nurul Azlan berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang Rabu (29 Disember 2021), sepasukan anggota bomba diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi kejadian.

Keadaan kereta Perodua Alza yang dinaiki Johainin sekeluarga remuk dalam kemalangan itu. -Foto Ihsan BBP Kinabatangan.

“Di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis isuzu Dmax, Sebuah lori dan sebuah Perodua Alza.

“Terdapat lapan orang mangsa dilaporkan terlibat iaitu dua orang cedera parah, empat orang cedera ringan, dua orang tidak mengalami kecederaan dan kesemua mangsa telah dihantar ke hospital Kinabatangan menggunakan ambulans setelah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,”katanya.

Pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 5.05 petang.

Menurut Nurul Azlan, difahamkan Mohd Johainin, 35, sedang bercuti dan pada hari kejadian beliau bersama enam ahli keluarganya menaiki Perodua Azla sedang menuju ke Tawau, namun kereta mereka bertembung pada arah bertentangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax di lokasi kejadian.

“Ahli keluarga Johainin yang terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu isteri beliau Pamela Ng @ Norlela Mohd Firdaus, 35, adik Norlela, Nurul Yusra Mohd Firdaus,20, anak-anak mereka Nur Damia Maisarah Mohd Johainin, 7, dan Muhammad Muhyiddin Irfan, 6, hanya mengalami cedera ringan, manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan parah maklumat tidak diperolehi.

Sementara, pemandu lori dan Isuzu Dmax tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Nurul Azlan berkata, Johainin dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital Kinabatangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/feed/ 0 10450