KINABATANGAN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Aug 2026 05:04:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KINABATANGAN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Empat lelaki dipenjara lapan bulan ceroboh, tebang pokok di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan https://sabahmedia.com/2026/08/14/empat-lelaki-dipenjara-lapan-bulan-ceroboh-tebang-pokok-di-santuari-hidupan-liar-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2026/08/14/empat-lelaki-dipenjara-lapan-bulan-ceroboh-tebang-pokok-di-santuari-hidupan-liar-kinabatangan/#respond Fri, 14 Aug 2026 05:04:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101540
Read Time:53 Second

SANDAKAN: Empat lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan.

Keempat-empat tertuduh, Nasir Abdullah, Parihin Ariffin, Arif Ariffin dan Firman Tompo, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, pada kira-kira jam 11.31 pagi, Selasa lalu, di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan Lot 4, kesemua tertuduh didapati menebang pokok dalam kawasan berkenaan tanpa kebenaran yang sah.

Bagi pertuduhan kedua, pada waktu dan tempat sama, mereka didapati menceroboh kawasan berkenaan.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(1)(a) dan Seksyen 15(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 17(3), Subseksyen 15(4) serta Seksyen 96(7) enakmen sama.

Mahkamah turut memerintahkan supaya keempat-empat tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman penjara untuk tindakan selanjutnya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/14/empat-lelaki-dipenjara-lapan-bulan-ceroboh-tebang-pokok-di-santuari-hidupan-liar-kinabatangan/feed/ 0 101540
Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kinabatangan https://sabahmedia.com/2026/02/18/tujuh-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2026/02/18/tujuh-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kinabatangan/#respond Wed, 18 Feb 2026 10:07:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91883
Read Time:45 Second

KINABATANGAN: Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan Bukit Garam dekat sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan pada jam 10.08 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan tiba di lokasi pada jam 10.21 malam.

Ketua BBP Kota Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, enam rumah terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar 20 peratus. Turut musnah sebuah kenderaan Toyota Hilux.

“Seramai 17 anggota diketuai PBK I Mohamud Punya menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera, pili bomba dan sungai berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan seorang anggota Pasukan Bomba Bantuan berusia 24 tahun cedera ringan selepas terpijak paku ketika operasi memadam api dan telah menerima rawatan di hospital.

Pasukan bomba turut menyelamatkan 10 rumah berhampiran daripada terbakar.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.20 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.40 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/18/tujuh-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-kinabatangan/feed/ 0 91883
PRK Lamag, Kinabatangan: GRS beri bayangan tidak bertanding – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/12/16/prk-lamag-kinabatangan-grs-beri-bayangan-tidak-bertanding-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/12/16/prk-lamag-kinabatangan-grs-beri-bayangan-tidak-bertanding-hajiji/#respond Tue, 16 Dec 2025 10:18:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88407
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi bayangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, keputusan itu akan dibincangkan dalam GRS, namun kemungkinan besar gabungan tersebut memilih untuk memberi laluan.

“Kita akan bincang dalam GRS, tetapi kemungkinan besar kita tidak akan bertanding,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, pada Selasa.

PRK bagi kedua-dua kerusi itu dijangka diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, pada 5 Disember lalu. Allahyarham merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, ADUN Lamag serta Pengerusi UMNO Sabah.

Menurut Hajiji, GRS menghormati parti yang memenangi kerusi berkenaan sebelum ini dan kebetulan UMNO berada dalam kerajaan negeri ketika ini.

“Kita akan beri penghormatan kepada parti yang menang. Jadi itu yang boleh saya cakap setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, GRS juga bersedia memberi laluan dan membantu UMNO bagi memastikan kemenangan dalam PRK berkenaan.

“Saya akan berbincang dengan Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu melibatkan kedua-dua kerusi, Hajiji berkata perkara itu masih dalam perbincangan, namun prinsip memberi laluan tetap menjadi pendirian GRS.

“Tunggulah perbincangan nanti,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, menetapkan hari penamaan calon bagi PRK kerusi DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada 10 Januari 2026, diikuti pengundian awal pada 20 Januari 2026, manakala hari mengundi ditetapkan pada 24 Januari 2026.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/16/prk-lamag-kinabatangan-grs-beri-bayangan-tidak-bertanding-hajiji/feed/ 0 88407
Saraya Corporation Japan biaya pemuliharaan habitat gajah https://sabahmedia.com/2025/01/21/saraya-corporation-japan-biaya-pemuliharaan-habitat-gajah/ https://sabahmedia.com/2025/01/21/saraya-corporation-japan-biaya-pemuliharaan-habitat-gajah/#respond Tue, 21 Jan 2025 03:46:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67235
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kinabatangan: Projek Koridor Makanan Gajah Hilir Kinabatangan akan diperkasakan dengan pembiayaan berjumlah RM1 juta membabitkan kawasan seluas 33.35 ekar bagi tempoh lima tahun.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, pembiayaan itu akan dilakukan oleh Saraya Corporation Japan yang melibatkan penanaman pelbagai rumput di sepanjang tebing Sungai Kinabatangan bagi mewujudkan sumber makanan alternatif kepada gajah-gajah di kawasan itu.

Katanya, Saraya Corporation merupakan sebuah organisasi yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam usaha memastikan pergerakan gajah berjauhan dengan penempatan manusia serta kawasan pertanian.

“Kerajaan negeri memberi tanggungjawab kepada Responsible Elephant Conservation Trust (RESPECT) untuk memainkan peranan utama mewujudkan koridor makanan gajah di Kinabatangan, bermula di Kampung Bilit.

“Kerjasama antara RESPECT serta Saraya Corporation akan memastikan usaha memupuk kelestarian alam sekitar selaras dengan matlamat Sabah iaitu mahu memastikan khazanah alam dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan negeri komited untuk menyediakan sokongan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan projek ini di masa depan.

“Seramai tujuh pekebun ditawarkan berkhidmat dengan RESPECT bagi menjayakan projek ini. 

“Kita menegaskan bahawa pemuliharaan tidak akan berjaya tanpa penyertaan serta kerjasama daripada masyarakat tempatan.

“Kerjasama anda semua akan memberi inspirasi kepada kami untuk memastikan Koridor Kehidupan Kinabatangan terus menjadi tempat perlindungan hidupan liar,” katanya.

Menurutnya, kajian menunjukkan gajah akan memakan pelbagai jenis tumbuhan tetapi buah kelapa sawit serta rumput merupakan pilihan utama haiwan berkenaan.

“Apabila kita menaiki bot di sepanjang Sungai Kinabatangan, anda akan melihat hampir semua tumbuh-tumbuhan di Kinabatangan dikelilingi hutan semula jadi atau ladang kelapa sawit.

“Ladang untuk rumput sekarang sebenarnya sangat kecil. Di mana tebing sungai tidak mempunyai pokok, kami merancang untuk menanam dan mengekalkan rumput berkenaan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/21/saraya-corporation-japan-biaya-pemuliharaan-habitat-gajah/feed/ 0 67235
Masyarakat Kinabatangan bakal nikmati kemudahan Dewan, Pasar Awam https://sabahmedia.com/2024/09/26/masyarakat-kinabatangan-bakal-nikmati-kemudahan-dewan-pasar-awam/ https://sabahmedia.com/2024/09/26/masyarakat-kinabatangan-bakal-nikmati-kemudahan-dewan-pasar-awam/#respond Thu, 26 Sep 2024 00:00:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61215
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat di daerah Kinabatangan bakal menikmati beberapa fasiliti baharu yang lebih selesa antaranya dewan serbaguna dan pasar awam.

Pegawai Daerah Kinabatangan, Willey Lampaki berkata, selain dewan dan pasar awam, fasiliti lain yang turut sedang dibangunkan adalah pusat pelupusan sampah.

Katanya, ketiga-tiga kemudahan itu dijangka siap pada 2025.

“Setakat ini, pembangunan kalau berbanding dengan dulu memang amat menggalakkan. Dewan serbaguna yang baharu kapasiti lebih kurang 1,000 orang berbanding yang lama tampungan lebih kurang 500 orang dan dilengkapi bangku, meja, pentas serta penyaman udara.

“Untuk pasar awam pula, kelebihan berbanding pasar yang sebelum ini dari segi kemudahan parkir, susun atur yang begitu lengkap sekali dan boleh memuatkan 60 peniaga manakala fasiliti pusat pelupusan sampah pula yang boleh menampung untuk beberapa tahun.

“Projek-projek ini masing-masing bernilai RM6 juta untuk dewan, RM5 juta untuk pasar awam dan RM3 juta untuk pelupusan sampah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Willey yang juga Pengerusi Majlis Daerah Kinabatangan berkata, kunjungan berkenaan bertujuan untuk memberi penerangan kepada Tun Juhar kedudukan daerah Kinabatangan dari segi pembangunan, keselamatan dan sebagainya.

Katanya, pihak Majlis Daerah Kinabatangan kini sedang mengemaskini kertas kerja berkenaan Pekan Baharu Kinabatangan untuk dibentangkan kepada sidang Jemaah Menteri dalam waktu terdekat.

“Antara kemudahan yang dicadangkan untuk Pekan Baharu Kinabatangan ini termasuklah rumah kakitangan majlis, hotel, kedai-kedai, pejabat baharu dan masjid.

“Pembangunan ini akan dapat mengubah satu corak kehidupan baharu untuk warga Kinabatangan, menarik pelancong dari luar negara sekali gus menjana kewangan untuk penduduk setempat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/26/masyarakat-kinabatangan-bakal-nikmati-kemudahan-dewan-pasar-awam/feed/ 0 61215
Bandar baharu Kinabatangan akan jadi realiti – Johainizamshah https://sabahmedia.com/2023/08/12/bandar-baharu-kinabatangan-akan-jadi-realiti-johainizamshah/ https://sabahmedia.com/2023/08/12/bandar-baharu-kinabatangan-akan-jadi-realiti-johainizamshah/#respond Sat, 12 Aug 2023 06:32:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39935
Read Time:1 Minute, 35 Second

KINABATANGAN: Hasrat rakyat Kinabatangan untuk memiliki bandar baharu Kinabatangan dijangka menjadi kenyataan tidak lama lagi, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag, Johainizamshah Johari.

Katanya, perkembangan positif itu berikutan pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Daerah telah menerima arahan Kertas Ukur Registered Survey Paper (RSP) daripada Pengarah Tanah dan Ukur.

Menurutnya, Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) telah mengenalpasti dan memohon tanah dengan keluasan 157.48 ekar untuk tujuan membina bandar baharu Kinabatangan.

“Dengan usaha gigih yang dilakukan oleh Pegawai Eksekutif MDK bersama Pegawai Daerah Kinabatangan, JTU Kinabatangan, Pegawai Hasil Bumi Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, ibu pejabat JTU telah mengeluarkan RSP untuk menyukat tanah tersebut”, katanya ketika dimaklumkan perkembangan terkini permohonan tanah tersebut.

Johainizamshah berkata, perkembangan positif itu dapat dicapai walaupun baru 6 bulan beliau diberi kepercayaan menerajui PPM Lamag.

Menurutnya, cadangan mewujudkan Bandar Baharu Kinabatangan telah mendapat sokongan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mahu melihat kawasan Kinabatangan membangun dibawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Semua ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada Hajiji yang mahu Kinabatangan terus membangun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, UPPM DUN Lamag terus bekerja membantu rakyat kawasan itu seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji mahu kawasan Kinabatangan terus menikmati pembangunan dan kemajuan seperti daerah-daerah lain.

“Kita ada perancangan serta misi dan visi untuk dipersembahkan kepada rakyat. Ini penting dalam memastikan pembangunan yang berlanjutan dan inklusif. Kerjasama dan kolaborasi antara semua pihak diperlukan untuk mencipta lingkungan yang menyokong kepada pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat”, katanya.

Sehubungan dengan itu, Johainizamshah berharap penyukatan tanah itu dapat dibuat oleh pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

“Saya berharap penyukatan tanah itu dapat dibuat oleh pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

“Saya juga menyeru rakyat di kawasan DUN Lamag khususnya dan Kinabatangan khaskan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Hajiji,” ujarnya.
.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/12/bandar-baharu-kinabatangan-akan-jadi-realiti-johainizamshah/feed/ 0 39935
Penduduk Terjejas Banjir Diingatkan Sentiasa Utamakan Keselamatan https://sabahmedia.com/2022/01/20/penduduk-terjejas-banjir-diingatkan-sentiasa-utamakan-keselamatan/ https://sabahmedia.com/2022/01/20/penduduk-terjejas-banjir-diingatkan-sentiasa-utamakan-keselamatan/#respond Thu, 20 Jan 2022 13:01:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11343
Read Time:1 Minute, 43 Second

KINABATANGAN : Penduduk yang terjejas banjir khususnya di beberapa kawasan di daerah ini diingatkan untuk sentiasa memastikan keselamatan diri termasuk anak-anak sentiasa terjaga.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, ini bagi memastikan tiada sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini berlaku ekoran trend hujan semasa yang tidak menentu.

“Meskipun ketika ini belum ada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, namun saya menyeru kepada semua penduduk kampung termasuk anggota keselamatan agar sentiasa bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan ekoran trend hujan semasa yang tidak menentu.

“Dalam pada itu, saya dan juga pihak berkaitan sedang mengenal pasti langkah penyelesaian jangka panjang ke arah mengurangkan kesan serta kemusnahan ditanggung akibat banjir di kawasan terjejas banjir khususnya di kampung ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Suan Lamba Kinabatangan disini hari ini.

Jafry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau berkata, langkah penyelesaian itu termasuklah mendalamkan anak sungai yang ada dan membina tebing konkrit di sepanjang sungai bagi mengelak air daripada melimpah.

“Jika boleh untuk penyelesaian jangka panjang kita mahu membina tebing konkrit bagi memastikan pengaliran air akibat hujan berjalan secara baik.

“Ini semua akan dapat kita laksanakan, saya yakin dan percaya masalah banjir di kawasan perumahan peneroka rancangan peringkat 1, 2 ini dapat kita selesaikan,” katanya.

Hujan yang berterusan sejak selasa lalu menyebabkan air sungai berhampiran melimpah ke rumah penduduk kampung semalam.

Walau bagaimanapun hasil tinjauan, air telah surut dan penduduk yang terjejas kini dalam proses membersihkan rumah masing masing.

Bagi penduduk, Mardan Sariman berkata, kejadian banjir yang berlaku di kawasan rumahnya telah berlaku sebanyak sembilan Kali.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk (Jafry) kerana sudi turun padang melawat kami seterusnya menyampaikan bantuan,”katanya.

Sementara itu, penduduk Ugih Andoh berkata, bantuan seperti tilam dan keperluan lain dilihat mampu membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

“Syukur, dengan bantuan yang diberikan ini sudah tentu akan dapat meringankan beban kami yang sebelum ini terjejas banjir,”katanya.

Antara sumbangan yang disampaikan adalah termasuk bantuan berupa wang ringgit, makanan serta barangan keperluan harian.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/20/penduduk-terjejas-banjir-diingatkan-sentiasa-utamakan-keselamatan/feed/ 0 11343
Ketua Balai Bomba Kimanis Parah Dalam Kemalangan Jalanraya Di Kinabatangan https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/#respond Wed, 29 Dec 2021 13:54:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10450
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KINABATANGAN: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan antara yang cedera parah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Paris Satu, dekat sini, pada Rabu.

Ketua BBP Kinabatangan Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nurul Azlan Shah Jamaluddin ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian.

Nurul Azlan berkata, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang Rabu (29 Disember 2021), sepasukan anggota bomba diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi kejadian.

Keadaan kereta Perodua Alza yang dinaiki Johainin sekeluarga remuk dalam kemalangan itu. -Foto Ihsan BBP Kinabatangan.

“Di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis isuzu Dmax, Sebuah lori dan sebuah Perodua Alza.

“Terdapat lapan orang mangsa dilaporkan terlibat iaitu dua orang cedera parah, empat orang cedera ringan, dua orang tidak mengalami kecederaan dan kesemua mangsa telah dihantar ke hospital Kinabatangan menggunakan ambulans setelah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS,”katanya.

Pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 5.05 petang.

Menurut Nurul Azlan, difahamkan Mohd Johainin, 35, sedang bercuti dan pada hari kejadian beliau bersama enam ahli keluarganya menaiki Perodua Azla sedang menuju ke Tawau, namun kereta mereka bertembung pada arah bertentangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Isuzu Dmax di lokasi kejadian.

“Ahli keluarga Johainin yang terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu isteri beliau Pamela Ng @ Norlela Mohd Firdaus, 35, adik Norlela, Nurul Yusra Mohd Firdaus,20, anak-anak mereka Nur Damia Maisarah Mohd Johainin, 7, dan Muhammad Muhyiddin Irfan, 6, hanya mengalami cedera ringan, manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan parah maklumat tidak diperolehi.

Sementara, pemandu lori dan Isuzu Dmax tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Nurul Azlan berkata, Johainin dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital Kinabatangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/ketua-balai-bomba-kimanis-parah-dalam-kemalangan-jalanraya-di-kinabatangan/feed/ 0 10450
Jabatan Hidupan Liar dan Rakan NGO sumbang 125 bakul makanan di daerah Nabawan dan Kinabatangan https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/#respond Sat, 07 Aug 2021 07:02:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4213
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar turut sama membantu dengan memberikan bakul makanan kepada golongan yang terjejas dan memerlukan ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Jabatan Hidupan Liar berjaya mengumpul wang sebanyak RM12,855.00 hasil sumbangan kakitangan jabatan bersama rakan kongsi NGO seperti Orangutan UK Appeal, Oregon Zoo, HUTAN, Eco Health Alliance, Danau Girang Field Centre, 1Stop Borneo Wildlife dan WWF Malaysia (Sabah).

Dengan jumlah wang yang terkumpul, 125 bakul makanan berjaya disediakan untuk diedarkan kepada golongan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Penyerahan bakul makanan tersebut dijalankan serentak di dua lokasi yang berlainan. Sumbangan sebanyak 100 bakul makanan telah diserahkan oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga kepada Wakil Penerima di Dewan Kg Simatuoh, Nabawan.

Manakala 25 bakul makanan pula diedarkan kepada golongan ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Daerah Kinabatangan yang diwakili oleh Sylvia Alsisto dan Hussien Muin.

Usaha ini merupakan inisiatif dan kerjasama semua kakitangan Jabatan Hidupan Liar untuk membantu meringankan beban golongan sasar sekaligus merapatkan hubungan antara jabatan dengan masyarakat di daerah Nabawan dan Kinabatangan amnya.

Justeru itu, pihak Jabatan Hidupan Liar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Daerah Nabawan dan Pejabat Daerah Kinabatangan yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program penyerahan bakul makanan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/jabatan-hidupan-liar-dan-rakan-ngo-sumbang-125-bakul-makanan-di-daerah-nabawan-dan-kinabatangan/feed/ 0 4213
Penduduk Kampung Balat Kinabatangan gembira nikmati bekalan elektrik 24 jam https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-kampung-balat-kinabatangan-gembira-nikmati-bekalan-elektrik-24-jam/ https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-kampung-balat-kinabatangan-gembira-nikmati-bekalan-elektrik-24-jam/#respond Mon, 02 Aug 2021 11:26:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3981
Read Time:1 Minute, 58 Second

KINABATANGAN : Dianggarkan lebih 400 orang penduduk di Kampung Balat Kinabatangan melahirkan rasa gembira apabila kemudahan bekalan elektrik 24 jam mula beroperasi sepenuhnya.

Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kerajaan Barisan Nasional (BN) itu sekaligus menamatkan penantian penduduk kampung berkenaan yang terpaksa bergantung kepada penggunaan enjin jana kuasa elektrik atau pelita sebelum ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin berkata, projek yang mula dilaksanakan pada tahun 2013 melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar menghadapi pelbagai kekangan sebelum ianya dapat disiapkan sepenuhnya antaranya masalah penyusunan semula kampung dan masalah pendawaian.

“ Alhamdulillah hari ini setelah penantian bertahun penduduk di kampung ini untuk menikmati bekalan elektrik 24 jam akhirnya menjadi realiti dimana ianya bukan sahaja memberikan kemudahan yang selesa kepada penduduk sekaligus mampu menjana sumber pendapatan melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang mereka usahakan ” katanya ketika dihubungi disini.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lamag Abu Bakar Gapar berkata sekitar 76 buah rumah mendapat kemudahan bekalan elektrik 24 jam iaitu 33 rumah di penempatan program Masej dan selebihnya 43 buah rumah di perkampungan yang disusun semula di kawasan tersebut.

Salah seorang penduduk, Masnah Aloi , dari Kampung Balat berkata, usaha kerajaan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk berhubung kemudahan itu nyata amat dihargai.

“Terima kasih kepada kerajaan khususnya Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin kerana kami sudah menikmati bekalan elektrik 24 jam selepas sekian lama kami menunggu kemudahan asas ini” katanya

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung Balat Sharin Abdul Rauf berkata, ketiadaan kemudahan elektrik sebelum ini memberi kesusahan kepada mereka yang tidak berkemampuan membeli enjin jana kuasa terbabit.

“Mereka yang tidak mampu membeli enjin jana kuasa elektrik kerana amat mahal hanya bergantung kepada pelita untuk menerangi rumah masing-masing pada waktu malam.

“Maka dengan adanya kemudahan elektrik 24 jam yang kini disalur ke kampung kami, memberi nafas baharu kepada penduduk yang dahagakan kemudahan itu,” katanya.

Bagi Ketua Daerah Mengundi Balat Jaafar Suar, beliau gembira melihat rumah sudah ada bekalan elektrik yang sebelum ini bergantung dengan generator atau pelita sahaja.

Menurutnya, dia bersyukur masalah pendawaian elektrik yang tertangguh sejak sekian lama dengan komitmen serta kesungguhan Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Adun Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin kini sudah diselesaikan dan mereka kini menerima bekalan tenaga itu.

“”Bekalan elektrik sangat membantu kami melakukan aktiviti harian dan lebih memudahkan anak-anak saya belajar mengulangkaji pada waktu malam, malah lebih seronok apabila ada kipas,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/02/penduduk-kampung-balat-kinabatangan-gembira-nikmati-bekalan-elektrik-24-jam/feed/ 0 3981