Kinarut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Jul 2026 07:50:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kinarut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek naik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo-Kinarut-Papar bermula, siap dalam tempoh dua tahun https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/ https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/#respond Tue, 28 Jul 2026 07:50:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100696
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo-Kinarut-Papar yang sekian lama dinantikan akhirnya memasuki fasa pelaksanaan apabila kerja pembinaan dimulakan dengan sasaran siap dalam tempoh 24 bulan, sekali gus dijangka mengurangkan kesesakan trafik yang semakin kritikal di laluan berkenaan.

Armizan bersama Alexander semasa sidang media selepas majlis itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek bernilai RM70 juta itu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 1.5 kilometer, termasuk kos pembinaan, pengambilan tanah, pampasan kepada pemilik premis yang terjejas serta kerja pengalihan utiliti.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM48 juta diperuntukkan bagi kerja pembinaan, RM17 juta pampasan untuk 41 lot pengambilan tanah dan premis, manakala RM9.6 juta lagi bagi kerja pengalihan utiliti.

“Projek ini pada asalnya diluluskan sepanjang 1.3 kilometer, namun kita akan melaksanakan keseluruhan jajaran sejauh 1.5 kilometer bagi memenuhi keperluan semasa.

“Kos RM70 juta itu bukan hanya bagi pembinaan jalan, malah meliputi pampasan kepada pemilik tanah dan premis serta kerja pengalihan utiliti. Mereka yang terkesan akan menerima pampasan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek itu di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali; serta pemimpin Persekutuan dan negeri.

Alexander berkata, projek itu telah bermula sejak Mac lalu dan pelaksanaannya dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah selaku agensi pelaksana dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya dan JKR Malaysia.

Menurutnya, kementerian turut mengadakan sesi penyelarasan bersama pengurusan tertinggi JKR Malaysia, JKR Sabah dan JKR Sarawak bagi mengenal pasti serta menyelesaikan isu yang menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek-projek Persekutuan di Sabah.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa kekangan dan langkah penambahbaikan telah dirangka supaya projek dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Mengulas projek Bypass Pengalat-Papar, Alexander berkata, projek bernilai RM538 juta itu kini berada di peringkat akhir penyediaan reka bentuk serta proses penilaian nilai (value engineering) dan penilaian di Kementerian Ekonomi.

Beliau berkata, kementerian menyasarkan proses tender dapat dilaksanakan menjelang hujung tahun ini sebelum Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya pada awal 2027.

“Projek ini sudah lama dimohon oleh pemimpin tempatan dan kini semua proses utama sedang diselesaikan. Kita berharap tender dapat dibuka hujung tahun ini sebelum SST dikeluarkan pada awal tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata, pelaksanaan projek berkenaan membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani kesesakan trafik yang semakin serius di Papar.

Beliau berkata, perjalanan dari Lok Kawi ke Papar yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 45 minit kini boleh mencecah hampir tiga jam pada waktu puncak berikutan jumlah trafik melebihi 25,000 kenderaan sehari.

Menurutnya, komponen pertama projek melibatkan jajaran dari Bulatan Sabindo ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut berjaya dikekalkan selepas rayuan dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya memandangkan laluan itu merupakan lokasi kesesakan paling kritikal.

“Komponen kedua iaitu Projek Bypass Pengalat-Papar dijangka memasuki proses tender pada November 2026. Apabila kedua-dua projek ini siap, kesesakan atau bottleneck utama di Papar dijangka dapat diselesaikan,” katanya.

Armizan berkata, projek Bypass Pengalat-Papar di bawah Kerajaan Persekutuan turut merangkumi pembinaan sebuah jambatan baharu yang menghubungkan laluan ke Pekan Papar melalui Sungai Padang.

Beliau menjelaskan jambatan itu berbeza daripada Jambatan Papar Kedua yang diumumkan kelulusannya oleh Ketua Menteri Sabah pada majlis sama, yang akan menghubungkan Kampung Buang Sayang dengan Pekan Papar di bawah peruntukan Kerajaan Negeri.

“Dengan pelaksanaan kedua-dua projek ini, Papar akan mempunyai tiga jambatan utama iaitu jambatan sedia ada, sebuah jambatan baharu menerusi projek Bypass Pengalat-Papar di bawah Kerajaan Persekutuan, dan sebuah lagi jambatan baharu yang dibiayai Kerajaan Negeri menghubungkan Kampung Buang Sayang ke Pekan Papar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/28/projek-naik-taraf-jalan-lok-kawi-sabindo-kinarut-papar-bermula-siap-dalam-tempoh-dua-tahun/feed/ 0 100696
Penyambungan silang paip atasi gangguan air Kinarut, Kawang https://sabahmedia.com/2026/01/16/penyambungan-silang-paip-atasi-gangguan-air-kinarut-kawang/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/penyambungan-silang-paip-atasi-gangguan-air-kinarut-kawang/#respond Fri, 16 Jan 2026 12:32:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89849
Read Time:2 Minute, 17 Second

PAPAR: Kerja-kerja penyambungan silang (inter-connection) antara rangkaian paip dari tangki utama P1 LRA Kogopon ke rangkaian paip tangki utama P3 di Kawang dilaksanakan sebagai langkah mitigasi segera bagi menangani gangguan serius bekalan air yang berlarutan sejak penghujung Disember tahun lalu.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, ADUN Limbahau dan Pegawai Daerah Papar turun meninjau status kemajuan kerja penyambungan silang tersebut, petang tadi.

Semasa tinjauan itu, taklimat berhubung pelaksanaan projek itu telah disampaikan oleh Jurutera Air Papar serta pihak kontraktor yang terlibat.

Menurut Armizan, pelaksanaan penyambungan silang paip P1 ke P3 itu adalah susulan keputusan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada 8 Januari lalu, bagi membincangkan isu gangguan serius bekalan air di Mukim Kinarut/Kawang.

“Penyambungan silang ini merupakan antara langkah mitigasi serta-merta yang diambil sementara menunggu projek jangka panjang disiapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Armizan menjelaskan, projek naik taraf LRA Kogopon yang melibatkan kapasiti tambahan sebanyak 40 juta liter sehari (JLH) atau dikenali sebagai Kogopon 2 telah bermula pada Ogos 2023 dan dijadualkan siap pada Ogos 2026 selepas tempoh pelaksanaan selama tiga tahun.

Mengambil kira projek tersebut masih berjalan dan gangguan bekalan air semakin kritikal, beliau berkata, mesyuarat pada 8 Januari lalu memutuskan agar kapasiti rawatan air di LRA Kogopon sedia ada yang berkapasiti 40 JLH ditingkatkan secara sementara sebanyak 10 peratus, bersamaan antara 3.5 hingga 4 JLH.

“Kapasiti tambahan ini akan disalurkan terus dari P1 ke P3 bagi menampung keperluan kritikal di Mukim Kinarut/ Kawang,” katanya.

Tambah beliau, penyambungan silang itu turut membolehkan jarak pembekalan air dari P1 di LRA Kogopon ke P3 di Mukim Kinarut/Kawang dipendekkan daripada 33 kilometer kepada 10.3 kilometer.

“Bagi melaksanakan peningkatan kapasiti rawatan sementara tersebut, kerja-kerja terlibat merangkumi penyambungan silang rangkaian paip sedia ada di dua lokasi, penggantian injap di bahagian pengambilan LRA Kogopon sedia ada serta penggantian pam air di loji berkenaan.

“Kerja-kerja di lapangan telah bermula pada 9 Januari 2026 dan dijalankan secara berterusan 24 jam sehari kecuali ketika hujan lebat, dengan sasaran keseluruhan proses siap pada 24 Januari ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan proses penggantian injap akan memerlukan penutupan sementara loji selama kira-kira 10 jam bermula lewat malam 20 Januari 2026, tertakluk kepada keadaan cuaca.

“Kita mengharapkan langkah mitigasi segera ini dapat mengurangkan gangguan bekalan air serius di Mukim Kinarut dan Kawang, sekali gus menyelesaikan isu catuan yang telah lama dihadapi penduduk sehingga penyelesaian jangka panjang dicapai melalui siapnya LRA Kogopon 2 pada suku keempat 2026,” katanya.

Beliau menambah, pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memaklumkan secara rasmi kawasan terlibat dengan penutupan sementara loji tersebut dalam masa terdekat.

“Kita ikhtiarkan sehabis baik untuk menghentikan kesusahan yang dihadapi penduduk setempat sejak sekian lama,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/penyambungan-silang-paip-atasi-gangguan-air-kinarut-kawang/feed/ 0 89849
Inkues Zara: Saksi pilih tidak jawab soalan tentang kecuaian sekolah dan asrama https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/#respond Thu, 20 Nov 2025 09:55:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86490
Read Time:2 Minute, 16 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru memilih untuk tidak menjawab soalan peguam mengenai sama ada berlaku kecuaian oleh sekolah dan asrama dalam kejadian yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Saksi ke-48 dalam inkues kematian Zara, Miswati Lundu, 37, berkata demikian ketika ditanyakan soalan tersebut oleh peguam Datuk Ram Singh di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Peguam: Berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan (di mahkamah), adakah kamu setuju bahawa dalam kes ini ada kecuaian sekolah dan asrama untuk mengelakkan kejadian pada 15-16 Julai. Adakah wujud kemungkinan kecuaian?

Koroner: Cikgu tolong jawab soalan sebab saya ada kewajipan untuk menerangkan soalan ini adalah ‘incriminating question’ cikgu boleh pilih untuk jawab atau tidak jawab.
Saksi: Kalau begitu saya pilih tidak jawablah

Peguam: Excuse me, pilih tidak jawab?
Saksi: Ya, saya pilih tidak jawab

Terdahulu Ram mengemukakan beberapa dokumen termasuk buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat: Panduan Pelaksanaan Menjadikan Sekolah, Komuniti dan Keluarga Selamat Untuk Kanak-Kanak.

Merujuk kepada buku tersebut, peguam Datuk Ram Singh bertanya sama ada saksi mengikuti tatacara kaunselor seperti yang dinyatakan di muka surat 113.

Peguam: Soalan saya, cikgu memang ada buatlah?
Saksi: Ya, kita akan mengikut tatacara ini. Ada buat.

Peguam: Tapi cikgu cakap tadi, cikgu tidak memaklumkan kepada ibu bapa, maksudnya tidak buat satu di antaranya, betul?
Saksi: Tatacara kaunselor di sini, dia mesti ada kes tertentu yang mengikut prosedur seperti ini.

Peguam: Jadi ada buat?
Saksi: Untuk kes-kes tertentu, kita perlu buat seperti ini.

Peguam: Kalau dalam kes ini ada buat? Bukan kes tertentu, kes Zara.
Saksi: Untuk kes Zara, tidak ada.

Peguam: Cikgu terus terang saja…..
Saksi: Saya jelaskan, mengikut tatacara kaunselor di sini sebab tatacara kaunselor di sini untuk kes-kes berat.

Peguam: Jadi Zara punya kes ni, kes berat?
Saksi: Zara, kes berat.

Menjawab soalan tambahan, Miswati mengakui buku panduan sekolah selamat tersebut penting.

Ram kemudiannya merujuk saksi kepada dokumen Maklumat Literasi Undang-Undang yang disediakan oleh Panel Undang-Undang, muka surat 6, di bawah tajuk Tugas Guru Sebagai ‘in loco parentis’ (ibu bapa gantian).

Menurut Miswati, peranan ‘in loco parentis’ dilaksanakan untuk memastikan keselamatan murid, dan sebelum insiden yang menimpa Zara, warden dan guru asrama bertindak sebagai ‘in loco parentis’ kepada para pelajar.

Pelajar juga menyedari bahawa para guru bertanggungjawab menjaga mereka.

Miswati juga bersetuju dengan cadangan Ram bahawa sekiranya berlaku kesilapan, warden adalah individu pertama yang perlu disoal, bukannya pengetua.

Sebelum itu, suasana di mahkamah menjadi tegang semasa sesi soal jawab antara Ram dan Miswati, hingga pihak pegawai pengendali bangun mencadangkan agar inkues dijalankan secara aman.

Koroner kemudiannya menasihatkan Ram supaya mengemukakan soalan dengan tenang dan sopan, manakala saksi diminta menjawab dengan betul.

Ram merupakan salah seorang peguam yang mewakili saksi kanak-kanak pertama yang didakwa atas tuduhan membuli Zara.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/inkues-zara-saksi-pilih-tidak-jawab-soalan-tentang-kecuaian-sekolah-dan-asrama/feed/ 0 86490
Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut https://sabahmedia.com/2024/11/23/cubaan-curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-di-kinarut/ https://sabahmedia.com/2024/11/23/cubaan-curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-di-kinarut/#respond Sat, 23 Nov 2024 02:07:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64237
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Tindakan pantas dan efisien pasukan teknikal Sabah Electricity berjaya memastikan gangguan bekalan elektrik di kawasan Kinarut pada 22 November 2024 diatasi dalam masa yang singkat.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa syarikat itu akan sentiasa memberikan yang terbaik dan ini terbukti melalui tindakan segera memulihkan gangguan bekalan dengan pantas di Kinarut.

“Sejurus aduan mengenai gangguan bekalan elektrik diterima , pasukan teknikal membuat pemeriksaan segera dan mendapati kabel bawah tanah 33kV Lokawi-Kinarut telah terbakar di bawah jambatan Sungai Kinarut akibat cubaan mencuri kabel.

“Operasi memadamkan kebakaran juga mendapat sokongan padu daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sabah.

“Meskipun menghadapi cabaran, bekalan dipulihkan secara berperingkat bermula jam 2:18 pagi dan pulih sepenuhnya pada jam 3:37 pagi, yang mana meminimumkan kesulitan kepada lebih 8,000 pengguna yang terjejas,” katanya.

Ir. Mohd Yusmanizam turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak dalam menjaga infrastruktur elektrik demi memastikan bekalan yang stabil dan selamat.

“Sabah Electricity berterima kasih atas sokongan masyarakat dan terus komited untuk memberikan perkhidmatan cemerlang demi kesejahteraan semua,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/23/cubaan-curi-kabel-punca-gangguan-bekalan-di-kinarut/feed/ 0 64237
Polis giat kesan suspek terlibat kes pecah rumah di Kinarut https://sabahmedia.com/2023/07/17/polis-giat-kesan-suspek-terlibat-kes-pecah-rumah-di-kinarut/ https://sabahmedia.com/2023/07/17/polis-giat-kesan-suspek-terlibat-kes-pecah-rumah-di-kinarut/#respond Mon, 17 Jul 2023 10:02:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38447
Read Time:53 Second

LABUAN: Polis sedang giat mengesan suspek terlibat kes jenayah pecah rumah yang berlaku di taman perumahan Kinarut, Papar pada Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan laporan mengenai kes tersebut telah dibuat oleh mangsa.

Katanya, menurut laporan itu dalam kejadian tersebut mangsa sekeluarga telah diikat dengan menggunakan wayar.

“Justeru, pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah telah merancang beberapa mesyuarat atau projek berkaitan perkara ini dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Labuan di Dewan Bancolasi IPD Labuan pada Isnin (17 Julai).

Bagaimanapun, Jauteh berkata, sehingga setakat ini belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, tular di media sosial (aplikasi Whatsapp) satu laporan polis mengenai kejadian pecah rumah yang berlaku dan mangsa sekeluarga diikat dengan dawai serta diacu dengan parang oleh suspek di kediaman mangsa di Kinarut pada Jumaat lalu.

Dalam laporan tersebut, dikatakan suspek telah melarikan barang berharga serta wang tunai milik mangsa.

Menurut Jauteh, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/17/polis-giat-kesan-suspek-terlibat-kes-pecah-rumah-di-kinarut/feed/ 0 38447
Kakitangan JKNS Klinik Kesihatan Kinarut Perhebat Projek RAVO https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/#respond Thu, 09 Dec 2021 10:43:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9645
Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Pasukan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dari Klinik Kesihatan Pekan Kinarut tidak ketinggalan memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri ini menerusi projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO).

Projek RAVO yang mula dilancarkan oleh JKNS pada Oktober lalu dengan bantuan pejabat kesihatan daerah, agensi kerajaan, dan wakil rakyat, berperanan membantu program outreach sedia ada di setiap daerah termasuk pergi dari rumah ke rumah dan mencari golongan sasar yang layak divaksinasi dengan lebih berstrategi.

Sejak projek RAVO rancak dilaksanakan di seluruh negeri ini, Sabah Media turut membuat tinjuan sekitar Kinarut hari ini, di mana, dua orang Penolong Pegawai Perubatan Muhd Zahid Hafizi Mat Jamil, Syariah Izzati Durahman dan seorang jururawat Sanisah Salleh telah pergi ke rumah seorang pelajar institut pengajian tinggi untuk memberikan suntikan vaksin dos penggalak kepada beliau.

Muhd Zahid berkata, mereka akan pergi rumah ke rumah golongan sasar yang dikenalpasti bagi memudahkan individu yang layak divaksin menerima vaksinasi mereka seterusnya menjejaki mereka yang masih belum mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Kami mengalu-alukan kepada orang ramai yang layak dan belum mendapat walau satu dos suntikan vaksin COVID-19 atau yang mahu mendapatkan dos penggalak supaya hadir secara ‘walk in’ ke Klinik Kesihatan Pekan Kinarut.

“KIinik Kesihatan Pekan Kinarut akan dibuka untuk penerimaan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 2 petang hingga 4 petang, manakala ditutup pada Sabtu dan Ahad,” katanya.

Tambahnya, dengan mendapatkan suntikan vaksin ini, kita akan dapat mengekang penularan virus COVID-19 ini.

Dalam pada itu, JKNS melaporkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, setakat 7 Disember 2021, penduduk Sabah yang menerima vaksin (menurut data daripada PICK Sabah) adalah seramai 5,305 orang. Daripada jumlah ini, seramai 5,010 orang adalah penduduk dewasa dan 295 orang adalah penduduk remaja.

Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 06 Disember 2021 adalah seramai 2,443,030 orang. Ini meliputi 2,108,253 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 76.43% jumlah penduduk dewasa.

Manakala bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,395,053 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,086,133 orang atau 75.63% adalah penduduk dewasa.

Seramai 334,777 orang atau 77.14% penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 308,920 atau 71.18% orang setakat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/kakitangan-jkns-klinik-kesihatan-kinarut-perhebat-projek-ravo/feed/ 0 9645
RM300,000 Diperuntukkan Untuk Menurap Kawasan Dewan Dan Gereja St Augustine, Kinarut https://sabahmedia.com/2021/11/12/rm300000-diperuntukkan-untuk-menurap-kawasan-dewan-dan-gereja-st-augustine-kinarut/ https://sabahmedia.com/2021/11/12/rm300000-diperuntukkan-untuk-menurap-kawasan-dewan-dan-gereja-st-augustine-kinarut/#respond Fri, 12 Nov 2021 05:02:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8390
Read Time:2 Minute, 29 Second

PAPAR: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk menurap kawasan gereja dan dewan St Augustine, di Kinarut, dekat sini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara itu selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ihsan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Mangsa Banjir Monsun Timur Laut Mukim Labak, di Papar.

“Ketika masuk ke kawasan gereja dan dewan ini, saya mendapati sekitar kawasan ini masih belum berturap sekali gus tidak memberi keselesaan kepada masyarakat di sini terutama apabila hujan (berlumpur).

“Oleh itu, hari ini saya mengumumkan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk tujuan ini. Ia bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan bantuan wang ihsan RM1,000 seorang kepada 100 KIR mangsa banjir monsun timur laut (MTL) di Mukim Labak, Kinarut.

Mereka adalah sebahagian daripada 446 mangsa banjir di mukim itu yang diberikan bantuan wang ihsan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana banjir pada September lalu.

“Sejumlah RM446,000 wang ihsan diperuntukkan kepada 446 mangsa banjir MTL di mukim ini. Kerajaan sentiasa prihatin dengan segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, lebih-lebih lagi semasa pandemik COVID-19 ini.

“Penyampaian bantuan wang ihsan pada hari ini bukti kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat di Sabah, tanpa mengira kaum mahupun agama. Semoga bantuan wang ihsan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung dan memberi kelegaan kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Bagi bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir MTL, jumlah keseluruhan penerima KIR untuk Penampang dan Mukim Labak, Kinarut adalah seramai 1,383 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.383 juta.

Minggu lalu, seramai 200 daripada 937 KIR mangsa banjir MTL di Penampang telah menerima bantuan itu yang disampaikan ketua menteri.

Antara tujuan bantuan wang ihsan itu adalah untuk membantu meringankan beban kewangan semua keluarga mangsa yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda pada 15 September lalu.

Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia dalam menghadapi musim monsun timur laut yang bermula pada bulan ini.

Katanya, kesiapsiagaan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) ini merangkumi keperluan aset logistik dan sumber manusia merentasi kerjasama pelbagai agensi yang boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan semua Bilik Gerakan Bencana di setiap daerah diaktifkan semula sebagai persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh nanti. Semua pusat pemindahan sementara (PPS) juga perlu dikenal pasti lebih awal bagi memastikan kelancaran operasi pemindahan.

“Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) turut diingatkan agar memastikan parit dan longkang telah dibersihkan serta memotong semua pokok yang patut dipotong bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kita tidak mahu apa yang telah berlaku di Daerah Penampang pada bulan September yang lalu berulang hanya disebabkan kecuaian atau ketidakpekaan kita terhadap persediaan menghadapi bencana alam,” katanya.

Kerajaan negeri juga katanya sentiasa berhubung rapat dengan Kerajaan Persekutuan melalui NADMA bagi tujuan penyaluran peruntukan bencana dalam menghadapi musim monsun timur laut termasuklah bantuan wang ihsan.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/12/rm300000-diperuntukkan-untuk-menurap-kawasan-dewan-dan-gereja-st-augustine-kinarut/feed/ 0 8390
Kampung Gusi Kinarut dikenakan PKPD Kali Ke 3 https://sabahmedia.com/2021/07/02/kampung-gusi-kinarut-dikenakan-pkpd-kali-ke-3/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/kampung-gusi-kinarut-dikenakan-pkpd-kali-ke-3/#respond Fri, 02 Jul 2021 13:04:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2420
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Gusi Kinarut, Papar bermula 4 Julai sehingga 17 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Ini merupakan kali ke-3 PKPD dilaksanakan di Kampung Gusi, Kinarut selepas dikenakan PKPD 6 Jun lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 700 ujian saringan di Kampung Gusi, Kinarut dan 155 daripadanya disahkan positif COVID-19, KKM juga mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu di rekodkan di lokaliti tersebut.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri dalam kenyataan media hari ini, turut dilaksanakan PKPD ialah dua lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Siasai Dundau dan Kampung Pantai Emas, Kampung Naruntung, Pitas, Kampung Iban Kuala Nansang, Tawau dan Kampung Babagon, Penampang berkuat kuasa 4 julai hingga 17 Julai 2021.

“KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti-lokaliti tersebut,”jelas Masidi.

Menurut Masidi, Penamatan PKPD Kawasan
Semarak, Tawau pada hari ini Jumaat 2 Julai manakala PKPD Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih, Putatan dan Kampung Skim Pamalan, Keningau ditamatkan pada Sabtu ini 3 Julai.

Pada masa sama, KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes ke semua lokaliti yang ditamatkan PKPD dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/kampung-gusi-kinarut-dikenakan-pkpd-kali-ke-3/feed/ 0 2420