Kini – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 09 Feb 2024 04:57:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kini – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mahkamah Anak Negeri Daerah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kini mula beroperasi https://sabahmedia.com/2024/02/09/mahkamah-anak-negeri-daerah-dewan-bandaraya-kota-kinabalu-kini-mula-beroperasi/ https://sabahmedia.com/2024/02/09/mahkamah-anak-negeri-daerah-dewan-bandaraya-kota-kinabalu-kini-mula-beroperasi/#respond Fri, 09 Feb 2024 04:57:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49240
Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Anak Negeri Daerah (MAND) telah mula dibuka dengan satu persidangan yang telah berlangsung di Mahkamah Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 7 Februari lalu.

Persidangan yang bermula seawal jam 9.00 pagi dengan barisan Hakim Mahkamah Anak Negeri Daerah diketuai oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah turut diiringi oleh dua orang hakim pengapit daripada Mahkamah Anak Negeri iaitu Ketua Daerah, OKK Edna Jessica Majimbun dan Ketua Anak Negeri, Roger Meylin Impou.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, persidangan yang berlangsung melibatkan perbicaraan kes pertikaian lot tanah kampung di Kampung Tenggiling, Menggatal.

“Sesi persidangan kes MAND seterusnya telah dijadualkan pada hujung bulan Februari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Junainah, setiap orang asal Sabah boleh memfailkan kes di mana-mana MAND untuk kes-kes yang melibatkan pelanggaran undang-undang atau adat negeri seperti perihal pertunangan, perkahwinan, perceraian, pengambilan anak angkat, penjagaan budak, belanja anak-anak, pertikaian sempadan tanah, hadiah atau perwarisan dengan wasiat dan tanpa wasiat.

“Mahkamah ini beroperasi dan berfungsi selaras dengan Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992.

“Kes-kes yang dibicarakan pada
peringkat MAND adalah kes-kes semakan atau rayuan ke atas mana-mana keputusan penghakiman Mahkamah Anak Negeri (MAN) daripada pihak-pihak yang berkepentingan dalam kes tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata, MAND tersebut berada di Tingkat 7, Bangunan Centre Point diletakkan di bawah kawal selia Jabatan Perundangan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Ianya beroperasi pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali pada cuti umum.

“Di bawah Enakmen Mahkamah Anak Negeri (Pindaan) 2011, Seksyen 4
menerangkan mengenai penubuhan Mahkamah Anak Negeri Daerah antara lain menyatakan bahawa Mahkamah Anak Negeri Daerah hendaklah terdiri daripada Mayor suatu bandaraya sebagai ketua dan dua orang ahli lain yang adalah Ketua Daerah atau Ketua Anak Negeri yang bermastautin dalam daerah itu yang diberi kuasa dengan sempurna oleh Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjalankan penghukuman di mahkamah itu.

“Untuk rekod, sebanyak tujuh kes akan dibicarakan sepanjang tahun 2024 yang mana kes-kes ini terdiri daripada pelbagai jenis kes termasuk kes yang dibicarakan pada pada 7 Februari, 2024 lalu.

“Sejak tahun 2012 sehingga kini
sebanyak 52 kes telah didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri Daerah,” tambah Junainah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/09/mahkamah-anak-negeri-daerah-dewan-bandaraya-kota-kinabalu-kini-mula-beroperasi/feed/ 0 49240
443 unit rumah PPR Kibabaig kini sedia untuk didiami https://sabahmedia.com/2024/01/19/443-unit-rumah-ppr-kibabaig-kini-sedia-untuk-didiami/ https://sabahmedia.com/2024/01/19/443-unit-rumah-ppr-kibabaig-kini-sedia-untuk-didiami/#respond Fri, 19 Jan 2024 01:26:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48168
Read Time:1 Minute, 18 Second

PENAMPANG: Empat daripada keseluruhan enam blok Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kibabaig di sini kini sedia untuk didiami, manakala yang dua lagi masih dalam proses pembaikan dalam blok dan cerun.

Difahamkan, empat blok tersebut mengandungi 443 unit rumah dan surat tawaran untuk menyewa kepada yang layak menduduki rumah PPR ini akan disampaikan kepada mereka.

Mereka boleh menduduki unit masing-masing bermula bulan Februari dan Mac, manakala dua lagi blok yang masih dalam proses pembaikan mengandungi 134 unit rumah.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan ke PPR tersebut, kelmarin (18 Jan).

Semasa lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat oleh Pegawai Eksekutif (PE) Majlis Daerah Penampang (MDP), Robert Malangking dan pegawai daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan (KPKT).

Turut hadir Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Dr. Jamili Nais; Ahli-ahli Majlis Penampang, para pegawai dan kakitangan KKTP, dan pemimpin setempat.

Dr. Joachim berkata, MDP sedang meneliti ribuan permohonan dan pemohon yang layak akan dipilih untuk menyewa rumah PPR ini.

“Ini menunjukkan masih ramai di kalangan rakyat yang memerlukan perumahan seperti ini dan kerajaan negeri sedang mengenal pasti lot-lot tanah kerajaan yang sesuai dibina PPR mengikut polisi Kerajaan Pusat (KPKT) iaitu tanah sesuai perlu tersedia dan peruntukan hanya disalurkan untuk membina bangunan itu supaya mengelak projek sakit,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong berkata, kunjungan menteri tersebut adalah untuk memudahkan penyelarasan kerja di antara KPKT, KKTP dan Majlis Daerah Penampang.

Beliau juga berharap kesemua enam blok PPR itu dapat didiami dalam masa terdekat dan semua proses berjalan lancar.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/19/443-unit-rumah-ppr-kibabaig-kini-sedia-untuk-didiami/feed/ 0 48168
SAIP kini di bawah SEDCO https://sabahmedia.com/2023/12/01/saip-kini-di-bawah-sedco/ https://sabahmedia.com/2023/12/01/saip-kini-di-bawah-sedco/#respond Fri, 01 Dec 2023 03:15:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45925
Read Time:2 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) kini diletak di bawah Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri (KPPKN).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha untuk memastikan pengurusan SAIP dialihkan di bawah tanggungjawab agensi dan kementerian yang bersesuaian merupakan perancangan kerajaan negeri hari ini yang bertujuan mentransformasikan hala tuju SAIP menjadi sebuah entiti yang komersial.

“Saya bersyukur kerana hasrat Kerajaan Negeri ini sudah memasukki fasa peralihan pengurusan kepada agensi yang dapat memainkan peranan untuk mengkomersialkan SAIP apabila perjanjian-perjanjian ditandatangani pada hari ini.

“Inisiatif dan usaha KPPKN dalam memastikan Pengurusan SAIP diambilalih oleh agensi di bawahnya amat dihargai. Syabas dan tahniah kepada SEDCO serta pengurusannya kerana menerima sahutan kerajaan negeri untuk mengambil dan
meletakkan SAIP dibawahnya, meskipun industri agro bukan salah satu sektor perniagaan utama SEDCO”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Tripartite Ambil alih Pengurusan SAIP diantara Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), Institute For Development Studies (IDS) dan SEDCO serta Memorandum
Persefahaman Penubuhan Pusat Pemeriksaan di Kimanis Ballroom, Hyatt Regency Kota Kinabalu pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri (MAFFI), Datuk Seri Dr. Jeffrey G.Kitingan.

Hajiji berkata, SEDCO sudah berada di persada ekonomi negeri sejak tahun 1971 dan memainkan peranan dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan, perdagangan dan
pembangunan sosio ekonomi dalam masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.

Menurutnya, dalam tempoh 50 tahun, SEDCO telah membantu menggerakan pembangunan ekonomi negeri, di bandar-bandar utama seluruh pelusuk Sabah dan merupakan perintis yang telah mengevolusikan ekonomi daerah-daerah kecil dan terpencil dengan pembinaan rumah-rumah kedai serta lot-lot komersial mampu milik.

Justeru beliau yakin dan percaya , dengan peralihan SAIP di bawah SEDCO, sektor agrotani bukan sahaja menjadi perniagaan portfolio baharunya, malahan akan menjadi
perniagaan yang mampan dan berdaya maju, kerana SEDCO telah banyak membantu kerajaan memacu ekonomi negeri ke tahap yang membanggakan.

“Dengan termeterainya perjanjian ini, SEDCO akan dapat bergerak ke hadapan dan memastikan SAIP ditransformasi menjadi sebuah entitii komersial yang mandiri dan mampan. Ini seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri yang komited untuk menjadikan SAIP sebagai salah satu lagi pemacu ekonomi negeri ini. Yang penting, menerusi peralihan ini, lebih banyak bidang baharu yang berkaitan dapat diterokai”, jelasnya.

Hajiji berharap dengan menggalas tanggungjawab yang baharu dalam sektor agro, SEDCO dapat membantu menjadi pemangkin dalam meningkatkan bekalan makanan di Sabah, sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Negeri 2024, untuk terus meningkatkan hasil dan kualiti produk pertanian bagi memastikan tahap sara diri (self-sufficiency level) semua bekalan bahan makanan terus meningkat.

Katanya dengan fasiliti di SAIP, SEDCO boleh memberikan tumpuan menghasilkan produk-produk farmaseutikal melalui R&D menggunakan tanaman herba tempatan dan penghasilan produk makanan kesihatan.

“Kedua-dua produk ini akan dapat membantu dalam meningkatkan skala bisnes para peniaga di Sabah bukan sahaja bagi pasaran tempatan, juga untuk pasaran antarabangsa”, katanya.

Hajiji berkata, pelaksanaan pelbagai projek berimpak tinggi menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memasuki tahun kedua pelaksanaannya pada tahun ini sudah mula membuahkan hasil.

Menurutnya, ekonomi negeri telah mencatatkan pertumbuhan positif pada kadar 1.1 peratus pada tahun 2021 berbanding dengan penguncupan 9.2 peratus pada tahun 2020, mencerminkan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ berupaya mendorong negeri ini meningkatkan momentum pertumbuhan positif pada kadar yang lebih baik.

Hajiji juga mahu MAFFI yang memainkan peranan besar dalam menangani bekalan dan keselamatan makanan negeri Sabah, menjalin kerjasama yang jitu dan utuh dengan kementerian-kementerian dan agensi lain untuk menghebatkan lagi hasil dan kepelbagaian pemakanan melalui agrotani.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/01/saip-kini-di-bawah-sedco/feed/ 0 45925